Translate

WebSta

Rabu, 28 Februari 2018

SHITARA TERIMA 100 JUTA YEN SEBAGAI INSENTIF REKOD BARU MARATHON JEPUN

-->
Entri penulis kali ini masih lagi mengenai Tokyo Marathon tetapi mengenai cerita pelari marathon Jepun iaitu Yuta Shitara yang berjaya memperbaharui rekod kebangsaan mereka. Beliau mencatatkan 2:06:11 memperbaharui rekod berusia 16 tahun kepunyaan Toshinara Takaoka 2:06:06 yang dicatatkan dalam bulan Oktober 2002. Cerita penuh klik sini.


The Japan News

 Kadar Pertukaran, jutawan segera!

Apa yang menarik perhatian penulis ialah, insentif bernilai 100 juta Yen yang dimenangi beliau iaitu bersamaan dengan RM3.6 juta! Bagaikan langit dengan bumi insentif yang diterima pelari negara matahari terbit ini berbanding dengan layanan yang diterima oleh pelari kita, Tan Huong Leong dan Muhaizar Mohamad. Memecahkan rekod kebangsaan dalam perlumbaan yang sama tetapi tidak diiktiraf dengan alasan tiada ujian doping. Mereka berdua adalah pelari marathon terhebat yang pernah negara miliki, kedua-duanya mewakili negara dalam acara marathon SEA Games KL 19 Ogos 2017 dan Muhaizar sendiri memenangi pingat untuk negara selepas 44 tahun tetapi dilayan seperti tidak memiliki apa-apa reputasi.

Mengenai kadar insentif yang diterima pelari negara sekiranya berjaya memperbaharui rekod kebangsaan, dari maklumat yang penulis terima – K. Baskaran menerima insentif RM1,000 selepas dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan di Standard Chartered Singapore Marathon 2 Disember 2001 iaitu 2:29:27. Begitu banyak perbezaannya, RM3.6 juta vs RM1,000.

Penulis bertanya sendiri kepada Sheela Samivellu mengenai insentif yang beliau dapat selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan kategori Half Marathon semasa Standard Chartered KL Marathon 7 Ogos 2016, jawapan yang sangat mengejutkan penulis kerana sehingga ke hari ini beliau belum mendapat apa-apa insentif dari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)! Apa yang beliau dapat hanya RM2,500 iaitu insentif pemecah rekod kebangsaan dari penganjur.

Tiada ulasan: