Latest
news….Kenyan also cheater, using other Kenyan identity and ran away with cash
money prize (RM500)….what a shame, not a true sportsman spirit!!
Ceritanya
semlm aku join Larian MDAB kat Putrajaya, anjuran UiTM Shah Alam dan dari segi
teknikalnya 100% by FTAAA..actually tak ramai pun yg join dlm kategori C –
Lelaki Veteran 40 – 54 thn, lebih kurang 15 peserta je…apa yg menarik
perhatiannya pasal kemunculan 2 peserta Kenya..1 masuk kategori A – Terbuka
Lelaki dan 1 masuk kategori C – Lelaki Veteran..Walau pun dalam borang penyertaan jelas tertulis "Terbuka Kepada Semua Warganegara Malaysia"
Peserta
dilepaskan jam 7:33 pagi…berdesup la, dipendekkan cerita…aku dapat no.4 dengan
catatan masa yg agak bagus….actually aku pun takde la target hadiah pun pasal
hadiah utk top 3 je..42:16 utk jarak 10.53 Km, average pace 4:01 min/km.
Kedudukan ke – 4..Data kat Garmin Connect..
Keputusan rasmi
Sementara
menantikan acara penyampaian hadiah, kami langsung tidak dilayan apabila
menyuarakan rasa tak puashati kpd peserta Kenya tersebut, sekretariat semacam tak wujud je...bila tanya pegawai FTAAA, depa jawab tak terlibat dgn pendaftaran peserta, staf2 UiTM yg bagi hadiah tu pula jawab, depa bagi hadiah je….
Habis
acara penyampaian hadiah, kami pun mengambil inisiatif sendiri…aku, Casey, Ong
Chin dan Sarah Shahidan pun direct approach Kenya tu, minta dgn cara
elok….tunjukkan passport dia, selepas bersoal jawab dia pun tunjuk salinan
passport dia…betul la umur dia 42 thn,
walau pun cuma fotostat je, dgn
foto yg agak gelap…kami pun puashati la psl at least kami tahu dia ‘race’ dlm
kategori yg betul…
Foto salinan passport
Kenya tu … C 412
Rupanya
rasa puashati tu tak bertahan lama….hari ni semasa race Great Eastern Run,
Casey panggil aku dan check semula nama peserta yg menang semlm….rupa2nya
salinan fotostat yg ditunjukkan oleh peserta Kenya semlm adalah kepunyaan org
lain. Chales sendiri pun tak puashati, bila ditunjukkan foto runner tersebut yg
menggunakan identitinya, kemudian terus menunjukkan passportnya..tapi jauh disudut hati aku, depa ni memang dah pakat...tak logik la kalau orang yg kita tak kenal boleh simpan salinan pasport kita!!
MAEPS Trail Explore
Run 23 Jun 2013
Kalau
nak menang pun, buat la dengan cara yang betul….bukannya menipu!! Dan perkara sebegini tidak akan berlaku kalau penganjur lebih peka & bertanggungjawab.
Print Screen dari FB, jawapan yg dikemukakan oleh
FB page - Pusat Sukan UiTM apabila aku kemukakan
persoalan psl syarat larian ni...jawab mcm budak tadika je..:(