Agak mengejutkan….itu sahaja yang mampu
penulis ungkapkan dengan semakin banyak kes-kes penipuan yang berlaku dalam
sukan larian di Malaysia sejak kebelakangan ini. Belum pun selesai dengan kes
di Terengganu, khabarnya penulis akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat
‘post-mortem’ mereka yang akan dipengerusikan oleh Datuk SUK Trg. Lupakan
cerita tu. Kes terbaharu yang akan penulis kongsikan ini berlaku di Standard
Chartered KL Marathon.
Modus operasi yang sama, menggunakan
nombor bib orang yang sama dalam kes tahun lepas iaitu Charles Kimingi Thaiya,
dalam kes ini pelari yang menggunakan nombor bib Charles ini agak senang
dikesan memandangkan penulis telah biasa berjumpa dengan Charles dan pernah pun
bertegur sapa. Dalam kes ini juga penulis pasti Charles juga terlibat kerana adalah
mustahil untuk pelari lain mendaftar menggunakan nama orang lain. Dari maklumat
yang disampaikan kepada penulis, pelari yang menggunakan nombor bib ini
dikenalpasti sebagai John Waithaka Njihia, berumur 24 tahun dan menerusi gambar yang
dikirimkan kepada penulis, John dan Charles sering menyertai mana-mana
pertandingan secara bersama.
Apa-apa pun terpulang kepada penganjur
untuk bertindak atau tidak. Penulis hanya membongkar apa yang cuba
disembunyikan sahaja. Dan menggunakan nombor bib pelari lain adalah satu
kesalahan dan perkara ini jelas tertulis dalam syarat-syarat penyertaan.
|
Keputusan rasmi |
|
John Waithaka Njihia menggunakan bib B-05023 kepunyaan Charles |
|
John Waithaka Njihia - photo by Tey Eng Tiong |
|
John left, Charles in middle - enjoy their day in one of running event in Thailand |
|
Charles, 2nd from left - MAEPS Trail Run 2013 |
|
Charles on podium |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan