Penang Bridge International Marathon 2014,
penulis tidak menyertai acara ini…hanya mengikuti perkembangan acara ini
melalui media sosial sahaja. Terlalu banyak komen negatif sebaik habisnya acara
ini.
Seperti biasa, penulis akan meneliti
keputusan rasmi dan cuba membandingkan dengan foto mereka. Nasib baik juga
acara ini dalam senarai marathon-photo.com, senang bagi penulis mengenalpasti
peserta yang bukan menggunakan bib yang sepatutnya.
Kali ini penulis kenal pasti pemenang ke-4
kategori Half Marathon Lelaki Terbuka iaitu John Kipkorir Rutto (bib E 34673),
bukan beliau yang berlari pada pagi tersebut.
Perkara ini saya sahkan dengan pengurus
mereka, iaitu Encik ‘A’, beliau mengesahkan hanya seorang pelari Kenya yang
bernama John Kipkorir Rutto di Malaysia dan beliau tidak menyertai PBIM 2014
sebaliknya menyertai acara di Brunei. Penulis meneliti keputusan acara tersebut
iaitu BSB International Marathon, Brunei dan mendapati terdapat peserta yang
bernama Rutto dalam senarai keputusan rasmi, tempat ke-2 dalam kategori Half
Marathon Lelaki. Rujuk di sini. Penulis juga ada bertanya perkara ini melalui
FB Messenger kepada pelari Kenya yang tinggal serumah dengan John Kipkorir
Rutto iaitu Godwin Kipruto. Beliau mengesahkan John Kipkorir Rutto ke Brunei
pada hujung minggu lepas untuk menyertai acara tersebut.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah
peserta yang menggunakan identiti John Kipkorir Rutto itu disahkan identiti
sebenarnya sebelum menerima hadiah kemenangan? Penulis pasti beliau tidak akan
membawa passport sebenar John Kipkorir Rutto kerana dalam masa yang sama beliau
berada di Brunei. Cuma 2 kemungkinan sahaja dalam kes ini.
1. Petugas
tidak meminta passport pemenang untuk pengesahan.
2. Pemenang
tersebut menunjukkan salinan passport untuk pengesahan.
Jika kemungkinan kedua berlaku. Sesuatu
yang penulis rasakan sangat tidak beretika untuk sesiapa sahaja yang bertugas
dimeja pengesahan menerimanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan