Lama benar dah aku tak berlari kat K.Terengganu ni…walau pun fitness aku tak berada ditahap yang sepatutnya, aku masuk juga race ni..dapat nombor apa-apa pun tak kisah, pasal ni kiranya sebahagian dari program training aku utk KL Marathon bulan Jun ni..so, pace pun aku cuba maintain 4:15/km….but susah juga pasal takde pacer langsung..daripada Km 9, selepas Simpang Jalan Bukit Tunggal hingga la penamat kat Batu Burok aku lari sorang-sorang je..Kiranya peserta tak berapa ramai la, tak sepertimana Larian Jambatan Sultan Mahmud dulu-dulu..kalau tak silap aku tahun 1991 – 1999..Masa lari tadi aku perasan juga la beberapa orang geng-geng lama aku…dah pun jadi tukang tepuk…sambil pekena teh tarik kat warong..fulamak..jealousnya aku tengok..
Rasanya race ni patut dimulakan awal lagi..7:30 pagi, terlalu lewat utk half marathon..nasib baik juga cuaca hari ni mendung je..taklah terasa sangat..then hari ni juga ada insiden yg tak sepatutnya berlaku..Syah dah tersalah jalan..dia u-turn kat Pulau Duyong (sepatutnya utk jarak 11 Km je)..petugas kat situ pun buat tak tahu je, kadang-kadang benda begini takleh nak salahkan runner je..Kalau ikutkan utk kategori 21 Km tak perlu la susur ke Pulau Duyong..just lari atas jambatan je la..
Apa-apa pun masa yang mampu aku catatkan 1 jam 29:38 average pace 4:13/km…walau pun agak jauh dari catatan terbaik aku sekitar 1 jam 18 minit..rasanya masih ada ruang utk aku pertingkatkan lagi..Link kat Garmin Connect..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan