Translate

WebSta

Isnin, 19 Mac 2012

Takziah Kepada Keluarga Allayarham Rafizi

Berita yang agak mengejutkan....cyclist dirempuh dari belakang di MRR2, hadapan petrol pump Shell Zoo Negara..jalan tu agak lurus, cuma ada susur ke kiri untuk pengguna MRR2 yang menghala ke Taman Permata/Taman Melawati..

Dari rakaman CCTV Shell tu, kereta Proton Saga kelabu tu merempuh arwah disebelah kiri..agak laju juga & tak nampak pun kereta tu brek, paling teruk kereta tu terus blah..crazy..

Gini la sikap sesetengah pemandu kat Malaysia, langsung tak respek kat pengguna yang lain..bagi orang yang tak terlibat dengan sukan lumba basikal ni, dia ingat kereta dia hebat la, harga ribu2..setakat Proton Saga tahun 1991 tu (sumber dari FB) apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan roadbike Colnago arwah tu..

Untuk cyclist rasanya change utk dilanggar dari belakang agak tinggi...lagi pun selalunya cyclist tak kan kayuh terlalu rapat ke tepi jalanraya...agak bahaya pasal banyak sangat lubang..(pasal aku pun ada pengalaman berbasikal ni sikit2)...utk training lari, lebih selamat pasal kita boleh melawan trafik, so kita nampak kenderaan dari hadapan..pun gitu ada juga kes orang tak respek kaki lari ni..cerita kat sini..

Apa2 pun takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi..semoga rohnya dicucuri rahmat..video kejadian kat sini..

1 ulasan:

RaYzeef berkata...

al-fatihah dan takziah..