Translate

WebSta

Ahad, 13 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Lama betul aku tak update blog aku ni....ye la, nama pun blog utk larian....so kalau takde aktiviti lari (training @ race) takde apa la nak tulis..

Bulan puasa dah pun hampir ke penghujung....so kepada kawan-kawan seperlarian yang mana kenal @ kenal-kenal sikit @ macam pernah tengok..Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf kalau ada salah dan silap, kekadang kita tak tahu perbuatan/percakapan kita menimbulkan rasa tak puas hati pihak lain..Ceritanya sepanjang Ramadan ni aku rest 100%..event seterusnya Genting Trailblazer..

Cerita yang aku nak kongsi sikit, pasal sikap remaja kita sekarang ni..semlm hari Sabtu, aku & wife pi la menyesakkan lagi area Jalan Masjid India tu..beli baju Melayu anak..kat sana memang banyak choice la..rega takdelah beza pun dengan tempat lain..lebih kurang 3 jam pusing area tu..aku pun balik la..pasal hujan agak lebat terpaksa la berteduh kat Bus Stand Jalan Munshi Abdullah (dekat Hotel Garden City)..aku perhatikan ada 3 orang remaja (budak sekolah menengah kot) baik je share rokok..2 batang share 3 orang..mula-mula tu aku tak perasan sangat, tetiba aku teringat skrg ni bulan posa...aku pun pi dekat la..soalan pertama aku, hang ni Islam ke? Dia angguk...aku pun tazkirah la sikit..Abis tu kalau Islam elok ke isap rokot kat tempat awam ni? Kalau ye pun isap la kat tempat lain....then aku pun tinggikan suara sikit..sergah budak tu supaya buang rokok..dia buang la..nasib baik la diorang tak melawan, kalau tak ada yang dapat penampar free..aku dah angin semacam masa tu.....gitu la sikap segelintir remaja kita sekarang..langsung tak fikir panjang..tak tahu malu..sedangkan kat situ ada lebih kurang 10 org dok tunggu bas..sebahagiannya warga emas India dan Cina..

Oklah, kepada yang akan memulakan perjalanan balik kampung minggu ni..selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu..jangan sesekali menaikkan kemarahan org lain..contohnya menyayur kereta org lain tanpa bagi signal atau himpit kereta org..then jangan lupa angkat tangan kalau orang bagi jalan..oklah, bye-bye..

2 ulasan:

zulhassan berkata...

Selamat hari raya gak kat ko minta maaflah kalau ada salah dan silap masa dalam perkenalan tu :D

Aku suspeklah ko sound tepat kat bebudak tu. Kalau semua rakyat negara ni macam ko rasanya tak akan membiaklah remaja bermasaalah dalam negara ni.

Rozmi @ Amin berkata...

Tanggungjawab sosial, sama-samalah kita amalkan..