Sedikit
info yang ingin aku kongsi bersama..bersempena dengan Sirkit Cabaran Gunung
Negara 2013 yang akan bermula 27 Januari ni di Gunung Datuk, Rembau, Negeri
Sembilan. Untuk maklumat lanjut berkenaan sirkit ini sila ke website PersatuanKembara Negara.
Sebenarnya,
aku join sirkit ni sejak pertama kali diperkenalkan, dikenali sebagai Sirkit
Kembara Negara tahun 2005..masa tu kalau tak silap aku sirkit ni dibahagikan
kepada 4 zon, dimulai dengan zon tengah Gunung Chenuang, Selangor dalam bulan
Mac 2005, sirkit kedua zon utara Gunung Jerai, Kedah. Diikuti sirkit ketiga zon
timur Gunung Tebu, Terengganu dan yang terakhir zon selatan Gunung Angsi,
Negeri Sembilan. Aku mendapat tempat ketiga di belakang Raja Gunung SKN 2005
Allahyarham Rosli Rumia dan N.Devandran.
Entri
aku kali ni memfokuskan kepada penggunaan kasut yang sesuai utk larian gunung
ini..Dari pemerhatian aku, tak ramai runners yang peka & mengambil berat
pasal bab ni, bukan hanya pelari santai malah pelari elit Malaysia..juga pelari
elit dari Kenya. (tiada pelari Kenya yg memakai kasut trail semasa menyertai
Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2011 dan 2012)…mereka ini memakai
kasut sukan biasa, yang khusus utk roadrace..dengan grip ditapak agak
minimum….dan akibatnya, terbabas la..
Seumpama lumba moto/kereta F1 la...kalau hujan tu, biasanya pelumpa akan tukar tayar 'wet weather' utk lebih grip, kalau tak confirm terbabas..kalau terbabas tak terseliuh takpe la, kalau seliuh?Sendiri tanggung la....sapa nak tolong kat atas gunung tu?
Kalau
diperhatikan kasut trail dan kasut roadrace agak berbeza corak grip
ditapaknya..
Perbezaan tapak kasut
trail & road
Kalau
2-3 tahun lepas memang tiada langsung kasut trail yang dibuat ringan
sepertimana kasut roadrace, tapi awal 2012…Brooks telah memperkenalkan kasut
PureGrit, dah boleh bye2 kepada kasut yg agak berat seperti Brooks Cascadia..
PureGrit 2 vs
Cascadia 8
Harga pasaran utk Cascadia 8 dan PureGrit 2 ialah RM 439.00, agak mahal betul tak? Tapi kalau beli dengan aku dapat la diskaun 30%++, ok la tu....dlm sekitar RM300.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan