Translate

WebSta

Ahad, 25 Oktober 2009

Mizuno Wave Run, UPM Serdang

Pagi tadi aku pi tengok je Mizuno Wave Run @ UPM Serdang....bawa anak2 + ambik gambar rakan-rakan seperlarian..enjoy juga la..kiranya first time la aku berpeluang tangkap gambar event road race ni..macam-macam gaya depa ni kick off.. ** Gambar-gambar yang aku upload ni semuanya bersaiz besar > 6 MB selepas ditambah sign aku....dan tak crop langsung, so takde masalah kalau nak print walaupun sebesar A3..so, sapa-sapa yg mementingkan quality...sila la download..free je..huhu..dan aku pun seksa juga la nak upload..macam siput!!

Justify Full
Aku & Anak2 - dok pegang kaki je..camno Papa nak tangkap gambar??

Ronnie dok tekan turbo!!

Abang Alam Shah..huhu

Hamidon

Jasni

Imran

Zul Azlan

Vincent Wong

Stanley Cheong

Daniel Lee

Aziz

Suresh

Turbo time!!

Mat Sowoto

Wow...A0001

Kapt Nasir

Selasa, 13 Oktober 2009

Kejohanan Payung Terjun ATM, Tawau , Sabah

Ceritanya minggu lepas aku berpeluang la pi memantau kejohanan ni kat Tawau, Sabah...diadakan di Lapangan Terbang Tawau pada 7 hingga 10 Oktober 2009..yang masuk semuanya geng komando (Gerakhas, Paskal, Handau), 10 Briged Para + jemputan dari PDRM (VAT 69)..keputusannya Tentera Darat pertama, tempat kedua TLDM dan ketiga TUDM..PDRM tak diambil kira pasal jemputan..

Salah satu aksi utk acara Accuracy

Persatuan Payung Terjun TD

Kenangan kat Tawau

Kepala trak ni selamba je park dalam bandar..pemandangan yang agak luar biasa..lain tempat lain peraturannya..

Sabtu, 3 Oktober 2009

Kejohanan Olahraga ATM Ke-46 Lumut, Perak

Kejohanan ni telah berlangsung pada 30 Sept hingga 2 Okt 09 dalam suasana yang agak tegang di Pangkalan TLDM, Lumut....puncanya? Wujud kemusykilan dalam pengambilan atlit TLDM, kalau ikutkan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera - mana-mana atlit yang dipilih untuk mewakili perkhidmatan hendaklah seorang anggota kerahan sepenuh masa dan telah dikerah sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum sesuatu kejohanan sukan itu berlangsung. Pasai aku tengok ramai sangat dah masuk TLDM...antaranya Arul Thevar, Kunasegaran, Norseela Khalid dan ramai lagi....dengar-dengar 16 orang semuanya. Entah la..apa-apa pun keputusannya TLDM telah muncul juara kategori Lelaki & Wanita..Sebut saja sapa atlit Malaysia, semuanya dah masuk tentera..sama ada Tentera Darat @ Tentera Laut..antaranya Lee Hup Wei (lompat tinggi), Siti Fatima (100m) Norjannah (200m) Mohd Faiz, Robbani & Azura (110 L/Berpagar), Mohd Jironi (800m, 1500m) Vadivellan (800m,1500m), Merinda Kaur, Vikram & Kartrik (3000m L/Berhalang), Zaiful (400m) dan ramai lagi la......so hujung minggu depan Olahraga MAAU confirm ATM jadi juara..ha..ha..
Justify Full
Norseela Khalid - emas 400m L/Berpagar dan perak 200m


Anggota pertunjukan kawad senyap TLDM

Melinda Kaur - emas 3000 m L/Berhalang

Mohd Jironi (D013) - emas 1500m

Arul Thevar & Kunasegaran - emas, perak acara 5000m dan 10000m

Aksi 4 x 400m

Sebahagian atlit wanita TLDM

Sebahagian atlit lelaki TLDM - Lee Hup Wei, marching pun tak berapa reti lagi..ha..ha

Kontinjen Tentera Darat

Ahad, 13 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Lama betul aku tak update blog aku ni....ye la, nama pun blog utk larian....so kalau takde aktiviti lari (training @ race) takde apa la nak tulis..

Bulan puasa dah pun hampir ke penghujung....so kepada kawan-kawan seperlarian yang mana kenal @ kenal-kenal sikit @ macam pernah tengok..Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf kalau ada salah dan silap, kekadang kita tak tahu perbuatan/percakapan kita menimbulkan rasa tak puas hati pihak lain..Ceritanya sepanjang Ramadan ni aku rest 100%..event seterusnya Genting Trailblazer..

Cerita yang aku nak kongsi sikit, pasal sikap remaja kita sekarang ni..semlm hari Sabtu, aku & wife pi la menyesakkan lagi area Jalan Masjid India tu..beli baju Melayu anak..kat sana memang banyak choice la..rega takdelah beza pun dengan tempat lain..lebih kurang 3 jam pusing area tu..aku pun balik la..pasal hujan agak lebat terpaksa la berteduh kat Bus Stand Jalan Munshi Abdullah (dekat Hotel Garden City)..aku perhatikan ada 3 orang remaja (budak sekolah menengah kot) baik je share rokok..2 batang share 3 orang..mula-mula tu aku tak perasan sangat, tetiba aku teringat skrg ni bulan posa...aku pun pi dekat la..soalan pertama aku, hang ni Islam ke? Dia angguk...aku pun tazkirah la sikit..Abis tu kalau Islam elok ke isap rokot kat tempat awam ni? Kalau ye pun isap la kat tempat lain....then aku pun tinggikan suara sikit..sergah budak tu supaya buang rokok..dia buang la..nasib baik la diorang tak melawan, kalau tak ada yang dapat penampar free..aku dah angin semacam masa tu.....gitu la sikap segelintir remaja kita sekarang..langsung tak fikir panjang..tak tahu malu..sedangkan kat situ ada lebih kurang 10 org dok tunggu bas..sebahagiannya warga emas India dan Cina..

Oklah, kepada yang akan memulakan perjalanan balik kampung minggu ni..selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu..jangan sesekali menaikkan kemarahan org lain..contohnya menyayur kereta org lain tanpa bagi signal atau himpit kereta org..then jangan lupa angkat tangan kalau orang bagi jalan..oklah, bye-bye..

Ahad, 26 Julai 2009

Shape Run @ Putrajaya

Kali ni aku lewat lagi....starting jam 8:03 mlm...tak tahu flag off pukul berapa but kalau lah tepat pukul 8:00 mlm, that mean aku dah lewat 3 minit...so bayangkan 3 minit tu kalau elit runner dah pun 700 meter..aku starting kat depan Mahkamah Putrajaya..celok-celok & sayur terlalu ramai runner..ribu-ribu rasanya..then pasal kelam kabut..GPS aku pun kelam kabut juga..maybe tak sempat detect signal satellite..tengok kat Garmin Connect..cuba zoom map kat starting point..ntah apa-apa..tu yg distance GPS aku jadi 11.72 Km..

Apa-apa pun position aku 30th...timing ikut GPS aku 48:51, dapat juga la finishing medal..pace? Tengok kat Garmin Connect tu la...malas nak upload gambar..



Ahad, 19 Julai 2009

Siemens Run @ Dataran Merdeka, K.Lumpur


Hari ni aku tak kelam kabut sebagaimana minggu lepas...bangun tidur pukul 5.00 pagi!!Then bersiap secara berhemah...cari baju, kasut, GPS, nombor, pinkan nombor....sempat lagi buat secawan nescafe..relax betul la..makan roti 3 keping, then pukul 6:45 pagi naik motor ke Dataran Merdeka..sampai sana pukul 7:10 pagi..

So, race pagi ni macam biasa la, takde target apa pun...sedar diri tak training..starting pun relax je, tapi terikut-ikut juga dengan pace runner lain..pace aku 3:50/km, then lepas tu automatik la kena slow...pasal area stesyen komuter Bank Negara tu kan route berbukit!!

Walau apa pun aku sendiri pun macam tak percaya dengan pace aku pagi ni..average pace 4:08/km, time 41:47, position 17 Men Open..jarak ikut GPS aku 10.09 Km..Klik sini untuk Garmin Connect..

Split per Km

Ahad, 12 Julai 2009

Olympic Day Run - Dataran Merdeka, KL

Selepas SCKLM ni race aku yg pertama....dan merupakan kali ke-2 aku berlari!! Pagi semalam aku jogging 6 km..gila..2 minggu rest..nak kata sibuk tak juga, cuma minggu lepas aku pi Johor Bharu dari hari Selasa - Jumaat..lepak kat Hotel Dorsett, JB..bengkel 3 khidmat ATM..memang aku tak bawa langsung kasut jogging!!

So, pagi tadi aku join juga Olympic Day Run ni, walau pun hampir terlepas..tersedar dari tidur dah awal...lebih kurang pukul 6.00 pagi, relax dulu la..awal lagi..then sedar kali kedua pukul 7.00 pagi..adoii....mampus aku..kelam kabut bangun, mandi, solat, cari baju + kasut..alamak, nombor tak pinkan lagi..merempit terus ke Dataran Merdeka..langgar mana-mana traffic light yg patut..jauh tu dari Batu 6 1/2 Jalan Gombak ke Dataran Merdeka!!Sampai sana lebih kurang jam 7:28 pagi..tukar ke pakaian lari...7:29 flag off..so kiranya aku starting tak ikut starting point sebenar la..rujuk peta..

Starting point aku..kat area taman D.Merdeka

Aku berlari ikut kemampuan aku je..heart rate ada masanya cecah 95%..so terpaksa la slow down..kang jadi apa-apa aku juga yang susah!!So, aku dapat no 23...placing tu takleh nak kira la pasal aku tak lari ikut jarak sebenar..kalau ikutkan GPS aku jaraknya 7.301 km..so kurang 260 meter dari jarak race sebenar..



Olympic Day Run route..


My split per km..

Rabu, 1 Julai 2009

Perasmian Kedai Baru Aku..1 Julai 2009

So, hari ni 1 Julai 2009 - rasmilah kedai baru aku..tak keluar modal pun..so, sekarang ni tunggu barang je..nanti kalau dah sampai aku layout la kat sana..tunggu je la..
Alamatnya..http://theworldofdigital.blogspot.com

Ahad, 28 Jun 2009

Standard Chartered KL Marathon 2009

Marathon aku kali ke-8 ni rupanya marathon paling teruk yang pernah aku sertai, tolak marathon aku yg pertama kali tahun 2004 kat Penang tu dan marathon Saberkas Sarawak 2006..timing aku semuanya bawah 3 jam 10..2 marathon Johor- 2nd Link, 2 marathon Melaka dan 1 marathon KL 2003..then marathon hari ni kedua teruk, 3 jam 38.52..rasanya marathon Saberkas time aku lagi teruk kot..tak ingat dah..

Sebenarnya hari aku bermula agak teruk pagi ni..terbangun dari tidur pukul 4:20 pagi!!Then kelam kabut naik motor dalam hujan renyai, sampai Dataran Merdeka pukul 4:50 pagi, hantar beg then terus ke starting point, flag off pukul 4:58 pagi!! So, aku berlari marathon kali ni tanpa warm-up langsung..

Walau pun aku tak training ikut program sepenuhnya..target time aku 3 jam 15..so split aku pagi tadi......
Lagi cerita pagi tadi...masa lari tadi aku perasan lebih dari 3 tapak kasut yang tercabut kat atas route tu..ngeri jugak la..sampai terkopak terus tapak kasut..ha..ha..then masa kat Lebuhraya Damansara (dekat susur ke Jalan Parlimen) aku berhenti bagi bantuan kat Midon..dia jatuh pasal cramp kedua-dua kaki)

Apa-apa pun tahniah kepada yang telah berjaya menamatkan marathon tadi, kepada yang tak dapat capai target..macam Ronnie, boleh cuba lagi...utk Murali yg tak menamatkan marathon tadi (control pace tu..pace hang utk 20 km pertama laju sangat)..utk Naresh Kumar (control pace)..sama juga Imran...hang lari 10 Km ke lari marathon!! Pace hang utk 5 km yg pertama 21 minit la!! Click here utk Garmin Connect..

Split per km - Km 1 - Km 34

Split per km - Km 10 - Km 42

My heartrate & pace graph

Split per 5 Km

Bersama geng biasa..

Bersama Naresh Kumar

Aku

Sabtu, 27 Jun 2009

Papa, all the best..

"All the best all marathoner"

Pagi ni aku baru habis test run...pukul 5:20 pagi...6 Km je, esok pagi takde la terkejut sangat...entahlah, training pun tak berapa ikut program sangat..ikut mood je, nasib baik juga ada Circuit Run Pacemaker..kalau tak lagi hancus..

Kalau nak kira pengalaman aku dalam marathon ni, takde la baru sangat..marathon pertama aku pada 2 Oktober 1994 - Malaysia Airlines International Marathon, Penang..time tak ingat dah, rasanya 4 jam lebih..pasal pertama kali aku hentam je..half way 1 1/2 jam, lepas tu aku slow jog + walk..cramp..takleh nak maintain pace..sampai kat garisan penamat aku nangis..satu perasaan yg tak pernah aku rasa selama ni.....i'm finished my first marathon!! Then esok marathon aku kali ke 8..

So, kepada sapa-sapa yang lari marathon esok, good luck..terutamanya yang pertama kali lari marathon..like Ronnie..all the best..jangan terikut-ikut sangat dengan pace runner lain..terutamanya dalam 20 km pertama..

"Papa, all the best...tunggu kaki Aqim besar sikit..boleh jadi marathoner"

Ahad, 14 Jun 2009

der Pacemakers Circuit Run 3

Sirkit ni, yang terakhir sebelum SCKL Marathon dianjurkan geng Pacemaker kat Bukit Jalil Park..trek jogging yang agak berbukit..lebih kurang 3.2 km per lap, but lap pertama je...lepas tu kitorang dapat diskaun pasal ada pokok besar tumbang kat laluan tu, so lap jadi kecil sikit..lebih kurang 3.0 km..nasib baik takde yang kena timpa pokok tu..

Pasal sirkit kali ni takde Naresh & Murali, aku dapat no 2 dibelakang Jasni..masa yang tak berapa laju sangat 1j 36.09..average pace 4:32/Km..Link to Garmin Connect..

Split per laps software Garmin Training Centre

Split per km software Sport Tracks

Split per laps software Sport Tracks

Ahad, 7 Jun 2009

My Son's Toys..

Pasai sekarang ni pun race kurang, takde apa nak upload...aku susun toy anak aku yag bersepah bawah sofa tu..then upload la..