Translate

WebSta

Jumaat, 30 Mei 2014

1st MAF Marathon - 25 Jun 2014


Sejujurnya aku sangat terkejut apabila membuka kandungan e-mail dari FTAAA ni, diterima pada 29 May 2014 17:06, tajuk e-mail “KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA KEBANGSAAN KALI KE – 91, 25 – 27 JUN 2014”. Bila buka rupanya detail pasal “1st MAF Marathon” yang bakal berlangsung pada hari Rabu 25 Jun 2014. Mula/Tamat di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

e-mail

Borang Penyertaan


Syarat-syarat

Bagi abang2 yang berusia 40 tahun ke atas tu, maaf la yea...marathon ni khusus untuk adik2 je..hehe. Flag off time, jam 5:00 pagi (agak lewat), cut off time 5 jam utk lelaki dan 5 jam 1/2 utk wanita. Penyertaan terhad kepada 300 orang peserta sahaja, tarikh tutup 18 Jun 2014.

*******************************************************

Pendapat peribadi aku, mungkin ini arahan atau projek pihak atasan MAF. Sepatutnya ada pihak yang lebih pakar dan berpengetahuan dalam MAF menasihati supaya acara ini tidak diadakan dalam masa tidak sampai sebulan ini. Sebagai pelari marathon, aku rasa notis tidak sampai pun sebulan ini amat tidak logik!! Tak kan pihak MAF tidak peka dengan Marathon Melaka yang bakal berlangsung pada 8 Jun nanti, kat Malaysia ni bukannya ramai sangat pun pelari marathon….orang yang sama je, agak mustahil untuk mendapat keputusan yang baik kalau jarak antara 2 marathon hanya lebih kurang 2 minggu SAHAJA. Lagi pun program latihan untuk marathon biasanya 2 ke 3 bulan sebelum pertandingan, dengan progress LSD dan ‘taper’…..mustahil org2 dalam badan olahraga yang tertinggi kat Malaysia tu tak tahu..gitulah Malaysia, BOLEHLAND!! ** Update 1 Jun : Info dari pihak FTAAA, sebagai medan pemilihan pelari marathon Malaysia ke Sukan SEA 2015, Singapore - 5 hingga 16 Jun 2015.

1 ulasan:

kuchalana berkata...

kurang sebulan... hermmm