Translate

WebSta

Khamis, 5 September 2013

Nogori Climbathon Circuit 2013 - Gunung Tampin

Sirkit Nogori Climbathon – Gunung Tampin, sepatutnya acara ni diadakan pada 30 Jun yang lepas tapi ditunda pasal jerebu..so, diadakan pada 1 Sept 2013…perancangan asalnya aku bertolak sebelum Subuh 1 Sept tu dengan Asdi je tapi hari Jumaat tu N.Devandran call, katanya nak join sama…so hari Sabtu tu dia naik bas dari Kuala Kangsar….malamnya tido rumah aku le..

1 Sept lebih kurang jam 5:30 pagi, kami bertiga pun bergerak ke Tampin…1 jam lebih je perjalanan, solat Subuh kat surau area taman perumahan sekitar Gunung Tampin tu…then terus ke kawasan starting point tu..Kolam Renang Hutan Lipur G. Tampin.

Dipendekkan cerita, flag off tepat jam 8:00 pagi…kesemua peserta dilepaskan serentak pasal tak ramai, rasanya tak sampai pun 300 org utk kelima-lima kategori tu..

Route kali ni start je terus mendaki bukit, jalan tar…..langsung takde flat, tangkap leleh juga le, lagi pun ni event aku yang pertama selepas sebulan puasa & raya..lebih kurang 4.5 Km jalan tar, baru la lega sikit pasal masuk jalan trail…boleh rilek sikit, nasib baik juga kategori aku cuma Devandran je yg kuat..dia dah jauh kedepan, so target aku maintain 2nd position je la..

Trail tu lebih kurang 1.3 km je satu hala, tak la teruk sangat….yg agak teruknya bila sampai jalan tar semula..4.5 km downhill, sakit kaki menahan hentakan tarmac yg keras tu, bergegar kepala otak..haha..

Apa-apa pun aku dpt maintain kedudukan tempat kedua dengan beza lebih kurang 2 minit lebih dari Devandran..Data GPS tak boleh check psl corrupt, aku pun tak tahu psl apa?? Keputusan rasmi….

Lelaki Veteran

Lelaki Terbuka

Wanita Terbuka

Lelaki Remaja

Wanita Remaja

Foto kat FB event ni..klik

Tiada ulasan: