Translate

WebSta

Isnin, 27 April 2009

Jelajah Malaysia 2009

Tak sepertimana Le Tour de Langkawi...acara Kriterium Jelajah Malaysia kat Dataran Merdeka semalam agak suram..tak ramai penonton yang hadir....




Khamis, 23 April 2009

Training Petang Tadi..

Kalau ikutkan program training aku petang ni 13 Km - Steady Pace..kena maintain pace antara 4:15/km - 4:02/km..but tak mampu la nak maintain pace tu....2 km je...lepas tu hanyut..kalau race dapat pula aku buat pace tu, semangat race la katakan..klik tajuk untuk Garmin Connect..



Starting Line @ Orange Run 2009



Thanks Mr. Tey pasal tak jemu-jemu ambik gambar kitorang...just imagine kalau dia takde..susah la nak dapatkan gambar-gambar sebegini..edit with photoshop..

Selasa, 21 April 2009

Menu Petang Ni....LSD 16 Km

Petang tadi aku berpeluang la training 16 Km...easy pace je, kadang tu boring jugak lari sorang-sorang ni but apa nak buat..masa training aku agak terhad, kalau pi training kat Tasik Titiwangsa lagi buang masa..jarak dari rumah aku lebih kurang 9 Km @ 20 minit naik motor..baik terus berlari dari rumah, lagi jimat masa...20 minit dah hampir 4.5 Km tu..belum lagi campur time balik..pasai tu la aku jarang training kat Tasik Titiwangsa la ni..

Tapi yang boringnya training kat Jalan Gombak ni...lori + bas banyak sangat..sebagai langkah keselamatan kena la berlari lawan trafik..but petang tadi berlaku la kejadian yang telah meninggikan heart rate aku..ada sorang mat motor tu, agak aku la maybe budak sekolah lagi kot..macam nak langgar aku je, langsung tak nak ketepi..aku pun bagi la smash dengan tangan kiri..kena kat belakang..siap dengan sound effect `hoi...bangang ke?' ..aku tak berhenti la, just toleh kebelakang je...kot-kot dia patah balik..boleh la aku sumpah apa-apa yang patut..manusia jenis macam tu pun ada, maybe dia ingat aku salah kot...lari lawan trafik..yang dia naik motor tak pakai helmet tu betul sangat la kot..ntah apa-apa..Garmin connect..


Ni la split aku tadi....average pace 4:33 /km..time 1j 13:02

Jumaat, 17 April 2009

Carcosa Loop - Lake Garden

Petang tadi aku pi test run kat Lake Garden..Carcosa Loop..dalam masa yang sama ukur route untuk der Pacemakers Circuit Run 1..ingat nak test 3 laps tapi takleh tahan, cuaca panas sangatlah....pukul 4:15 ptg..first lap 2.79 Km, second lap 2.80 Km..Klik sini utk Garmin Connect..

My Split..per loop


Split dgn program Sports Track..per Km


Garmin Connect

Ahad, 12 April 2009

Orange Run 2009

Tengahari semalam dpt SMS dari kawan Midon..dia offer satu nombor untuk race ni, pucuk dicita ulam mendatang..kecik tapak tangan dulang aku tadahkan..berperibahasa la pulak..aku setuju je lah, pasal hari Sabtu lepas memang aku ada pi kat BHP petrol pump kat Kepong tu utk register but nombor dah habis la......then pagi tadi aku ambik nombor tu kat depan Maybank..semlm dia kata kategori Veteran (A) but pagi ni dia bagi nombor Open (C)..then bila tengok result penuh tadi baru aku tahu rupanya aku lari guna nombor Jasni (A777)..

Terkejut juga aku pasal dapat maintain pace...walaupun dah seminggu tak training..pasal anak kecik aku masuk hospital hari Selasa lepas demam panas..4 hari juga la kena tahan kat HKL..aku pun 2 malam juga la dok kat sana, langsung tak dapat training..nasib baik juga tengahari semalam (Sabtu) dapat keluar..

Pasal race tadi, Ahmad Lamchanak (Morocco) DNQ pasal dia bukan taraf PR..kesian dia..pasal dia dapat nombor 3, but apa nak buat.....syarat dah ditetapkan organiser..

Then tadi pun aku tengok Richard Habeya lari guna nombor veteran (A2765) but lastly dia slow down..kalau ikutkan official result dapat placing ke-7..tak pasti la dia ambik hadiah ke tak..huhu..Thanks utk Mr Tey for photo..

So, tadi aku dapat nombor 17 la..pasal Ahmad dah confirm DNQ..masa 43:59.59, average pace
4:07/km, distance 10.665 km.. Link kat Garmin Connect..

Terima kasih banyak-banyak kat Mat Sowoto pasal bagi pinjam kamera dia utk ambik gambar result kat bawah ni...ntah macam mana kamera aku bateri kong!! Yang peliknya semalam aku dah charge overnite..bateri dah mati kot..

Kalau sapa-sapa yg tak perasan, result kat bawah ni Mohd Hafiz Wong @ Wong Ah Tiam (C583) Nombor 20 Men Open (C) pun wujud sebagai pemenang tempat ke-10 kategori Veteran (A)..Ntah apa-apa la....



Map


My Split


Official Result Men Open (C)


Official Result Men Veteran (A)


Official Result Women Open (D)


Mat Sowoto & Ridzwan


Mat Sowoto & Mat Omar


Aku..Carbo loading..Nasi Lemak & Teh Tarik..


Satu-satunya gambar yg sempat diambil dgn kamera aku sebelum
bateri habisssss..bersantai dgn Mat Omar

Ahad, 5 April 2009

Mountain To Mountain Challenge - Gunung Nuang

3j 17.41 minit....catatan masa aku untuk cabaran hari ni, no 20..aku pun tak tahu pasai apa teruk sangat..kaki rasa berat je, macam diikat dengan batu..Link kat Garmin Connect..



Tracklog ke puncak G.Nuang..1400 meter dari aras laut


My Data


My Split..km 9, 21:49/km!!


Starting Line..


Result Kategori Lelaki Terbuka


Sambungan.. Lelaki Terbuka



Result Wanita Terbuka

Sabtu, 4 April 2009

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan..

Pagi tadi aku pi Gunung Datuk...Sirkit pertama Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan..saja je pi tengok, hajat tu memang nak lari la but last minit tak jadi pulak..fed up dengan organiser..kalau ikutkan jadual flag off pukul 9:30 pagi, lewat yang amat sangat la.......mula-mula tu aku tak kisah sangat la pasal memang dah tercatat dalam jadual..warm up la lebih kurang dengan Midon & Jasni & Mat Sowoto..then VIP pun sampai lebih kurang pukul 9:40 pagi, aku tak kisah lagi..dia lewat bangun kot..but bila dia mula berucap, memang fed up gila....orang politik ni kalau dah dah dapat peluang memang macam tu..bla..bla..bla..habis benda nak sebut..ooiii..ni acara larian la bukannya ceramah politik..so, aku pun buka nombor + baju, jadi penonton lagi baik..pukul 10:05 pagi flag off!!Gila....


No aku..


Starting line..


Jasni, Midon, Mat Sowota & Aku

Ahad, 29 Mac 2009

Kejohanan Lumba Daki Gunung MAKSAK M'sia

Tarikh: 28 Mac 2009
Tempat: Taman Rimba Teluk Bahang, P.Pinang..Garmin Connect..
Penganjur: MAKSAK Pulau Pinang



Kejohanan ni biasanya dianjurkan 2 tahun sekali dan kali ni dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang....bermula di Taman Rimba Teluk Bahang dan berakhir di Taman Perbandaran MPPP....jarak 16.1 Km..cross Penang la...tengok map kat bawah ni..



Dan sebagaimana 2 tahun lepas, tahun ni pun aku men'offer' diri aku untuk mewakili MAKSAK Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAKSWIP..then dalam masa yang sama juga aku jadi spy untuk kontinjen ATM la.....terutamanya tang peruntukan untuk atlet la..kalau boleh diorang dapat elaun semaksimum mungkin, bukan senang nak lari gunung ooo...walau pun kali ni race kat Bukit Bendera je dan ketinggian tak lebih pun 800 meter tapi sengsaranya utk habiskan jarak 16.1 Km tu, hanya orang-orang yg masuk je tahu..catatan masa aku 2j 13.47, cukup utk melayakkan aku dapat nombor 6 je...but keputusan rasmi yg dikeluarkan penganjur 2j 16.20, then keputusan peserta no 7 tu 2j 16.02....apa-apa la, janji aku selamat naik & turun Bukit Bendera tu..pasal ramai juga yang calar-calar badan aku tengok, yang masuk wad pun ada**Semalam dapat info dari Kapt Nasir...jari dia patah, kena simen sampai paras siku..kena rest panjang la nampak gayanya..


Split aku untuk 16.1 Km, no comment la...yg hijau tu ketinggian/elevation

Untuk acara berpasukan pula tim MAKSWIP mampu mengekalkan tempat ke-3, sebagaimana 2 tahun lepas di Gunung Ledang, Johor....tempat pertama ATM, kedua PDRM dan keempat Sabah..

Kedudukan keseluruhan pasukan yg mengambil bahagian


Keputusan kategori Lelaki Terbuka


Keputusan kategori Lelaki Veteran


Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia


Kontinjen MAKSWIP

Aku, Mat Sowoto, Aru, Riduan & Sa'adin


Kenangan kat PCOTD, Taiping



Jumaat, 27 Mac 2009

Akhirnya...............

Alhamdulillah, akhirnya kemenangan diberikan kepada pihak yang benar..tanpa apa-apa majlis sebagaimana yang dirancangkan pihak Menara KL..Safina bagitau CEO dia berada di oversea sekarang ni..hadiah ni aku ambik kat Menara KL petang tadi 26 Mac 09, hadir sama Mohd Sowoto & Tiruvatiran TUDM...rasanya 25 hari juga dok tunggu hadiah ni..

Sabtu, 21 Mac 2009

Larian Jambatan Bandaraya KT 2009

Lama benar dah aku tak berlari kat K.Terengganu ni…walau pun fitness aku tak berada ditahap yang sepatutnya, aku masuk juga race ni..dapat nombor apa-apa pun tak kisah, pasal ni kiranya sebahagian dari program training aku utk KL Marathon bulan Jun ni..so, pace pun aku cuba maintain 4:15/km….but susah juga pasal takde pacer langsung..daripada Km 9, selepas Simpang Jalan Bukit Tunggal hingga la penamat kat Batu Burok aku lari sorang-sorang je..Kiranya peserta tak berapa ramai la, tak sepertimana Larian Jambatan Sultan Mahmud dulu-dulu..kalau tak silap aku tahun 1991 – 1999..Masa lari tadi aku perasan juga la beberapa orang geng-geng lama aku…dah pun jadi tukang tepuk…sambil pekena teh tarik kat warong..fulamak..jealousnya aku tengok..

Rasanya race ni patut dimulakan awal lagi..7:30 pagi, terlalu lewat utk half marathon..nasib baik juga cuaca hari ni mendung je..taklah terasa sangat..then hari ni juga ada insiden yg tak sepatutnya berlaku..Syah dah tersalah jalan..dia u-turn kat Pulau Duyong (sepatutnya utk jarak 11 Km je)..petugas kat situ pun buat tak tahu je, kadang-kadang benda begini takleh nak salahkan runner je..Kalau ikutkan utk kategori 21 Km tak perlu la susur ke Pulau Duyong..just lari atas jambatan je la..

Apa-apa pun masa yang mampu aku catatkan 1 jam 29:38 average pace 4:13/km…walau pun agak jauh dari catatan terbaik aku sekitar 1 jam 18 minit..rasanya masih ada ruang utk aku pertingkatkan lagi..Link kat Garmin Connect..


Data heart rate aku


Split per Km for 21.1 Km


Aku & geng biasa


Geng biasa


Mat Omar & Kamarol Trg


Champion Kategori A - Peter Kiter Kipleting


Sebahagian Champion Kategori Masing-Masing


Aqim & Mubin - my boys..papa loves you..


Official result Men's Open (A)


Official result Women's Open (B)


Official result Men's Closed Terengganu (C)


Official result Women's Closed (D)



Official result Men's Veteran (E)


Official result Women's Veteran (F)