Translate

WebSta

Ahad, 8 September 2013

Men's Health Shape Night Run 2013


Agak terkilan juga pasal aku gagal dapat kedudukan top 10 semlm, lagi sakit hati pasal sebaik sahaja melangkah ke garisan penamat tu….dapat tahu aku kedudukan yang ke-11..amkan!!

Rasanya ini merupakan Shape Night Run aku yg ke-3, first time tahun 2008, then ke-2 tahun 2009..sini..

Race malam tadi berlangsung dlm keadaan basah psl hujan renyai2, aku pun bukan dalam keadaan terbaik psl tak recover sepenuhnya dari race Gunung Tampin Ahad lepas…masa jog pagi Sabtu tu & warm-up rasa sakit je kat bahagian belakang peha kanan..

Flag off lebih kurang jam 8:00 mlm, psl aku start lebih kurang 50 meter dari starting point, agak slow sikit la….ditambah pula dengan ramai slow runners yg blocking..group elit dah jauh kedepan dan aku langsung tak tahu ranking, bila dalam keadaan gitu aku lari dlm keadaan tak 100% push la…lesson learn..

Timing aku 52:01 Data kat Garmin Connect, route yg sama aku pernah buat 49:30 masa World Kidney Day Run 28 April 2013….bila tengok senarai pemenang lagi la terkilan….

Keputusan rasmi, credit to Mr Moey

Tiada ulasan: