Translate

WebSta

Isnin, 5 Mei 2014

KL Heritage Park Night Run




Dah lama aku tak lari malam….kiranya race ni macam tangkap muat la, dapat info dari salah seorang organizer..Munzir Alwi, dia bagitau tak ramai elit yg masuk race ni dan slot ada lagi..apa lagi, lepas je Larian Muzium kat Shah Alam tu aku direct je ke Tasik Perdana..bayar & collect bib number. (kebetulan 1 Mei tu hari pertama ambik bib).

Petang Sabtu tu hujan…nasib baik juga menjelang pukul 6:30 ptg, dah agak reda. Lebih kurang jam 7:00 ptg aku bergerak ke Tasik Perdana, singgah kat Masjid Negara..solat maghrib dulu. 7:45 mlm sampai kat starting line, warm up dulu..8:00 mlm, ready kat starting line tapi flag off agak delay sikit….MC bagitau ada geng yg jaga check point tak ready lagi..

Jam 8:25 mlm, flag off…pasal route naik bukit, pace pun tak laju sangat la, 3:42/km….route kat Tasik Perdana ni kira teruk juga la pasal banyak bukit, lagi pun langsung takde training atau race malam semenjak Putrajaya Night Marathon (19 OKt 2013)..memang lain sangat…penat nak maintain pace. Km 9 paling teruk, 4:50/km!! Kat situ le aku di ‘sayur’ oleh Patrick….adoiii..

Elevation

Splits

Photo courtesy of Running
Malaysia Magazine

Walau pun hanya mampu buat avg pace 4:11 min/km je tapi still dapat no 3 pasal takde elit yg join race ni..trophy pun sampai no 3 juga, kira berbaloi la walau pun tak perform..Data GPS kat Garmin Connect..

Medal

Trophy

Next race Larian Bomba 11 Mei..

Tiada ulasan: