Translate

WebSta

Ahad, 28 April 2013

World Kidney Day Run, Putrajaya.


World Kidney Day Run, Putrajaya – 28 Apr 2013, jarak 12.0 Km….race ni bermula tepat jam 7:31 pagi di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya…rasa berdebar2 pun ada pasal aku akan test kemampuan diri dengan route yang berbukit-bukau? di sekitar Putrajaya….selepas KL 10 Km Run pada 14 Apr yg lalu, aku training lari cuma 2 sessi je…

1)    17 Apr – 6.61 Km, KLCC Park.
2)    21 Apr – 12.10 Km, Tasik Titiwangsa.

Utk maintain fitness aku cuma kayuh basikal, guna trainer…1 sessi ½ jam….tu pun bukan setiap hari..

Print screen pace

Dari data yg aku dapat dari GPS tu ternyata aku cuma dapat maintain pace 3:50 min/km untuk 4 km je….lepas tu kaki rasa berat sangat, ditambah pula dengan route yang berbukit..km-5 hingga km-8 dpt maintain pace 4:15 min/km, seterusnya pace makin drop utk km-9 hingga km-12 iaitu 4:25 min/km…..average pace utk jarak 12 km tu, 4:08 min/km. Data kat Garmin Connect..sini..

Seronok juga bila join race ni, sekurang-kurangnya dapat muhasabah diri, perbetulkan apa-apa yg kurang…sekarang ni aku dah sedar kat mana kekurangan diri, tak cukup daya tahan (endurance), next race Bomba Run….adakah performance aku akan meningkat?

1 ulasan:

Mohd Syafei Ahmad berkata...

bang 4:08 tu dah speed saya kalau pecut 100m agaknya.

Tahniah!