Translate

WebSta

Khamis, 1 Mei 2014

1st Leg National Sportexcel Open Relays Championships



Berita baik untuk peminat sukan olahraga khususnya acara balapan, Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan KL akan menganjurkan acara yang dinamakan ‘1st Leg National Sportexcel Open Relays Championships’ pada 1 Jun 2014 di Trek Latihan MSN Bukit Jalil. Manakala sirkit kedua akan diadakan pada 19 Okt 2014 di tempat yang sama.

Acara ini khusus untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan olahraga di Malaysia bagi acara pecut, pertengahan dan jarak jauh. Terhad kepada peserta yang berumur 21 tahun kebawah sahaja. Antara kategori yang dipertandingkan:

1.    4 x 100 m, 4 x 400 m, 4 x 800 m & Medley Relay (Lelaki)
2.    4 x 100 m, 4 x 400 m, 4 x 800 m & Medley Relay (Wanita)
3.    5000 m (Lelaki)
4.    5000 m (Wanita)

Acara yang dipertandingkan

Agak menarik juga kerana ada cash yang ditawarkan utk 3 tempat pertama. Cuma agak confuse dengan kenyataan kat para ‘Cash awards to be awarded’ – For teams breaking the SUKMA Games Record?? – means cash tu utk pecahkan rekod SUKMA je, kalau tak pecah dapat medal je la?...nak kena clarify dengan FTAAA ni….Maklumat penuh klik sini

**Update 25 Mei 2014
Info terbaru dari FTAAA, untuk sirkit pertama ditunda ke 24 Ogos 2014. Manakala hadiah 'cash' tu utk yang memecahkan rekod SUKMA sahaja, contohnya hanya team tempat pertama shj memecahkan rekod manakala team kedua & ketiga tidak memecahkan rekod. HANYA team pertama yg layak utk cash, manakala team lain hanya dapat medal sahaja. Pendapat peribadi aku la....patutnya syarat ni di kaji semula, bagi je cash kepada pemenang sama ada pecah rekod atau tidak....sebagaimana road race, antara sebab utama acara long distance trek tak dapat sambutan ialah tiada 'cash' yg ditawarkan. Agak2 la, kalau hari yang sama ada Kejohanan Olahraga Terbuka (hanya medal utk Champion) & Road Race (RM1,000 utk Champion), mana satu atlit elit Long Distance akan join?

Tiada ulasan: