Training petang semalam 6 Mei 2014….memandangkan cuaca sebelah petang asyik hujan kat KL ni, bila panas je peluang untuk keluarkan peluh agak rugi kalau dilepaskan..
Lebih kurang pukul 6:30 ptg, aku pun mula slow run kat sekitar Tasik Permaisuri tu, guna route luar…agak banyak kenderaan kat situ, so untuk langkah keselamatan, aku lari lawan trafik..rasanya kat mana-mana pun kalau training lari, berkongsi jalan dengan kenderaan, memang WAJIB lawan trafik dan kena sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan. Cerita psl training di jalanraya ini, teringat kisah 5 tahun lepas….kawan baik aku, pelari marathon negara & nama yg cukup hebat dalam larian gunung..Allahyarham Kpl Rosli bin Rumia, beliau meninggal dunia akibat dilanggar dari arah belakang semasa training di Taman Tasik Taiping..cerita penuh di sini..
Cerita psl lari
lawan trafik ni, aku juga ada pengalaman yang menaikkan kadar ‘heart
rate’…kadang kereta dari arah depan tu dah nampak kita berlari tapi selamba je
masuk simpang, terpaksa la perlahankan pace…kalau jauh lagi boleh terima la juga,
tapi kalau dalam jarak kurang dari 10 meter…angin juga..cerita lama aku masa
training kat Jalan Gombak…ada mat motor tu, dia ingat jalan raya tu bapak dia
punya kot..ceritanya kat sini..
Split
Tiada ulasan:
Catat Ulasan