Translate

WebSta

Isnin, 20 Mei 2013

KL International Sunrise Towerthon Challenge 2013


KL International Sunrise Towerthon Challenge 2013….selepas 3 tahun berturut-turut aku menyepi dari menyertai acara ni, untuk rekod..timing aku 2008 – 17:28, 2009 – 17:38..

Untuk kategori Men Junior Veteran, dilepaskan jam 6:45 pagi, satu wave sahaja….nasib baik juga selepas dengar cerita psl kategori Men Open yang dilepaskan dalam 4 wave, berlaku human traffic jam kat dalam Tower tu…tapi perkara begini bukanlah asing…cerita aku masa KL Towerthon 2009..sini..

Tengok dari line-up kat starting point tu…boleh dikatakan misi mustahil utk aku dapat top 5, champion tahun lepas..Jean Pierre, juga ada Guianus Salagan, Casey, Gavin Bong dan juga 2 org Kenya..aku bermula dengan pace yang agak sederhana je…masuk ke dalam Tower dlm kedudukan ke 8, tengok timing 3:59..maknanya aku ada 12 minit je utk buat sub 16:00..ada hati nak buat sub 16:00 rupanya..hehe..baru je masuk minit ke 6, kaki dah rasa berat semacam je…adoii…tingkat ke berapa ntah, aku di’sayur’ oleh runner mat salleh, then di’sayur’ lagi oleh Zul Azlan…sampai T20 baru semangat datang semula pasal dah dekat, kemudian nampak sign TH000, TH001, TH002 & TH003…sikit lagi nak ‘sayur’ Zul Azlan, beza ½ langkah je…timing aku 16:58, utk official timing dan ranking kena tunggu la dlm 15 minit..
  

Keputusan rasmi


Photo courtesy of Mr Tey..TQ

Walau pun berbeza ½ langkah je dgn Zul Azlan tapi tengok official result bezanya 2 saat lebih, gitu la kalau pakai timing chip…maybe masa starting tu aku pijak map 3 saat lebih laju dari dia…Kepada kawan2 yang menjerit-jerit panggil nama aku dan bagi semangat masa on the way ke Tower tu, terima kasih psl bagi support...Next race Kenaboi Adventure Race, pasti seronok psl dah lama tak masuk adventure race ni…dengar2 ada caving & tubing, macam best je..

1 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

saya naik tangga 22 tgkt pon dah semput amat. tak sangka jadi juara. hehe!