Satu lagi perkongsian yang bakal penulis
sampaikan lebih mengejutkan kerana beliau dalam kategori utama, Men Marathon
Open. Beliau naik ke pentas utama untuk menerima replika cek, kemudiannya
menghadiri sidang media. Penulis juga berpeluang merakamkan gambar beliau
bersama pemenang yang lain dalam sidang media tersebut.
Penulis tidak pasti bagaimana petugas
teknikal mengesahkan identiti mereka semasa mengisi borang tuntutan hadiah.
Pastinya setiap pemenang perlu menunjukkan passport atau kad pengenalan asal. Dari
pemerhatian penulis, sekiranya ada dibuat pengesahan passport agak senang
mengesan penipuan ini kerana rupa mereka amat berbeza.
Penulis pasti semua peserta acara larian
di Malaysia tahu dan faham kenyataan di bawah:
Runners are
ONLY allowed to run in their own running bib and NOT someone else bib. Runners discovered running in someone else bib
will be DISQUALIFIED and NOT be entitled to any prizes.
Any
participant who has been found created/suspended/banned in any event sanctioned
by Malaysia Athletic Federation (MAF) will not be allowed to participate and
would be disqualified if they do participate in this event.
Winners Age
Verification:
All Cash
Prize winners must produce their identity card (Malaysian) or Passport
(Foreigners) for age verification to the organiser before the prize
presentation ceremony.”
Mungkin perkara ini berlaku kerana petugas
hanya memeriksa umur peserta sahaja tanpa meneliti dengan lebih lanjut
sekiranya terdapat perbezaan antara foto dalam passport dan rupa pemegang passport
tersebut.
Hanya foto semasa majlis penyampaian hadiah,
rasanya tidak perlu diletakkan foto beliau sedang beraksi. Cukuplah dengan foto
beliau menerima replika cek dan sidang media.
Terima kasih atas maklumat dan kepastian
yang disampaikan kepada penulis. Foto diatas penulis cantumkan antara foto Geoffery Birgen yang sebenarnya dan pelari yang menggunakan identiti beliau iaitu Seurei Julius Kiprotichi, juara kategori marathon Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud pada 27 Sept 2014. Dibawah penulis
sertakan sebahagian foto Geoffery Birgen yang dikirimkan kepada penulis. Sama-samalah
kita memastikan supaya penipuan cara begini tidak akan berulang lagi.
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada
penganjur. Kedua-duanya pasti akan disenaraihitamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan