Translate

WebSta

Khamis, 22 Mei 2014

Energizer Night Race 2014 Official Launch

 

Energizer Night Race kembali semula tahun ini setelah berehat setahun….(tidak dianjurkan pada tahun 2013), cuma jarak 15 Km dan 5 Km SAHAJA dan bukannya sebagaimana edisi sebelum ini iaitu marathon, ½ marathon dan 10 Km. Acara ini bakal diadakan di Kuala Lumpur, mula/tamat di Dataran Merdeka.

Sidang media bagi acara ini telah diadakan di Play @ The Roof, Sky Level, 1 First Avenue, Bandar Utama, PJ pada 22 Mei 2014. Acara dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Mr Mike Foong, Pengarah Urusan Energizer Malaysia & Singapura.

Mr Mike Foong


Acara Perasmian

Penaja

Acara ini bakal diuruskan oleh Twenty First Century Sports Sdn Bhd, syarikat pengurusan acara yang tidak asing lagi di Malaysia, syarikat yang sama juga menguruskan BSN Putrajaya Night Marathon. 6 kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

·      15 Km – Lelaki Terbuka
·      15 Km – Wanita Terbuka
·      15 Km – Lelaki Junior Veteran
·      15 Km – Lelaki Senior Veteran
·      15 Km – Wanita Veteran
·      5 Km Fun Run

Penyertaan adalah terhad kepada 15,000 peserta sahaja. Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.

Tiada ulasan: