Translate

WebSta

Isnin, 7 Mei 2012

Putrajaya Urban Adventure Challenge

Event ni bakal berlangsung pada 3 Jun 2012 di Putrajaya..semalam aku jumpa la salah seorang penganjur event ni, kawan lama, Shahrul Amri, tolong promote event dia kat sini..

Event ni memerlukan 2 orang 1 kumpulan...ada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Campuran, Terbuka Universiti/Media & Tertutup Putrajaya..Antara disiplin yg akan dilalui, berbasikal MTB, berlari, mendaki bukit, berenang, kayak & biathlon..agak menarik juga la..maklumat lanjut kat sini..

Ahad, 6 Mei 2012

Larian Bersama Bomba 2012

Tengok bola punya pasal, final Piala FA..Chelsea vs Liverpool, tido pukul 3:00 pagi..dah kunci jam pukul 5:45 pagi tapi tersedar pukul 7:07 pagi..flag off Larian Bomba jam 7:30 pagi..adoiiii...kelam kabut mandi & solat subuh..x sempat dah nak breakfast..pukul 7:20 pagi terus merempit ke Dataran Merdeka..langgar mana2 traffic light yang patut..sampai Dataran Merdeka jam 7:30 pagi..nasib baik tak flag off lagi..tukar pakaian, terus berkejar masuk kandang..alamak, takleh pulak pasal tertinggal 'reporting card'....berlari ke tempat parking motor..ambik kad tu..sebaik saja masuk kandang, terus peserta dilepaskan..start dari belakang la..

Target aku untuk race ni....ntah la, just training je..dapat la nombor 17 kategori Lelaki Terbuka..apa lagi nak dikata..ok lah tu....detail pace kat Garmin Connect..