Translate

WebSta

Khamis, 1 Mei 2014

Larian Muzium 2014, Shah Alam


Larian Muzium 2014, Shah Alam 1 Mei 2014….memang takde pun kategori veteran tapi saja aku masuk pasal fee takde la mahal sgt, RM20 je..mana la tahu kot2 takde ramai elit yg turun, medal limited utk 20 top runners je.

So, 5:30 pagi dah bangun….naik motor ½ jam juga dari KL ke Shah Alam, turun dari rumah jam 6:15 pagi….sampai Muzium Sultan Alam Shah lebih kurang pukul 6:45 pagi, terus ambik nombor bib..tak ramai peserta tapi ramainya elit runners..kalau gini le gayanya entah-entah medal pun tak dapat..

Selepas siap pin kan bib number tu…warm-up la sikit2, memandangkan aku pun agak kurang training, mileage pun tak sampai 5 Km dalam seminggu, kiranya hari ni macam eksperimen juga la…Data training aku selepas race Gunung Bujang Melaka pada 6 Apr 2014 (dlm masa 3 minggu)..

·      9 Apr – 5.67 km in 26:30
·      19 Apr – 4.21 km in 16:44 (Larian SMK Tmn Maluri)
·      20 Apr – 5.24 km in 20:43 (Earth Run, UM)
·      26 Apr – 1.78 km in 6:37 (Larian Belia Tasik Permaisuri)

Kadang tu jealous juga tengok kawan2 update status training kat wall FB masing-masing tapi entah la….hujan je setiap petang kat KL ni, so macam mana nak training?.....alasan….haha.

So, selepas tengok ramai sangat elit runner di starting line tu….ditambah pula aku terpaksa berentap dengan depa psl ada satu kategori je. Aku nekad buat yang terbaik je la, jgn give up. At least ada sesuatu utk dibanggakan, medal tu kalau dapat kira macam bonus….ala, apa la sangat dengan medal tu….aku pun bukannya setahun dua masuk event larian ni..dah 20 tahun lebih le…

Peserta dilepaskan lebih kurang jam 7:32 pagi, superb memandangkan ada sebahagian no bib yang dibagi pagi ni..aku pun bermula dengan agak relax la, pace pun biasa je…3:35/km utk 1 km pertama (selepas race aku check pace 1st runner yg kick off 3:25/km), km-2 aku dah tak follow group depan tu, laju sgt….luar dari kemampuan diri..masuk kat km-6, 7 & 8…agak payah nak maintain pace psl banyak bukit..

Elevation

Km-9 baru la agak flat…overall aku agak terkejut dengan performance aku pagi ni..mampu buat avg pace 3:59/km, dgn training yg paling minimum!!

Split pace

Data dlm Garmin Connect, sila klik sini..bila fikir2 kan semula rasa rugi pasal agak malas training, rasanya aku mampu lebih cemerlang kalau maintain training….selama ini aku bukan keluarkan sepenuhnya potensi diri yang aku ada!!

Limited medal, no 20..haha

Badrul, elit runner satu masa dulu
3:07 marathoner!!

Photo courtesy of Moey from 2009tonton.blogspot.com

My next race…hari sabtu ni, 4 Mei.. KL Heritage Park Night Run..

Tiada ulasan: