Translate

WebSta

Ahad, 11 Mei 2014

Larian Bersama Bomba 2014


Larian Bomba 2014….target top 10 tapi yang paling penting aku target untuk improve dari tahun lepas, so semalam aku dah check timing tahun lepas, 44:12….flag off ditempat yg sama cuma penamat berbeza….kali ini penamat tidak lagi di tengah padang Dataran Merdeka tapi atas jalanraya dihadapan Dataran Merdeka, dekat sikit…kurang 100 meter dari jarak larian tahun lepas.

Peserta dilepaskan agak lewat dari kebiasaan, jam 7:38 pagi pasal VIP yg nak buat pelepasan tu datang lambat!! Macam tu pun ada ke? Nasib baik la tak lewat sangat…

So, pace 1st km aku…walau pun di ‘control’, masih lagi laju….3:34/km..psl dah study profile route ni semalam, aku dah tahu kat mana flat & route berbukit….tempat yg nak kena force sikit, km 2, km 5, km 6 & km 9, psl target timing so tak kisah sangat dengan runners yg ‘sayur’ aku janji still dalam top 10..

Km 10, beberapa kali aku check timing….confirm dapat mengatasi timing tahun lepas, sangat happy dengan performance hari ni..

Courtesy of Marlina Ibrahim..:)

Splits 2013 vs 2014

43:25 berbanding tahun lepas 44:12, tolak jarak tahun lepas lebih kurang 100 meter….improve 30 saat. Sangat ok!! Data Garmin Connect..sini..

Medal tahun ni pun design agak ok

Resit tandas awam

Pasal apa tiba-tiba keluar resit tandas awam ni? Ceritanya selepas warm down tu aku pun ke tandas awam underground Dataran Merdeka tu…bila nak bayar tu dengan selamba je untie yang jaga toilet tu bagitau RM1.00 kalau mandi (walau pun kat sign board situ takde pun tertulis, yg ada cuma 20 sen sekali masuk), aku pun bayar la..tapi takde pun bagi resit….aku pun mintak la, dia nak koyak resit 20 sen je….aku pun sound la, “Untie, saya bayar RM1.00, so saya nak resit RM1.00 la”….aku tengok dia macam tak ikhlas je nak koyakkan resit tu untuk aku..haha

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haha, memang lawak la auntie tu.. hehe