Dah
lama aku tak update event kat blog ni….event terkini yg aku sertai, KL 10 Km
Roadrace, yg telah berlangsung dengan penuh ‘sedih’nya minggu lepas – 14 Apr
2013…hehe..
Pertama
kalinya dlm sejarah acara larian yg aku sertai….penganjur acara ni iaitu ‘Cadence
Project’ mengubah janji2 manisnya pasal hadiah yg ditawarkan….utk tempat
pertama kategori Lelaki/Wanita Terbuka – hadiah dikurangkan dari RM1000 ke
RM500!! Juga diubah kepada top 10 dari senarai asal top 15, paling bangangnya
penganjur ni….ikut suka dia je ubah apa yg dia suka kat dalam blog tu, dlm fan
page FB http://www.facebook.com/KLRoadRace dia langsung takde announce psl
perubahan hadiah tu..elok sangat la kan? Nombor telefon pun takde kat blog
penganjur ni.. http://klroadrace.blogspot.com,
satu-satunya cara utk berhubung dengan penganjur tu cuma melalui Facebook…tu
pun cuma jawab 2 komen je & 1 post minta maaf…hari Isnin lepas 15 Apr….dan
terus menghilangkan diri sampai sekarang..
Memang
la penganjur berhak utk ubah apa jua syarat yang telah ditetapkan awal tetapi
mengurangkan jumlah hadiah wang kemenangan adalah sangat keterlaluan, pasal
perkara tersebut merupakan salah satu tarikan utama kepada peminat sukan ini..
Hadiah
asal
Hadiah
yg telah diubah
Alasan yang diberikan penganjur
ialah acara ini kurang mendapat sambutan dan juga kekurangan penajaan. Alasan
ini boleh dipertikaikan kerana acara ini mengenakan yuran penyertaan yang agak
tinggi berbanding larian lain di Kuala Lumpur (RM50 utk early chicken & RM60 utk normal). Kot nak bagi alasan pun,
agak-agak la kan, pasai apa pendaftaran ditutup awal kalau kurang mendapat
sambutan….buat je la ‘walk in registration’ masa bagi nombor bib tu. Dengan
2000++ peserta bagi keempat-empat kategori tu kurang lagi ke? Tambahan pula ni
kali pertama depa anjur acara larian…..Penganjur juga dilihat cuba menjimatkan
kos dengan tidak memberi goodies bag,
light breakfast dan juga sijil penyertaan walaupun ianya dinyatakan dalam
blog. Print screen alasan penganjur
seperti dibawah:
Maybe penganjur ingin menjimatkan kos kerana menyewa peralatan Timing Chip dari syarikat Championchip.
Dari segi teknikal aku juga mempertikaikan penggunaan Timing Chip ini kerana alat pengesannya cuma satu sahaja iaitu
digarisan permulaan. Dipertengahan larian langsung tidak diberikan gelang atau
tanda check point, juga tidak ada
petugas yang mencatatkan nombor peserta. Ini diburukkan lagi dengan nombor bib
peserta yang dibuat dari kertas yang bukan kalis air, ramai peserta yang
menamatkan larian tanpa nombor bib kerana tertanggal/rosak. Yang bestnya aku
ada bukti seorang peserta yang tidak berlari mengikut peta laluan yang sebenar
tetapi nama beliau ada dalam senarai keputusan rasmi, nama terpaksa dirahsiakan
atas sebab2 kemaluan…hehe..Semasa penyampaian hadiah, acara sampingan iaitu
cabutan bertuah terpaksa dibuat dalam bentuk menjawab quiz kerana kebanyakan
nombor peserta telah rosak/hancur!! (Penyampaian hadiah pun bawah khemah
je….lagi usaha untuk menjimatkan kos!! Sewa pentas mahal oooo)….lagi bestnya
cetak logo FTAAA kat banner larian depa, walhal FTAAA tak terlibat secara rasmi
pun!!
Keputusan aku dalam acara ni seperti dibawah…data kat Garmin Connect
sini..Maybe penganjur ni ingat depa boleh lepas la kot dengan usaha murni
ni…menipu kami, peminat tegar larian ni….tunggu je la tindakan dari FTAAA dan
juga Kesatuan Olahraga Malaysia!!
2 ulasan:
Pernah jadi.. action needs to be taken to roganizers supaya tak jadi lagi.
e-cert sampai sudah pun takde.... E-cert je pun
Catat Ulasan