Translate

WebSta

Jumaat, 23 November 2012

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2012


Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012….event yang sgt nostalgia bagi aku, maksud aku bukan event tahun ni le….edisi 1990an dulu, psl event ni la aku mula terjebak dengan event road race, aku mula2 join event ni semasa aku masih belajar lagi, 1st time tahun 1991..21 tahun yang lalu, begitu cepat masa berlalu…dah lebih 21 tahun rupanya aku aktif dlm sukan ni!!

Aku pun tak pasti bila edisi kali terakhir Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) ni, rasanya tahun 1999…masa tu semua kategori utama jaraknya 21 km..tahun 2009 ada juga dianjurkan larian ni kat Kuala Terengganu tapi dinamakan Larian Jambatan Bandaraya Kuala Terengganu..medal penamat pun lain, laporan kat sini. Tahun ni betul2 kesinambungan dari LJSM dulu berdasarkan dari logo yg digunakan.

Perancangan awalnya aku nak balik dengan family tapi last minit tak jadi pula, so utk mengelakkan boring drive sorang2 dari KL, aku invite le Brader Azman ikut sekali….nasib baik juga dia belum beli tiket bas lagi..

So, kami bertolak dari KL lebih kurang jam 10:30 pagi, Jumaat 28 Sept..sampai K.Trg lebih kurang jam 5:00 ptg, terus pi Batu Burok…ambik race kit. Race kit aku dah diambik oleh runner Trg, Fazilawati…so, malam baru boleh jumpa pasal dia ada hal kat Setiu. Sementara menantikan malam, jogging kat Batu Burok tu…dalam 20 minit je, teman kan Mej Nasir..lebih kurang jam 7:40 mlm, ke Jalan Sultan Zainal Abidin, ingatkan nak pekena nasi dagang….dah habis le nasinya, tinggal kuah je..kempunan la…..lepas Isyak pergi ke rumah datuk saudara kat belakang Petronas Batu Burok..tumpang tidur situ la..

Sabtu, 29 Sept…selepas solat Subuh, kami siap2 ke tempat starting point..slow jog je dari rumah datuk saudara aku tu..tak sampai 1 km pun..tepat jam 7:00 pagi, kami dilepaskan, aku masuk kategori Lelaki Tertutup Terengganu jarak 9km tapi dilepaskan sama dengan kategori 21km…kalau tak silap aku le, semua pelari dilepaskan serentak…10 kategori semuanya. Apa punya penganjur le…..tak ke sesak jadinya kat starting line tu!!

Memandangkan jarak tak sampai 10km, semua runner kategori aku berdesup2 tekan turbo..aku pun terpaksa le ikut sama..tengok time split km-1, 3:17min/km..tu dia, laju ooo….terpaksa brek sikit, split km-2, 3:42min/km..detail split sepertimana kat bawah ni..cuba tengok speed maksimum aku masa kick off tu, 23.4km/j!!

All data….

Berbaki 2 km ke garisan penamat, aku main tarik menarik dengan runner kategori aku…berbaki lebih kurang 800 meter ke garisan penamat dia mula kick off, aku pun terpaksa le ikut rapat…tengok dia dah mula goyah, siap toleh2 belakang lagi..aku pun lagi confident le dapat kalahkan dia….tapi nasib tak menyebelahi aku pasal aku terhalang oleh runner kategori Pelajar 7km, terpaksa brek & tolak belakang runner tu dengan agak kasar..aku kalah dengan ½ langkah je..bila keluar je keputusan rasmi, aku kedudukan ke-5..timing sama dgn runner no-4 tu..34:59, tapi hadiahnya beza RM200..beza tempat 1 hingga ke-5 tak sampai pun 30 saat (lebih kurang dlm 200 meter la)..

Keputusan rasmi.


Dengar khabarnya untuk edisi 2013, LJSM ni akan dibuat jarak 42.2 km….sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, kita tunggu dan lihat aje…tapi banyak yang perlu dibuat penambahbaikan..antaranya…….
  • Flag off perlu dibuat berasingan mengikut kategori utk mengelakkan traffic jam.    
  • Tempat penamat perlu dibuat lorong penamat khusus utk setiap kategori. Takut terjadi sepertimana kes aku ni, kalau la aku tak terhalang oleh runner kategori 7km tu mungkin keputusannya berbeza.          
  • Khemah minuman patut diletakkan jauh sedikit dari garisan penamat utk mengelakkan kesesakan. Juga dibuat lorong masuk & keluar dikhemah minuman supaya keadaan terkawal, takde la yg potong Q.           
  • Setiap peserta yg dlm kedudukan hadiah patut diberi tag kedudukan supaya mereka tahu kedudukan mereka. Aku sendiri tertanya2 kedudukan aku sebaik shj lepas finishing line.
  • Ramai peserta yg tipu kategori Tertutup Trg, penganjur patut lebih peka perkara ini. Perlu dibuat syarat yg lebih ketat, aku ada bukti geng Olahraga PDRM, PULAPOL KL yg masuk kategori Tertutup Trg..geng ni declare depa ni unit/bertugas kat IPD K.Trg.          
  • Perlu diadakan hadiah utk rakyat Malaysia memandangkan terdapat ramai sangat peserta elit dari Kenya, Ethiopia & Thailand. Mereka ini menyapu bersih kedudukan 1 hingga 31!!


Keputusan rasmi Kategori Terbuka 21km.

Dgn Siti Aishah & her boyfriend.

 Dgn Brader Azman.

Geng seangkatan…dah veteran semuanya.

Khamis, 22 November 2012

Putrajaya Night Marathon 2012


Rasanya dah terlalu lama aku tak update blog ni…..nak kata sibuk tak juga, race dah banyak tak update, maybe lebih senang update kat Facebook….tak perlu tulis banyak2 sebagaimana blog..yang bestnya cepat je friends respond. Mungkin tak lama lagi zaman gemilang blog akan berkubur sebagaimana yg jadi kat ‘Multiply’, ini tak mustahil dengan perkembangan Facebook sejak kebelakangan ini.

Event yang aku tak update lagi, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 29 Sept, Marathon Putrajaya 20 Okt, Powerman Putrajaya 4 Nov & Run For Your Lungs 11 Nov….bila nak mengarang tak tahu le…

Putrajaya Night Marathon….walau pun aku langsung tak buat LSD, terpaksa juga masuk psl dah daftar, dengan perkembangan online skrg ni….kita kena cepat daftar apa2 larian, kalau tak mesti kempunan..pasal kuota dah penuh..training tu belakang cerita..ada la juga aku training, paling jauh pun rasanya 10km je..macam mana le nak lari 42.2 km kalau training gitu..secara jujurnya list training aku sepanjang bulan Okt hanyalah 8 sessi aje, sebagaimana lampiran dibawah…..maybe ramai yg tak percaya..gitulah realitinya!!

List training sepanjang bulan Okt.

Peserta marathon dilepaskan tepat jam 8:00 mlm..pasal tak training aku maintain je pace 5:00 min/km, pacing dengan Abang Selamat..seawal km-6 perut aku dah rasa semacam je…rasanya tengahari tu aku takdelah makan benda yg luarbiasa pun..lauk gulai daging je..masuk km-10 masih lagi dalam target pace, tapi agak kurang selesa juga psl perut makin kuat meragam..sampai km-15 ada la water station but takde toilet pulak, psl dah takleh tahan terpaksa le pit stop kat depan sikit water station tu, tepi semak je….night marathon, senang la sikit..haha..3min 7 saat aku bazir masa tepi semak tu..lepas je pit stop tu, aku dah mula rasa semacam je…..kaki pun dah rasa penat yg amat sangat!!Pace pun ntah kemana..average pace aku utk km-17 = 5:20 min/km…dan semakin perlahan…dan semakin perlahan….km-20 = 6:54 min/km, dan of course la semakin ramai runners yang sayur aku….ada masanya aku berjalan, dalam fikiran masa tu aku terbayang DNF je…tapi dalam masa yg sama otak aku membantah psl fikirkan tak dapat ‘Finisher T’…tak sampai half way lagi tu, kalau aku jog & walk….berapa jam le timing aku??? Perut pun still rasa sakit lagi, datang sekali-sekala….macam biskut chipmore la pulak..

Untuk melupakan  psl DNF aku cuba ikut pace mana2 runner yg sayur aku dan aku setkan target baru….sayur Razif Yahya semula (dpt kat km 28 rasanya)…km-29 baru la aku mula dapat rentak..avg pace 5:04 min/km, dah mula bersemangat pasal berjaya sayur ramai runner lain…pasal route pun agak berbukit2, boleh maintain avg 5:15 min/km dah kira cukup laju dgn tahap endurance aku..

Km-41 lagi sekali aku masuk pit stop but kali ni laju le…lebih kurang pit stop F1 psl dah dekat dgn finishing line..8 saat je…haha..masa kick off aku berjaya sayur lagi sorang runner dlm 50 meter terakhir….dapat tag kedudukan ke-15 dengan masa jam aku 3j 55:32….lepas dpt ‘Finisher T & medal’….tukar baju, cari toilet le….tak habis2 lagi!!Dipendekkan cerita, masa on the way balik ter ‘pit stop’ dalam seluar..haha & sampai keesokan harinya masih lagi tak reda2 sakit perut…...tu le bahayanya kalau tak cukup training.. Detail pace aku kat Garmin Connect..KLIK..

Cerita psl Marathon Putrajaya ni…teringat aku cerita beberapa hari yg lepas, ada sorang runner tu luahkan perasaan marah kat wall Facebook dia, walau pun dah sebulan marathon ni berlalu..dia tak puas hati psl ada runner lain cakap dia “keliwon”….patut respect the distance..setelah aku belek2 kat stream line FB dia, ada la ternampak gambar dia dgn bib no Half Marathon Putrajaya….DAN ada juga gambar dia dgn bib no Marathon, ni dah keliwon tahap extreme ni!! Yg menambahkan lawaknya…dia cross finishing line lagi laju dari pemenang tempat pertama!! 2j 44 kalau tak silap..maybe niat dia just nak dpt ‘Finisher T’ je…tapi kalau ya pun jgn la guna kepala lutut sgt….entahlah, bagi aku la…kalau tak habiskan 42.2km tu tak payah la pi ambik ‘Finisher T’ tu, takut nanti ada runner yg betul2 lari dan tak dapat hak mereka…..dan kalau dah tahu salah tu, diam je la..tak perlu tulis status bukan2 kat wall FB tu, tak psl2 aku yg tak tahu ni dah tahu cerita sebenar..mana letaknya kejujuran diri anda??


Khamis, 2 Ogos 2012

8th Pacemakers Anniversary Run - 1st Series


Kali ke-2 aku join event ni…pertama kalinya juga dalam bulan puasa tahun lepas, jemputan dari Jasni..runner gantian pasal runner yg sepatutnya ada hal lain..ceritanya kat sini..Utk relay tahun ni aku jadi team captain, pasal target nak jadi champion so aku invite le top runner jadi teammate..

Photo courtesy of Kahwai Gallery

Tahun ni event Pacemakers Anniversary Relay ni dibuat 2 siri..pertamanya pada 29 Julai di Tasik Perdana dan kedua di Tasik Metropolitan, Kepong pada 12 Ogos..pasal dibuat bulan puasa, at least terpaksa le training sebab ada target..takde la macam tahun-tahun sebelum ni….sebulan penuh full rest!!

Pasal ada training, tak la terasa penat sangat walaupun berpuasa..aku pelari ketiga, just mantain gap je la....lagi pun Amy & Jasni dah tinggalkan team kedua agak jauh..detail pace aku kat Garmin Connect..

Rabu, 4 Julai 2012

Mount Berembun Green Challenge 2012

Merupakan kali ke 2 berturut-turut aku join event ni, dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara. Kali ni pun aku naik bas yang disediakan oleh pihak penganjur, naik kat Matic Jalan Ampang…lebih kurang jam 9:00 pagi, Jumaat 29 Jun 2012..kira penuh satu bas la..

Tahun ni perjalanan ke Terengganu smooth je, sampai lebih kurang jam 3:00 petang..tak le macam tahun lepas..ceritanya kat sini..

Lebih kurang jam 5:00 ptg, event briefing…untuk kategori Tertutup Terengganu (kategori yg aku masuk), jarak di panjangkan….tahun lepas 8 km je, tahun ni sampai ke Puncak Gunung Cemerong..

Malamnya selepas acara perasmian & makan malam…cari tempat tidur la, plan asalnya aku nak tidur dalam hammock gantung je but tengok sofa kat dalam dewan tu..macam best je..

Acara bermula jam 8:11 pagi..strategi aku kali ni, maintain je top 3..pasal untuk kategori yg aku masuk tu…2 runners kuat dah dikenal pasti, lagi pun aku baru je habis lari SC KL Marathon minggu lepas….masih lagi dalam recovery mood, memang betul pun…baru event bermula dalam 1 km..sampai area mendaki, kaki rasa penat sangat..ada satu ketika tu rasa macam nak patah balik je, lepas pekena gel “2nd Surge” baru rasa ada semangat sikit..

Masa kat puncak Gunung Cemerong tu, aku selisih dgn 1st & 2nd runner kat area papan tanda 200 meter ke puncak…maknanya gap aku dgn diorang dlm 500 meter la..jauh tu nak kejar..so, ambik langkah selamat la, turun perlahan2 sambil maintain position no.3..

Pace aku kat Garmin Connect, klik sini..

Men Open
Women Open
Men Veteran
Men Closed
Women Closed
Boy
Girl

Khamis, 28 Jun 2012

Standard Chartered KL Marathon 2012

 Photo courtesy of Ee Kay

Tahun ni merupakan kali kedua berturut-turut aku men'offer'kan diri utk membantu runner lain mencapai target sub 3:30..bukanlah satu tugas yang mudah....terutamanya selepas km-30..

Marathon ni bermula jam 4:31 pagi..5km pertama, ramai yg ikut aku..rasa semangat pulak...then masuk km ke 10, area Jalan Sungai Besi berhampiran TUDM KL...hujan pulak dah...masih ramai lagi yg ikut, tapi 50 meter belakang la..angin agak kuat but pace still maintain..time split 48:55, guide pace chart 49:46...ok la, advance kurang dari 1 minit..

Km 15, time split 1j 13:41..pace chart 1j 14:36....tengok ke belakang, masih ramai yg follow dari jauh.. km 20, time split 1j 38:45, pace chart 1j 39:32....gap dengan group yg follow aku dah makin jauh..dan aku perasan juga, kat area sini...simpang menghala ke Jalan Imbi, aku mula ramai 'sayur' runner lain....pace depa makin perlahan la tu..pasal aku maintain je..masa kat depan KLCC aku 'sayur' Abang Alam Shah, bagi signal kat dia suruh follow rapat..tapi ntah la..aku takleh terlalu perlahan sangat pasal pace ngam2 je..advance dalam lingkungan seminit je..

Km 25, 2j 03:52, pace chart 2j 04:25..aku dah mula lari sorang2, toleh belakang takde pun runner yang follow..aku 'sayur' runner lain ada la..km 30, 2j 28:42..pace chart 2j 29:18, bermula km ke 30 ni, aku dah rasa semacam je, perut pula buat hal, full tank...banyak sangat minum air kot...kat water station tu nampak toilet tapi tak boleh berhenti pasal masa ngam2 je..adoiii...tension betul..

Kat km 35, dah takleh tahan...perut dah penuh sgt, terpaksa la pit stop kat pokok tepi jalan tu..time split 2j 53:41, pace chart 2j 54:11....masih lagi dalam target..tapi kena force sikit la pasal kat Jalan Tunku tu route agak berbukit, dah biasa sangat kawasan tu..tempat LSD la..

Km 40, 3j 19:06, pace chart 3j 19:04....sampai je simpang 4 sebelum Dataran Merdeka aku tengok timing jam aku 3j 27:00 so, ada masa lagi la untuk tunggu mana2 runner yg mampu buat sub 3:30..rasanya aku berjaya push 4 runners buat sub 3:30..timing aku 3j 29:47..mission accomplished!! Pace aku kat Garmin Connect..

Isnin, 4 Jun 2012

Runner's World June 2012


Enjoy your reading....run happy..download it here..

Jumaat, 1 Jun 2012

6th Hatyai International Marathon 2012

Merupakan trip kedua aku ke Hatyai, organize by Chap Ayam Runners...juga merupakan marathon ke-2 aku bagi tahun 2012, selepas Energizer Night Marathon..

Berkumpul kat Pudu Sentral jam 10:30 mlm hari Jumaat 25 Mei, bas bertolak lebih kurang jam 11:30 mlm..sampai Changloon dalam pukul 4:30 pagi, berhenti untuk isi borang masuk Thailand..lebih kurang 45 minit juga..

Lagi 3 km ke Check Point Imigresen Malaysia, dah mula sesak..tapi takde la teruk mana pun..kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas..maybe tak ramai yang berani pi Hatyai selepas kejadian letupan bom baru2 ni..sampai ke Sadao Border Checkpoint pun tak berapa ramai orang..sampai ke bandar Hatyai jam 10:00 pagi..terus jalan kaki ke Hotel Golden Crown, lalu juga la sebelah Plaza Lee Garden yg kena bom tu..teruk juga nampak..psl bom tu diletupkan kat parking kereta bawah plaza tu...habis tingkat bawah kena repair..

 Jalan kaki menuju hotel..
Makan tengahari

Tut-Tut

Sampai hotel, mandi & rehat sekejap..jam 1:00 tengahari, pi makan ramai2 ke kedai Kai Tod Daycha..then naik tut-tut pergi register larian kat Stadium Jiranakorn..hebat juga sale kat stadium tu..kasut & pakaian sukan bersepah2, murah-murah pulak tu..


Kasut 


Acara wajib bila geng Chap Ayam Runners berkumpul ramai2..bergambar le...

Pagi Ahad tu, kami berkumpul kat lobi hotel jam 3:00 pagi, naik tut-tut kejap je pasal jarak hotel ke stadium tu cuma 2km je..sampai stadium runners tak ramai lagi..flag off jam 4:30 pagi waktu Malaysia = 3:30 pagi waktu Thailand..

Pace chart yg aku cuba ikut kali ni 3:20, pace 4:44 min/km..3 km pertama, agak laju juga walaupun aku dah cuba control, 4:27, 4:25 & 4:29...terpaksa lari sorang2 pasal group depan tu laju sangat..sampai km ke 10 baru la jumpa 2 org runners Thai yg lari pace yg agak sama, tapi route tu sangat gelap..cahaya cuma dari marshall yang naik MTB tu, langsung x tahu pace, sampai km ke 17..baru la ada lampu, tu pun tak jauh...dlm 50 meter je, tengok jam dah tunjuk signal GPS..ni mesti pasal aku dok tekan2 lampu dlm gelap tadi..tekan2 takde respond..adoiii...hilang mood!! 2km pace aku drop, km-17...5:39min/km & km-18...5:44min/km, then ambik keputusan kejar semula 2 runners Thai tu, tu yang average pace jadi 4:28min/km, best pace 4:04min/km!! Dapat la melekat semula dgn 2 runners tu, tengok jam dah ok semula, compare dengan pace chart kat km-25, sepatutnya 1j 58:29...jam aku tunjuk 1j 59:04...dah terkeluar target la....masuk je km-31 terus rasa semacam je, kaki mula dah rasa macam jelly..haha, terus x ikut runners Thai tu..tengok jam, avg pace 5:03min/km..sampai la km-36...pace terus makin perlahan..nasib baik sampai km-37, lari route sama dgn runners yang join event 13km, semangat la sikit pasal berlari ramai2..so, dpt juga la buat 3j 26:24..ranking tak tahu la, psl tahun ni pakai chip..kena tunggu keputusan rasmi keluar..

Keputusan rasmi..

Data penuh kat Garmin Connect.. Keputusan rasmi kat sini..Yang paling bestnya lepas lari tu ada disediakan nasi & bubur...nasi tu, walau pun nasi kosong dengan telur dadar je....tapi tempat lain ada? hehe..


Zul Hassan, layan nasik kosong + telur dadar 
sambil mengenang kembali azab larian 42km nya..

Petangnya selepas hilang penat, kami pi melencong ke Pasar Terapung Khlong Hae, pasal dah pergi tahun lepas...biasa je, cuma kali ni aku bawa DSLR, so gambar lagi menarik la..

Rasanya tahun depan repeat lagi kot....so, mark your calendar, 26 May 2013..

Isnin, 7 Mei 2012

Putrajaya Urban Adventure Challenge

Event ni bakal berlangsung pada 3 Jun 2012 di Putrajaya..semalam aku jumpa la salah seorang penganjur event ni, kawan lama, Shahrul Amri, tolong promote event dia kat sini..

Event ni memerlukan 2 orang 1 kumpulan...ada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Campuran, Terbuka Universiti/Media & Tertutup Putrajaya..Antara disiplin yg akan dilalui, berbasikal MTB, berlari, mendaki bukit, berenang, kayak & biathlon..agak menarik juga la..maklumat lanjut kat sini..

Ahad, 6 Mei 2012

Larian Bersama Bomba 2012

Tengok bola punya pasal, final Piala FA..Chelsea vs Liverpool, tido pukul 3:00 pagi..dah kunci jam pukul 5:45 pagi tapi tersedar pukul 7:07 pagi..flag off Larian Bomba jam 7:30 pagi..adoiiii...kelam kabut mandi & solat subuh..x sempat dah nak breakfast..pukul 7:20 pagi terus merempit ke Dataran Merdeka..langgar mana2 traffic light yang patut..sampai Dataran Merdeka jam 7:30 pagi..nasib baik tak flag off lagi..tukar pakaian, terus berkejar masuk kandang..alamak, takleh pulak pasal tertinggal 'reporting card'....berlari ke tempat parking motor..ambik kad tu..sebaik saja masuk kandang, terus peserta dilepaskan..start dari belakang la..

Target aku untuk race ni....ntah la, just training je..dapat la nombor 17 kategori Lelaki Terbuka..apa lagi nak dikata..ok lah tu....detail pace kat Garmin Connect..

Rabu, 2 Mei 2012

Rabu, 25 April 2012

Energizer Night Marathon 2012


 No 13 Men Open..tahun depan tak nak dah masuk kategori ni..hehe

Energizer Night Run 2012…penganjuran tahun ni memang terbaik la, selepas bertukar jadi nightmare tahun lepas..tahun ni pun aku join marathon, walau pun training lebih kurang je..(bila masa pulak aku training proper? hehe)..marathon aku ke 16..training aku utk marathon ni?
  
1.    4 Mac – 7.50 km (Kidney Day Run) 
2.    11 Mac – 21.72 km (Brooks ½ Marathon) 
3.    24 Mac – 4.17 km (Tibi Run) 
4.   25 Mac – 9.69 km (X-Country Tasik Perdana) 
5.    1 Apr – 21.61 km 
6.    7 Apr – 7.20 km 
7.     21 Apr – 5.02 km ( test run on morning, ENR at night)

Sepanjang bulan Mac aku tak training, just masuk race je...bulan April, lagi teruk…LSD on 1 April, then rest seminggu. 7 Apr, training 7.20 km..lepas tu rest 2 minggu!!Pagi 21 Apr tu aku paksa juga turun betulkan urat2 kaki..5 km je..untuk maintain fitness sikit2 aku just kayuh basikal je, atas trainer..tapi kayuh & lari guna otot yang berbeza..tu yang rasa semacam je selepas 21 km..

Target aku…haha, biasa la..3:30, dari awal rasanya aku tak mampu maintain pace 4:58 min/km tapi cuba juga setakat yang termampu & aku check pace setiap km takut terikut-ikut pace runner lain..boleh maintain pace tu sampai km ke 20 je…lepas tu kena force sikit utk maintain..sehinggalah km ke 26…memang terkeluar terus la..cuba force pun memang takleh masuk pace 4:58 min/km tu..detail pace kat Garmin Connect..

Sampai km ke 37, lebih kurang berbaki 5 km lagi..route memang beralun-alun, seksa sangat..dah la lari sorang2..3 km terakhir, lari dalam SIC..seingat aku la, 3 km terakhir tu tak kurang dari 7 runners yang sayur aku..apa boleh buat, mampu pandang je la….tu la bahananya kalau tak training..tapi kali ni rasanya tak la seteruk Standard Chartered Singapore Marathon 4 Dis tahun lepas….last 7 km aku jalan..ceritanya kat sini..

Apa pun aku dapat juga buat sub 4!! Timing aku 3j 57:18…lepas ni kena rajin2 la training pasal 24 Jun ni aku jadi pacer 3:30 kat Standard Chartered KL Marathon..aku bukannya berlari utk diri sendiri TAPI untuk runner lain..

Khamis, 5 April 2012

Runner's World - Apr 2012

Feel free to download your copy here...and just leave your comment below..so that i know you like it..Thanks!!

Rabu, 28 Mac 2012

X-Country Taman Botani, Tasik Perdana

Event hari Ahad lepas, rasanya FTAAA dapat mandat dari DBKL pun last minute pasal tiba-tiba je organize event ni...rasanya info psl larian ni keluar lebih kurang 2 minggu sebelum event kot..aku dpt tahu pun pasal terbaca post kawan2 dlm Facebook..register RM15 dan takde t-shirt, nampak sgt buat keputusan last minute, t-shirt pun tak sempat nak print..last date register hari Sabtu lepas 24 Mac, ambik nombor bib pagi larian 25 Mac..x ramai yang join larian ni, pasal hari yang sama ada larian kat Klang, geng 2 alam pi kayuh basikal kat Kuantan Century Ride dan geng 3 alam pi masuk Triathlon Kenyir..

Aku pun, mulanya planning buat LSD je kat Bukit Aman dengan geng Pacemakers, but bila terbaca psl race ni...x jadi la LSD, pasal event ni x-country..so, dalam masa yg sama boleh la test kasut yang baru dapat bulan lepas..Brooks PureGrit, khusus untuk trail running..

Sepertimana tercatat dlm borang, event ni flag off jam 8:00 pagi...pasal start agak lewat, ada banyak masa la untuk warm-up sambil bertanya khabar dengan geng2 pelari tegar yang lain..sebaik je runner dilepaskan, macam biasa la....semua tekan turbo, psl fresh lagi kan..pusing Tasik Perdana, naik bukit sikit....terus ke National Planetarium, sampai kat depan Memorial Tun Abdul Razak, ada seorang runner Kenya sayur aku...mak aii, lajunya.....ringan je kaki dia..

Lepas pusing dalam Tasik Perdana, terus lalu ikut Padang Merbok..then masuk Persiaran Salahuddin, kemudian masuk trail road..kat dalam hutan tu la aku kena sengat lebah/penyengat kat tangan..pasal runner depan aku terpegang pokok yang ada sarang lebah/penyengat tu..(aku pun x pasti jenis apa, takde kerjanya nak check..haha)..sampai kat penamat, rupanya ramai lagi yang kena sengat....kejadian yang sama berlaku masa Merentas Desa FTAAA awal Januari baru2 ni, rasanya takde yg terpaksa dibawa ke hospital kot..

So, dipendekkan cerita, aku dikedudukan 11 kategori Lelaki Terbuka..dengan timing 45:33, kalau dlm borang tu FTAAA mention jarak 8 km je tapi sebenarnya 9.69 km..data & map kat Garmin Connect..klik sini..Foto klik kat sini..

Isnin, 19 Mac 2012

Takziah Kepada Keluarga Allayarham Rafizi

Berita yang agak mengejutkan....cyclist dirempuh dari belakang di MRR2, hadapan petrol pump Shell Zoo Negara..jalan tu agak lurus, cuma ada susur ke kiri untuk pengguna MRR2 yang menghala ke Taman Permata/Taman Melawati..

Dari rakaman CCTV Shell tu, kereta Proton Saga kelabu tu merempuh arwah disebelah kiri..agak laju juga & tak nampak pun kereta tu brek, paling teruk kereta tu terus blah..crazy..

Gini la sikap sesetengah pemandu kat Malaysia, langsung tak respek kat pengguna yang lain..bagi orang yang tak terlibat dengan sukan lumba basikal ni, dia ingat kereta dia hebat la, harga ribu2..setakat Proton Saga tahun 1991 tu (sumber dari FB) apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan roadbike Colnago arwah tu..

Untuk cyclist rasanya change utk dilanggar dari belakang agak tinggi...lagi pun selalunya cyclist tak kan kayuh terlalu rapat ke tepi jalanraya...agak bahaya pasal banyak sangat lubang..(pasal aku pun ada pengalaman berbasikal ni sikit2)...utk training lari, lebih selamat pasal kita boleh melawan trafik, so kita nampak kenderaan dari hadapan..pun gitu ada juga kes orang tak respek kaki lari ni..cerita kat sini..

Apa2 pun takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi..semoga rohnya dicucuri rahmat..video kejadian kat sini..

Selasa, 13 Mac 2012

Brooks Half Marathon 2012

Photo courtesy of Elaine..TQ

Hampir 3 tahun aku tak join distance 1/2 marathon..last event kat Terengganu, Mac 2009..Larian Jambatan Bandaraya K.Trg. Mula & tamat dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, ni kali ke-2 aku join race yg mula/tamat dlm stadium ni..kali pertama 19 Okt 2002, Larian Hari Terbuka KSN..hampir 10 tahun lepas!!

Target aku cuba habiskan dalam masa 1jam 30...so, kena lari average pace 4:15min/km, ntah macamana aku lupa pakai pace chart...agak susah la sebab takde guide, but lari half marathon tak la sesusah lari marathon, janji jangan starting laju sangat je..

5km - 21:19 (19:44), 10km - 42:39 (41:27), 15km - 1:03:58 (1:04:08), 20km - 1:25:18 (1:26:56) 21.1 - 1:30:00...21.72km - 1:34:17

Dalam kurungan tu timing aku, 5km pertama agak laju..masuk km ke 15 dah terkeluar target, memang agak susah nak maintain pace pasal route banyak bukit, distance pun lebih 600 meter..kalau distance tepat, timing aku dlm lingkungan 1jam 32..agak ok..data lain..Garmin Connect..

Keputusan rasmi..

Jumaat, 9 Mac 2012

World Kidney Day Run, K.Lumpur

Photo courtesy of Mr CWK

Race aku yg keempat utk tahun 2012...7.5km je, boleh la test turbo..starting jam 7:31 pagi @ Dataran Merdeka, kira ada 2 race la pagi tu..satu lagi Vision Run @ Padang Merbuk. Takde target apa pun, cuma try catatkan masa yg terbaik...ok la pasal dpt buat bawah 30 minit..Data kat sini..



Runner's World - Mac 2012


Feel free to download...here..

Rabu, 1 Februari 2012

Track Workout @ Kg Pandan

Photo courtesy of Mr Tey..more photo..

Hari ni 1 Feb...cuti, sempena Hari Wilayah...so join geng Pacemakers training kat track Kg Pandan..Lama betul tak training kat track ni, keadaan track agak tak terurus juga..line pun dah tak berapa nampak..dan dah ada bangunan baru kat sebelah track tu....kalau gitu memang dah lama sangat aku tak training kat situ yek?

Menu hari ni 800m x 8 rep - RBR : 4 min follow by 400m x 5 rep - RBR : 2 min...pace ikut kemampuan sendiri la, dah nama track workout...takleh la slow sangat ala-ala lenggang Mak Limah..utk 800m tu aku cuba maintain 2:45 dan 400m - 1:20..utk track workout ni yg penting kita kena maintain timing tu & cuba habiskan schedule..no point pia laju sangat tapi x cukup repetation, pasal kita nak train endurance & mental as well!!

Detail Garmin Connect..Pasal pia sangat, spike Brooks Z1 aku tercabut tapak...haha...laju sangat la tu..morale of the story, rajin-rajin la guna spike tu?

My spike cannot tahan der spirit of pia ooo...

Selasa, 31 Januari 2012

Runner's World - Feb 2012


Dah pun sebulan kita berada dalam tahun 2012, sekejap je masa berlalu...2 race aku join sepanjang bulan Januari..Multi-Purpose Insuran Run & Mizuno Run..

Sapa2 yg ada kelapangan sila la download copy Runner's World - February 2012.. Hope ada artikel dalam tu yg membantu meningkatkan prestasi anda!!

Isnin, 30 Januari 2012

My Road ID

My Road ID

Top 10 reason why you should wear Road ID.

1. If you can’t speak for yourself, Road ID will speak for you.
2. Road ID enables First Responders to immediately contact family members and friends.
3. Road ID enables family members to provide additional details about your health or give consent for potentially life saving procedures.
4. Road ID enables hospital staff to locate vital medical records.
5. Road ID can communicate medical conditions or allergy information to medical staff.
6. Road ID can prevent serious delays in treatment by saving crucial time during the “golden hour” of medical treatment.
7. It’s far better to have Road ID and not need it than to need Road ID and not have it. It’s not just a piece of gear, it’s peace of mind.
8. Accidents happen far more than you think they do. Each year approximately 450,000 of us are taken to hospitals unconscious and without identification.
9. Road ID looks good on and makes a statement about your athletic lifestyle – not to mention that studies would probably prove that people that wear Road ID are considerably smarter than those that don’t.
10. Road ID can save your Life. Period.

My Emergency Data For First Responders If Anything Happend..

Name : Rozmi bin Hj Yunus

City, State, Country : Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Emergency Phone Numbers : Ema +6012-314 1975 Wife, Lan +6012-953 4109 Brothers
Allergies : No
Blood Type : A+
Other Update : Will update recently.

Khamis, 26 Januari 2012

I'm Der Pacemakers # 64

Setelah 2 tahun di'offer'....baru kini dengan rasminya aku menjadi warga Pacemakers - der spirit of pia...Pia tu istilah hokain, yg bermaksud 'push to the limit'...sebenarnya untuk join geng Pacemakers ni bukannya senang...selalunya di'offer' kepada runners yg selalu training/pia dengan geng PM je, aku pun takde la selalu sangat join dgn geng PM...kenal tu memang la, race pertama yg aku join anjuran PM - Network Run @ New Year Run 1 Jan 2009....rasanya tahun 2009 paling banyak la PM anjur race, yg kedua Der Wild-Wild Run 8 Mac 2009, dalam Zoo Negara..then PM Circuit Run 1 Mei, 23 Mei & 13 Jun - preparation utk KL Marathon 2009.

Aku di'offer' utk join geng ni selepas misi Round The Island Relay, Penang 2010.. macam biasa, kena sediakan report, biodata diri..tangguh punya tangguh, sedar2 setahun...tak siap-siap lagi report aku..sehingga la minggu lepas, sebaik saja aku submit report tu..baru la dapat nombor PM...PM # 64..report aku kat blog PM..klik sini..

Ahad, 15 Januari 2012

Mizuno Wave Run

Photo courtesy of Din Sofia..tq

Race aku yang kedua utk tahun 2012 ni, bangun seawal jam 5:40 pagi, buat persiapan ala kadar, siap buat roti bakar & minum secawan neslo lagi..relek sungguh!! Jam 6:25 pagi, keluar rumah..naik moto je, senang nak parking kat Stadium UPM nanti..dah tahu, kalau kereta confirm pening nak cari tempat parking..

Sampai Stadium UPM jam 6:55 pagi, warm up sikit, jam 7:10 pagi, flag off..agak kelam kabut sikit pasal kategori wanita flag off jam 7:00 pagi, jalan yg sempit dgn kereta yang diparking jadi bertambah sempit dengan geng2 ladies yg pacing agak 'kura-kura' tu..

Pace yang agak laju juga, tapi bila tengok GPS..keluar warning ''Your data almost full, please delete previous data"...lebih kurang gitu la kot, tekan2..warning tu still ada..adoiii...problem betul la, look like i'm running at dark side..psl dah terbiasa check all that data while running..tak tahu langsung pace berapa min/km, previous km timing, heart rate & current pace and distance...jauh lagi ke nak habis??

Tamat je, tak tahu timing..check timing brader yg pacing sama 40:27, then tengok result kat blog runwithme, timing Goh Choong Aun 40:23, timing aku lebih kurang tu la kot pasal habis sama2..apa pun kena tunggu official result keluar..

Lepas race, check split..cuma ada split 2km je..1st - 3:55 min/km & 2nd - 3:59 min/km..maybe pasal aku silap setting GPS tu kot, x auto delete previous data..tu yg takleh rekod data baru..ranking pun tak tahu tapi lebih dari 10 la, pasal tag ranking diberi kepada 10 runners pertama je..finisher medal dapat la..medal pertama utk 2012..

Official result..added on 19 Jan 2012..

Ahad, 8 Januari 2012

Multi-Purpose Insurance Run 2012


Merupakan acara pertama utk aku tahun 2012 ni....pasal register lewat, cuma dapat masuk kategori 6 km je...12km dah full house, takpe la....6km pun ok juga, dari tak masuk langsung..

Tapi sangat kelam kabut pasal tersedar jam 6:50 pagi, event start jam 7:20 pagi!! Adoii.....huru-hara la, kelam kabut mandi...solat subuh...nasib baik bib number dah lekat kat baju siap-siap semalam..jam 7:10 pagi, keluar dari rumah...merempit la, langgar mana2 traffic light merah..sampai Padang Merbok jam 7:20 pagi..changing, sampai starting line jam 7:22 pagi..adoiii....dah start la..terpaksalah bermula dari belakang, susah juga nak celok mencelok ni..dah la takde warming up langsung!! Rasa nak pecah dada, route kat km 1 tu agak mendaki sikit..lagi la teruk.

Km 1 - 4:22 min/km, km 2...jalan banyak menurun bukit kat Persiaran Salahuddin - 3:56 min/km, then km 3 - Jalan Parlimen, downhill juga 3:42 min/km..km 4 Jalan Sultan Salahuddin - bukit ooooo, 4:23 min/km, kemudian km 5 masuk Persiaran Salahuddin sekali lagi..4:29 min/km, seterusnya Persiaran Salahuddin lagi kat area Tugu Negara km 6..3:43 min/km...last 500 meter - 2 min 21 saat...timing aku 27:00, avg pace 4:08 min/km..

Masa tengok acara penyampaian hadiah, baru la aku sedar rupanya timing aku tu dalam ranking top 10..rugi la, kalau start ontime, dapat la satu piala..rugi ooo...detail pace aku..sini..