Translate

WebSta

Selasa, 21 April 2009

Menu Petang Ni....LSD 16 Km

Petang tadi aku berpeluang la training 16 Km...easy pace je, kadang tu boring jugak lari sorang-sorang ni but apa nak buat..masa training aku agak terhad, kalau pi training kat Tasik Titiwangsa lagi buang masa..jarak dari rumah aku lebih kurang 9 Km @ 20 minit naik motor..baik terus berlari dari rumah, lagi jimat masa...20 minit dah hampir 4.5 Km tu..belum lagi campur time balik..pasai tu la aku jarang training kat Tasik Titiwangsa la ni..

Tapi yang boringnya training kat Jalan Gombak ni...lori + bas banyak sangat..sebagai langkah keselamatan kena la berlari lawan trafik..but petang tadi berlaku la kejadian yang telah meninggikan heart rate aku..ada sorang mat motor tu, agak aku la maybe budak sekolah lagi kot..macam nak langgar aku je, langsung tak nak ketepi..aku pun bagi la smash dengan tangan kiri..kena kat belakang..siap dengan sound effect `hoi...bangang ke?' ..aku tak berhenti la, just toleh kebelakang je...kot-kot dia patah balik..boleh la aku sumpah apa-apa yang patut..manusia jenis macam tu pun ada, maybe dia ingat aku salah kot...lari lawan trafik..yang dia naik motor tak pakai helmet tu betul sangat la kot..ntah apa-apa..Garmin connect..


Ni la split aku tadi....average pace 4:33 /km..time 1j 13:02

1 ulasan:

M.r. B.r.i.L.L.i.A.n.C.e 2009 berkata...

bro awat x kasi back hand kat budak tue bro.. haahhah baru dia ada akal...