Translate

WebSta

Ahad, 29 Mac 2009

Kejohanan Lumba Daki Gunung MAKSAK M'sia

Tarikh: 28 Mac 2009
Tempat: Taman Rimba Teluk Bahang, P.Pinang..Garmin Connect..
Penganjur: MAKSAK Pulau Pinang



Kejohanan ni biasanya dianjurkan 2 tahun sekali dan kali ni dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang....bermula di Taman Rimba Teluk Bahang dan berakhir di Taman Perbandaran MPPP....jarak 16.1 Km..cross Penang la...tengok map kat bawah ni..



Dan sebagaimana 2 tahun lepas, tahun ni pun aku men'offer' diri aku untuk mewakili MAKSAK Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAKSWIP..then dalam masa yang sama juga aku jadi spy untuk kontinjen ATM la.....terutamanya tang peruntukan untuk atlet la..kalau boleh diorang dapat elaun semaksimum mungkin, bukan senang nak lari gunung ooo...walau pun kali ni race kat Bukit Bendera je dan ketinggian tak lebih pun 800 meter tapi sengsaranya utk habiskan jarak 16.1 Km tu, hanya orang-orang yg masuk je tahu..catatan masa aku 2j 13.47, cukup utk melayakkan aku dapat nombor 6 je...but keputusan rasmi yg dikeluarkan penganjur 2j 16.20, then keputusan peserta no 7 tu 2j 16.02....apa-apa la, janji aku selamat naik & turun Bukit Bendera tu..pasal ramai juga yang calar-calar badan aku tengok, yang masuk wad pun ada**Semalam dapat info dari Kapt Nasir...jari dia patah, kena simen sampai paras siku..kena rest panjang la nampak gayanya..


Split aku untuk 16.1 Km, no comment la...yg hijau tu ketinggian/elevation

Untuk acara berpasukan pula tim MAKSWIP mampu mengekalkan tempat ke-3, sebagaimana 2 tahun lepas di Gunung Ledang, Johor....tempat pertama ATM, kedua PDRM dan keempat Sabah..

Kedudukan keseluruhan pasukan yg mengambil bahagian


Keputusan kategori Lelaki Terbuka


Keputusan kategori Lelaki Veteran


Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia


Kontinjen MAKSWIP

Aku, Mat Sowoto, Aru, Riduan & Sa'adin


Kenangan kat PCOTD, Taiping



6 ulasan:

fusuna berkata...

bestnyaaaa~ lama x naik bukit bendera~ anyway, congratz. bestnya ada garmin~

Rozmi @ Amin berkata...

Best apa bendanya...sampai ke hari ni kaki tak betul lagi..jalan pun senget je..nak kata teruk tu tak juga pasal saya pernah masuk event yang lagi teruk..eco challenge Gunung Tahan..berlari dari pukul 7:30 pagi sampai pukul 7:30 mlm!!Pasal Garmin tu cuba la usha ka NZ..mana la tahu kot-kot lagi murah..

fusuna berkata...

eheheee..gilo lah eco gng tahan. climbaton kinabalu bila lak??? hahaaa
garmin? mmg tunggu currency jatuh lg skt... skang da ble dpt arounf rm1100 kot. aritu currency jatuh lg truk ala ble dpt around 950nzd. hahaaa murah gilak..

Rozmi @ Amin berkata...

Yg rega RM1100 tu dgn heart rate monitor ke..kat M'sia dlm RM1800 huhu

M.r. B.r.i.L.L.i.A.n.C.e 2009 berkata...

salute..!!!
ntah kan bile saya nk redah gunung.!!
mcm syok ja..!!!

fusuna berkata...

yaaa lengkap dgn heart beat, usb stick, smua icluding warranty..
hehe... murah byk wo.. tunggu sampai rm1000 mmg angkat trus lah