Translate

WebSta

Isnin, 25 Januari 2010

Coy Support Weapon Fire Demo

video

Tadi aku & coursemate berpeluang la menonton demostrasi kuasa tembakan senjata bantuan kompeni & HMG 12.7 mm, dengan bantuan pencahayaan 60 mm mortar..kadang tu terfikir juga aku, nasib baik juga negara kita ni aman.....kalau tak sanggup ke aku menghadapi situasi yang haru biru gitu??Kiranya lama juga la dok kat lapang sasar tu..dari jam 4:00 ptg....balik ke Pulada lebih kurang pukul 8:30 mlm, alamak....ingatkan nak jogging sikit hari ni..

Kebetulan pula birthday aku esok, so demostrasi tadi lebih kurang celebrate birthday aku la..huhu, ye lah takat pukul 11:00 mlm ni (time aku publish post ni), sejam lagi nak masuk birhday aku takde sorang pun hantar SMS @ e-mail..tadi kat lapang sasar ada la skot aku, Kapt Ashraff buat announcement..terima kasih skot!! Wife aku pun agaknya dah lupa birthday aku kot.......entah la....

Ahad, 17 Januari 2010

Rekreasi @ Gunung Panti

Ceritanya hari Khamis lepas aku & geng kursus kena la panjat Gunung Panti, latihan compass marching..kami dilepaskan pukul 4:10 ptg, jarak lebih kurang 24 Km dan dikehendaki lapor kat 3 check point..dengan peralatan dan senjata, agak teruk la juga..sampai ke CP1 jam 9:20 mlm, jalan agak teruk pasal terpaksa naik bukit & of course la bukannya ikut laluan macam yg dok ada kat Gunung Nuang tu, lagi pun jalan malam..seterusnya jalan turun ikut laluan sungai, lagi teruk pasal terpaksa jalan atas batu yg licin..sampai ke CP2 jam 1:30 pagi..laluan seterusnya ke CP3 lebih kurang 6 Km on road @ Kg Bukit Lintang..sakitnya kaki, yea la....dah 9 jam berjalan..makan pun belum lagi, cuma biskut & air sejuk je..seterusnya sampai la ke CP3 @ SJK (T) Ladang Pelepah lebih kurang jam 4:30 pagi..so, akhirnya selepas lebih 12 jam berjalan, kami sampai juga....kumpulan yang pertama..& kumpulan yang terakhir sampai 6 jam kemudian..10:30 pagi, depa ni tido kat puncak gunung kot..huhu..gitulah ceritanya..

Sebelum meredah hutan..ceria lagi..

Geng course aku

Aku kat belakang tu..huhu

Pukul 6:56 pagi kat tempat penamat..penat oooo...

Kat tempat menunggu utk balik ke PULADA

Route map

Rabu, 6 Januari 2010

I'm @ Ulu Tiram, Johor until mid April 2010

Just nak info kat kawan-kawan, aku sekarang ni menghadiri kursus kat PULADA, Ulu Tiram, Johor..sehingga 16 April 2010..masa utk aku bergiat aktif dalam larian agak terhad sekarang..actually aku dah daftar kategori full utk Marathon Putrajaya, nampak gayanya terpaksalah aku melupakan niat murni nak join event tu..apa-apa pun selamat utk kawan-kawan yang join..



Jumaat, 1 Januari 2010

Saucony Pacemakers Network Run 2010

Selamat Tahun Baru 2010....semoga tahun ni lebih cemerlang..so, tahun ni kali kedua aku join larian ni..kiranya medal pertama aku la untuk tahun 2010..route larian kali ni agak teruk juga, pasal kena panjat tangga tu la..nasib baik juga lepas panjat tangga tu terus je turun bukit, kalau tidak naya ooo...

Kali ni aku berlari dalam kategori M35-39, berbeza dgn tahun lepas...cuma ada kategori M30-39..so, takde masalah la utk dapat Champion..then kalau combine result M30-34 & M35-39 aku ranking ke-6..

Combine result M30-34 & M35-39

Split aku..

Zul Azlan, Jasni & Aku..

Route map..

1 Mile Dash Run 31 Dis 2009

Race aku yg paling last untuk tahun 2009...1 Mile Dash Run, walau pun aku langsung takde buat speed workout tapi cuba juga....alaaa bukannya jauh sangat pun..belasah je..

Kalau nak kira penat memang la..pasal minggu ni aku pindah rumah, dari jalan Gombak masuk ke kuarters Kem Kementah..then masa nak pergi ke Dataran Merdeka tu, anak aku yang kecik tu merengek-rengek nak ikut..ingat papa dia nak pi sambut tahun baru apa..sampai kat Jalan Doraisamy jam 8:20 mlm..warm-up lebih kurang dgn Suresh, then jam 8:43 mlm flag off kategori aku..Men 36-45..so, sebagaimana planning aku..500 meter yg pertama aku speeding 90%...huhu, rasa nak pecah dada..Km pertama aku buat 3:02, then baki 600 meter 2:25 (teruknya)..so, aku kedudukan ketiga dgn catatan masa 5 minit 28.69..

Split aku..
Dapat la hadiah sepasang sandal Crocs Prepair + medal + barangan Nivea, botol susu tu takde dalam senarai..huhu..

TQ Mr Tey for this photo..speeding kau-kau..