Translate

WebSta

Sabtu, 31 Disember 2011

Happy New Year 2012


Happy New Year 2012...semoga lebih rajin training dan join race...feel free to download Runner's World January 2012 here..sapa2 yg nak baca e-book keluaran bulan lepas, bagitau je..nanti sy letak link kat sini..

Isnin, 26 Disember 2011

Brooks Cascadia 6 Women

Canon 40D + 17-40mm f4 L
ISO100, f9, 1/60
Lighting - Elinchrom D-Lite it 4 x 2
Left - snoot with grid
Right - softbox

Ahad, 25 Disember 2011

Standard Chartered Singapore Marathon 2011

Kali ketiga berturut-turut aku masuk event ni, kali pertama tahun 2009...join half marathon je, 2010 & tahun ni marathon le..training memang la takde langsung, nak kata sibuk sangat tak juga, buat-buat sibuk kot..hehe..

Bila result teruk, nak update blog ni pun malas pulak rasanya...dah 2 minggu berlalu baru la tergerak hati nak update..training menjelang marathon ni...lepas je Marathon Putrajaya 15 Okt, aku training 6 sessi je..20/10 - 10.82km, 28/10 - 3.8km, 10/11 - 7.22km, 12/11 - 7.36km, 14/11 - 10.81km & 24/11 - 10.78km..

Tahun ni trip aku ke Singapore sorang2 je, naik bas Transnasional kat STS-BTS jam 10:30 mlm, bas ni singgah kat Larkin, JB drop penumpang dan masuk ke Singapore ikut Woodlands...sampai kat imigresen Singapore, stuck 45 minit pasal 3 org penumpang dari Arab agak lama kena soal siasat..sampai stesen bas Lavender Street lebih kurang jam 4:30 pagi..nak pi mana sorang2 awal pagi tu..lepak je la menantikan Subuh..boringnya..jam 5:00 pagi, bas Transnasional yang bertolak jam 12:00 t/mlm dari KL sampai...dah tahu, geng Chap Ayam yg lain naik bas tu...Sabri, Ruby, Razif, Aini & Fira..so, bila dah ada geng tu, decide jalan kaki la pi ke masjid area Little India..lebih kurang 1.6 km..tunggu solat Subuh & tido2 ayam kejap, menantikan hari siang..

Lepas simpan beg kat Checkers Inn, pi hostel yg di'booking' Sabri & geng..kat stesyen MRT Little India..hostel ni best juga pasal baru buka & yg paling best dpt checking awal, siap dpt breakfast lagi..

Lepas tunggu geng tu bersiap, depa siap mandi lagi..jeles betul la..lebih kurang jam 10:00 pagi, naik MRT pi ke Marina Bay, ambik race kit..


Lepas ambik race kit, aku dah tak ikut geng ni lagi pasal pi snap gambar HDR utk siapkan final project kursus aku..banyak juga la lanskap yang menarik kat Marina Bay ni, kalau dapat shot malam lagi gempak ni..


Lepas shot gambar tu aku pi cari kedai kamera Cathay Photo kat Peninsula Plaza....macam2 ada, beli satu set lighting Elinchrom D-Lite 4, agak murah juga la compare dgn KL, beza RM400!!


Ptg, tido kat Checkers Inn je...takleh kemana pasal hujan, malam pun hujan juga..x jadi la nak shot HDR malam..tido awal la..bangun jam 3:30 pagi, jam 4:00 pagi siap utk ke Orchard Road, kali ni ada perkhidmatan MRT, x la kelam-kabut macam tahun lepas...jarak 3.00 km dari Little India..sampai Orchard Road lebih kurang jam 4:25 pagi..ramainya manusia!! Then benda yang sama berlaku seperti tahun lepas, Q yang amat panjang untuk simpan beg..adoiiii....start lambat lagi la..jam 4:56 pagi baru dapat simpan beg, then kelam kabut ke starting point...cross start line jam 5:07 pagi..dan pace macam siput je...dengar2 peserta kategori full marathon dalam 20,000 org!!

Aku cuba maintain pace bawah 5:00/km, boleh bertahan sampai 23 km je...masuk km ke 24 dah jadi 5:11/km...dan makin lama makin perlahan...tu la bahananya kalau tak buat LSD, langsung takde endurance!! Detail pace sini.. 7km akhir aku walk & jog je....kaki tak sakit tapi ntah kenapa..tu la yang dinamakan 'hit the wall'...timing aku 4j 18:04, hancus!!


Split per 5 km..

Ahad, 16 Oktober 2011

Putrajaya Night Marathon


Photo courtesy of Cp Tan..

Photo courtesy of Moey..

Marathon aku yang ke 14, Putrajaya Night Marathon…..walau pun takde preparation langsung, terpaksa juga berlari pasal dah register awal..selepas sebulan penuh aku tak training sepanjang bulan puasa (bulan Ogos)….training aku sepanjang bulan Sept:

1. 5 Sept – 11.88 km

2. 6 Sept – 10.82 km

3. 7 Sept – 7.32 km

4. 19 Sept – 10.82 km

5. 28 Sept – 7.19 km

5 sessi je….training aku sepanjang bulan Oktober pulak;

1. 1 Okt -7.22 km

2. 8 Okt – 7.22 km

3. 9 Okt – 6.34 km, Larian PIKOM

4. 12 Okt – 10.83 km

5. 13 Okt – 7.25 km

Bulan Oktober pun rupanya 5 sessi je, maknanya LSD aku tak lebih dari 11.88 km = 1 jam easy run..walaupun begitu target aku agak tinggi, nak habiskan marathon ni dalam masa 3j 40:00….maknanya aku kena lari average pace 5:15/km, memandangkan tak ramai peserta terpaksa la aku pacing diri sendiri..pace aku agak laju untuk 25 km pertama, split seperti print screen kat bawah;

LinkSportsTrack – split every 5 km.

5 km pertama, sepatutnya timing aku 26:04, aku buat 23:22....aku cuba maintain pace 5:15/km, memandangkan endurance aku tahap 0% aku boleh maintain pace tu sampai km ke 26 je...lepas tu terus pace jadi 5:30, 5:29, 5:25, 5:41, 5:57, 5:26, 5:48, 6:05, 6:07, 5:55, 6:11, 6:42, 6:07, 5:44, 5:25, 5:25 & 2:22 (500 meter), kalau ikutkan GPS aku jarak marathon ni 42.47 km, maknanya lebih 200 meter la..

Aku sedar target 3j 40 tu tak akan dapat dicapai selepas tengok split per km makin perlahan..tengok kat pace chart utk 35km - 3j 02:29, timing aku masa tu 3j 01:41, congak2 dalam kepala target aku akan terkeluar dalam lingkungan 5 minit..memang betul la..detail pace tengok sini..

Route marathon Putrajaya ni agak bosan, jalan sunyi je....dan agak berbukit..air mencukupi, pisang disediakan kat km ke 14 kalau tak silap, tembikai kat km 31 dan powergel kat km ke 33, cuma penganjur tak berapa kreatif dalam penyediaan route marker..daripada letak perkataan "40km to go" lebih baik letak kata2 semangat sikit, contohnya "40km to go....check your pace, you're too fast..am i right??" atau "10km to go....good run, keep on moving"...apa2 pun tahniah kepada penganjur..mungkin ada yang tertanya2 macam mana aku mampu boleh buat timing tu walau pun tak training, rahsianya....tetapkan target ikut kemampuan diri, lari ikut pace dari mula.....jangan terikut2 rentak orang lain..dan pakai la compression wear..marathon aku seterusnya "Standard Chartered Singapore Marathon - 4 Disember 2011"

Ahad, 14 Ogos 2011

7th Pacemakers Anniversary Run 2011

Photo courtesy from Moey's blog..


Route map

Dapat jemputan dari Jasni pagi Jumaat baru2 ni, sebagai pelari gantian...pelari asal dalam team KL Top Runners ni Casey tak dapat masuk, aku pun tak tahu pasal apa..plan asalnya memang aku nak pi tengok juga race ni....sambil2 shoot gambar..training memang takde langsung la sepanjang bulan puasa ni..last training petang 2 Ogos lepas, 7.2 km je..11 hari tanpa training..haha

Pagi tadi tak sahur, sedar jam 6:00 pagi...jam 6:45 pagi, pi Taman Metropolitan....20 minit je drive dari Jalan Semarak, race start jam 7:30 pagi..aku runner ke 4....dapat baton dalam ranking ke 2, gap dengan pelari team pertama 2 minit lebih....memang agak susah la nak `sayur' first team tu..just dapat rapat gap je..

Apa-apa pun tahniah kepada teammate aku...Goh Li Ting, Jasni & Ong Chin pasal berusaha untuk dapat kedudukan yang lebih baik...Goh Li Ting ke 5, bagi kat Jasni dapat `sayur' 2 orang, Ong Chin dapat `sayur' team ke 2..aku just dapat rapatkan gap je...detail pace aku..Garmin Connect..avg pace 3:57/km....laju juga tu..

Jumaat, 29 Julai 2011

Item For Sale....

Semua jenis kasut Brooks dengan 30 % diskaun dari harga kedai kecuali Brooks Transcend..

Dah try untuk banyak marathon, sangat ringan utk runners yang berbadan ringan...65kg ke bawah..aku ada ready stock 2 psg saiz US8, harga kedai RM379.00....mau dijual dengan harga RM250 je, model ni unisex....lelaki/wanita boleh pakai, janji muat dgn kaki..

Complete with Heart Rate Monitor...dah hampir 3 tahun aku pakai jam GPS ni, info lama klik sini..masa tu best la pasal aku antara runner yg terawal pakai jam ni...setelah hampir 3 tahun, aku tengok ramai dah pakai jam ni, antara model yang famous juga la....lagi pun harga dah banyak turun, dalam lingkungan RM1200 kat Malaysia..

Pernah juga aku try iklan jam ni kat dalam blog aku ni, respond yang amat baik...masa tu aku letak harga dalam lingkungan RM1000, aku dapat e-mail lebih kurang 10 orang yang nak order jam ni..so, aku pun order la dari UK....ntah macam mana rupanya penjual tu auta, jam tak sampai..aku yang rugi hampir RM10,000!! Aku confident la...pasal penjual tu Islam, aku ada call dia...sebelum deal tu dia siap cakap pasal halal haram...takpe la, aku tak halal..

Then sekarang ni aku dah dapat link baru, beli kat US....tapi bukan aku yang direct deal, link aku ni ada kawan kat US, order melalui dia la..setakat ni dah 2 jam ni aku jual kat geng-geng runner..RM900 je..(SOLD OUT, NO MORE STOCK)

Ahad, 24 Julai 2011

Orange Run 2011


Event yang paling best tahun ni...pertamanya pasal bayar RM5 je, mana nak cari race kat Malaysia ni yg `fee'nya serendah RM5? Ni kira tahun pertama la BHP charge RM5, sebelum ni free je..memang la takde free t-shirt, tapi kalau dapat pun bukannya pakai sangat pun..

Event ni flag off pukul 7:08 pagi, agak awal juga la bagi race 11 km...tahun lepas, 2010 event ni diadakan pada 25 Julai, flag off jam 7:23 pagi..target aku untuk race ni, maintain pace 4:00/km je..

Minggu lepas seminggu rest...recovery, Gunung Berembun punya pasal..then Sabtu Rexona Challenge..3 km pertama macam biasa la, pace yang agak laju...terikut2 pace runner lain but still under control..race ni tak ramai elite yg join, maybe pasal sama tarikh dgn Seremban Half Marathon & Centro Run, Klang & PD Triathlon..so aku terpaksa ikut pace sendiri je, nasib baik ada GPS..

Sampai finishing line dapat tag no. 8, ok la...pasal tak ramai atlit elit, detail pace & split..sini..lepas habis je race, nasi lemak + teh tarik menunggu....free...

Rexona Men Adventure Challenge


Top 50 result..courtesy of KK Yum

Acara ni diadakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam semalam...aku register kategori Professional pasal kena rempuh banyak halangan dan ada jungle trekking..pasal ada peluang la utk menang kalau banyak trail run..ditambah pulak dengan kehendak organizer yg memerlukan peserta sign borang `Indemnity' - ni mesti lasak sangat ni, mesti kalah Genting Trailblazer run!! Walaupun jarak 8 km je, tapi aku bawa 2 powergel..kasut offroad Brooks Cascadia, dan tak pakai jam GPS..memang aku expect event ni lasak sangat la....

Peserta dilepaskan lebih kurang jam 8:30 pagi, aku follow je la...lari on road, memang berat sangat la pasal aku pakai kasut trail, aku kedudukan ke 4..hadiah sampai 3 je, takpe...dalam fikiran aku try follow rapat je, nanti sampai kat offroad trail cuba sayur la...but bila sampai je halangan pertama, `terrain of tyre'...just lari lompat dalam tayar lori je, lebih kurang 5 meter..then lari lagi, ikut jogging track tepi tasik..halangan kedua, `getting wet'..abang bomba pancut dengan air..adoii...mencabarnya..seterusnya lari ikut jogging track lagi, jumpa halangan ketiga..`cargo net', tinggi lebih kurang 3 meter..panjat le, ingatkan lepas tu terus lari off road, rupanya road lagi, terus jumpa halangan keempat..lompat hurdles....ala hurdles yg org guna utk lari 110m lari halangan tu..lebih kurang 500 meter kemudian masuk offroad, jumpa la halangan `walking on thin lines'...halangan tu tingginya 6 inci je dari paras bumi, besi 4 segi sebesar lengan..panjang lebih kurang 2.5 meter..agak-agak mencabar tak?? Macam hampeh..then terus la lari ikut tepi-tepi bukit...lebih kurang 1 km kot, aku pun tak pasti pasal tak pakai GPS..langsung takde peluang nak rapatkan gap dengan runner depan..then jumpa road lagi..halangan seterusnya `up & over'..panjat tangga kambing bentuk kun lebih kurang paras dada..then sambung lari road lagi!! Halangan terakhir lebih kurang 300 meter dari garisan penamat..`passing fences'..nama gempak tapi lebih kurang mengelak halangan kayu berbentuk huruf `W'..terus ke garisan penamat dengan catatan masa 36:37, kedudukan ke 4..sangat frust pasal hadiah 3 je..

Ahad, 17 Julai 2011

Mount Berembun Green Challenge 2011


Photo courtesy of Lian Bee Hoon


Trail run yang pertama untuk tahun 2011 ni, Mount Berembun Green Challenge di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu...pi dgn bas yang disediakan pihak penganjur, tunggu kat KL Sentral jam 8:30 pagi, hari Jumaat 15 Julai...tunggu punya tunggu jam 10:30 pagi baru bas sampai, rupanya bas ni datang dari Marang..bas PERKAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu)..driver tu tak biasa dtg KL, so sesat la kot..bersama-sama aku dlm bas tu 2 org geng organizer - Persatuan Kembara Negara, Munzir & Dila...lain2, 7 orang atlet lelaki Kenya, 4 atlet wanita Kenya - depa ni memang geng elit la....Richard Habeya & 5 org geng UiTM Shah Alam..

Then terus bergerak ke Gombak..berhenti kat stesyen minyak Shell kat MRR2 kejap, tunggu geng Persatuan Kembara Negara hantar buku aturcara..lebih kurang jam 11:20 pagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Terengganu..baru je masuk Lebuhraya Karak, bas dah tak larat semacam je..makin lama makin teruk, bau macam tayar terbakar..lagi 2.4 km dari Hentian Genting Sepah, terus stop....betul-betul kat tengah lebuhraya 3 lorong tu, terpaksa la aku jadi traffic controller kejap..sehingga la Polis peronda lebuhraya datang bagi bantuan..bas tu tak leh start sampai sudah, terpaksa undur, then park kat lorong paling kiri..

Tunggu punya tunggu bas gantian sampai...macam menanti buah yang tak gugur, boring sangat..dah la pagi tu breakfast kat Mc D je..burger sebiji..jam 6:45 ptg baru la bas gantian sampai..tu dia....6 jam menunggu kat tepi lebuhraya tu!! Then terus pi Hentian Genting Sepah..makan tengahari & makan malam sekali..haha..lebih kurang jam 7:45 mlm, kami bergerak semula ke Terengganu..sampai Hutan Lipur Air Terjun Chemerong jam 12:40 t/mlm, meriah juga pasal ramai lagi yang tak tido..lepas register aku terus pasang khemah & pi mandi, masa kemas bag dalam khemah tu, maybe jam 1:30 pagi baru aku perasan bag kasut aku takde..alamak, memang gelabah gila la aku masa tu..kalau hilang, macam mana aku nak lari esok? Tak kan kaki ayam kot...cari kat sekitar dewan & tempat register tadi..tak jumpa, then aku pergi cari kat bas..kira nasib baik juga la bas tu tak terus balik je selepas drop kami tadi..cari punya cari, jumpa la bag kasut tu kat bawah kusyen bas yang aku duduk tadi..masa bila terjatuh kat bawah tu, aku pun tak sedar..tu yang bahaya bawa bag banyak, tak sedar ada yang tercicir..pukul 2:00 pagi baru dapat tido, takde mimpi2 lagi dah...penat sangat..

Rasanya baru je tido, sedar2 bunyi bising...tengok jam dah pun pukul 5:30 pagi, bangun..terus mandi..then packing khemah..lepas solat Subuh lepak kat khemah Uncle Alam Shah..masak air..

Dipendekkan cerita, jam 8:00 pagi peserta Lelaki Terbuka dilepaskan, diikuti peserta Lelaki Veteran dan Wanita Terbuka..kategori yang aku masuk, Lelaki Tertutup Terengganu dilepaskan jam 8:33 pagi..strategi aku, follow je serapat yang mungkin runner depan..pasal aku pun tak berapa tahu level fitness atlet muda Terengganu ni..bimbang juga pasal selepas Standard Chartered KL Marathon 26 Jun baru2 ni aku memang malas training...workout aku sepanjang 2 minggu selepas SCKL Marathon, 29/6 - 7.22km, 5/7 - 3.61km, 10/7 - 10.83km, 11/7 - 7.22km & 14/7 - 7.22km..

Ok la, selepas 3 km aku dapat rapat dgn peserta pertama..dia cuba main fartlek pulak dgn aku..takpe, aku maintain je....tunggu turun kejap lagi..sampai kat U-Turn kira serentak la, 55:39 min, distance 3.8 km..but time turun terkejut aku pasal dia agak laju..2 km juga la aku cuba rapat & sayur dia, mungkin pasal dia give up pasal aku follow rapat sangat masa turun tu..lastly dia bagi laluan la kat aku..akhirnya aku dapat juga la jadi Champion, timing 1j 31:34..detail click here..

Sabtu, 2 Julai 2011

Cabaran Telapak Burok

Cabaran Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan….maklumat lanjut pasal event ni..klik..aku bergerak ke lokasi pertandingan ni bersama-sama Zul Azlan, Jasni dan Dila lebih kurang jam 4.00 petang..melalui Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS), sampai ke pekan Kuala Kelawang lebih kurang jam 6.00 ptg..terus ke Majlis Daerah Jelebu utk pendaftaran, Uncle Alam Shah dah sampai dulu kat sana..

007...ada 7 team je???

Lepas je daftar dan ambik t-shirt/nombor bib (007…James Bond?) semua peserta dibawa ke lokasi pertandingan…lebih kurang 11 km dari pejabat Majlis Daerah Jelebu tu…pasal kenderaan Zul Azlan tu 4 x 4, kitorang tak naik kenderaan penganjur la..teruk juga laluan ke tempat bermalam tu…lepas 3 km jalanraya kecik, kami menyusuri 8 km trek off road..sampai kat tempat bermalam tu lebih kurang jam 6.45 ptg…terus pasang khemah, pasal hari makin gelap….then mandi air terjun kat situ…sejuk…lupa pulak nak ambik gambar..

Jam 7.45 mlm, makan malam…penganjur yang sediakan, nasi + telur dadar + paprik..ok la..dah dalam hutan, semuanya sedap..then lebih kurang jam 8:30 mlm, briefing..tengok peserta tak berapa ramai la, cuma kami je muka2 runner..yang lain tu tengok gaya macam geng pendaki gunung je..rasanya takde masalah la nak jadi champion..haha, lagi pun peserta kumpulan ada 7 pasukan je..hadiah sampai 10, jalan kaki sampai habis pun dapat hadiah…berlagak betul la, maklum la nak challenge orang kampong je..

Pasang bib number..

Lepas habis briefing tu, pasang bib number…terus siap utk tido..tengok jam baru pukul 10.00 mlm, habis tu dalam hutan tu nak buat apa? Tak lena tido…sejam sekali mesti terjaga…bukan pasal excited nak race but….sejuk sesangat..terlupa bawa sleeping bag dan jaket..tido berselimutkan kain pelikat aje, walau pun dalam khemah tapi sejuk oooo…bila la nak siang ni..pukul 5.00 pagi je bangun terus …dah takleh tido..sejuk..

Sempat lagi masak nasik ni..

Kalau ikutkan briefing semalam, event ni start jam 8.00 pagi, so lebih kurang jam 6.45 pagi..masak air dan masak nasi, kena makan dulu…maklum la, nak lari jauh tu…then kami dengar desas desus event ni dibatalkan pasal ada kematian semalam..betul ke?

So, lebih kurang jam 7.20 pagi, penganjur pun panggil la semua peserta berkumpul..confirm la event ni dibatalkan pasal lebih kurang jam 9.30 malam, petugas check point..seorang anggota PDRM, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke check point laluan ke puncak Gunung Telapak Burok..dari cerita urusetia tu, arwah meninggal dunia dilokasi kejadian selepas gagal diberi bantuan CPR..jenazah terus dibawa turun oleh kesemua petugas check point dan sampai ke lokasi kami lebih kurang jam 4.00 pagi..Al-Fatihah untuk arwah..


Takpe la tak lari pun...dah takde rezeki..

Gitulah ceritanya…walau pun dah terbayang-bayang warga Chap Ayam Runners akan mengegarkan puncak Gunung Telapak Burok pagi tadi, tapi kesudahannya semua sekali AMKAN!!

Ahad, 26 Jun 2011

Standard Chartered KL Marathon 2011


Photo courtesy of Penonton blog..TQ..

Marathon aku yang ke 13 pagi ni, pacer 3j 30...sampai je Dataran Merdeka jam 4:00 pagi, deposit luggage..terus ke kaunter informasi..belon untuk pacer dah tersedia kat kerusi, besarnya!! Larat ke aku nak bawa belon tu utk 42.2 km?

Jam 4:55 pagi, aku & pacer lain ambik belon dan terus masuk kandang, takde pressure langsung pasal bukannya nak buat PB pun, lari untuk orang lain..tak ramai yang follow pace aku tadi, cuma Zul Azlan je yang melekat sampai km 27, area Jalan Ipoh..then dia slow down pasal cramp, lepas tu ada juga aku bagi motivasi kat runner yang aku sayur..but depa takleh follow..masa kat Jalan Kuching jumpa Moey WS dan Abang Alam Shah..tarik depa berdua..ok la pasal boleh push last 5 km..dapat la diaorang buat timing bawah 3:30..

Ni merupakan kali pertama aku lari marathon betul2 ikut guide pace...memang agak susah, sebab selalunya akan laju untuk jarak 21 km pertama..semalam pun timing utk 21 km = 1j 42.13 sepatutnya 1j 45:00...advance 2 min 47 saat, lepas tu slow down sikit, tunggu Lionel Lee sayur aku (dia pun pacer 3:30)..kat km 25 = 2j 01.55 (guide 2j 04:25)..km 30 = 2j 26:17 (guide 2j 29:18)..km 35 = 2j 50:50 (guide 2j 54:11)..km 40 = 3j 16:01 (guide) 3j 19:04....so, lebih kurang advance 3 min la dari guide pace..dan utk pertama kalinya aku rasa finishing marathon yg amat selesa, boleh bagi semangat lagi kat runner lain..berbeza dgn 3 marathon aku utk tahun 2011 ni, rasa teruk sangat, terutamanya selepas 35 km..

Yang tak bestnya, masuk je Jalan Raja Laut jalan sesak teruk dengan runner kategori 10km & half marathon..nak lari pun susah, langsung tak boleh bezakan mana runners kategori 42.2 km..terpaksa la aku tunggu kat lane finisher 42.2 km untuk support mana2 runner yang masih ada peluang utk buat timing bawah sub 3:30..ok la, ada sorang runner tu..first time buat bawah 3:30..congrate!! Timing aku 3j 28:41..distance 42.13 km..split, heart rate & other data..here..

Split per 5 km

Route Map

Rabu, 15 Jun 2011

TIMEX IRONMAN Sleek 150 Lap vs Garmin FR 405

Semalam aku berpeluang test jam baru ni..TIMEX Ironman Sleek 150 Laps TapScreen Technology, jam ni aku dapat hari Sabtu lepas masa Klinik Larian SCKLM kat Tasik Permaisuri, sebagai salah seorang pacer untuk Standard Chartered KL Marathon 2011 dapat free la..harga pasaran RM569.00 tapi sempena SCKLM ni boleh dapat dgn harga promosi, RM268.00 je...ada sapa2 yang berminat? Boleh beli kat booth TIMEX masa ambik bib @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 22 - 25 Jun ni..

Utk training semalam, 15 km easy pace, aku pakai 2 jam...tangan kanan, Garmin Forerunner 405...teman training/race aku sejak 13 Sep 2008..tangan kiri Timex Sleek 150..kenapa aku pakai FR 405 tu? Jam Timex ni perlukan input dari kita, tap screen setiap km untuk dapatkan split masa setiap km, so jarak tu kena dptkan info dari jam yg ada GPS la..so jam Timex ni hanya boleh digunakan kat race yang ada sediakan marker setiap km, berbanding dgn jam yg ada GPS..boleh set auto split setiap berapa km yang kita nak..

Pasal TapScreen Technology tu, kita just sentuh kat screen jam tu utk split setiap km...aku setkan sensitivity screen tu kat LITE, tapi masa aku training semalam banyak kali juga bila aku tap screen tu, split tak jadi..maybe kena sentuh penuh satu screen kot? Agak menyusahkan dan mengganggu rentak larian..dan banyak kali juga jam tu split sendiri....mungkin aku lari agak laju, split tu terjadi pasal dilanggar angin kot?

Infomasi yang aku dapat dari jam Timex ni semasa training langsung tak membantu untuk aku kekalkan pace, berbeza dgn jam GPS yang menunjukan pace semasa..dan utk review training yang aku buat semalam, just tengok kat dalam jam tu...data tidak boleh dianalisis guna apa2 software..so terpaksa la taip semula data tu utk display kat sini..

Data dari Timex..average pace per split not per km..

Data dari FR405, guna software SportTracks..data online here

Route map

So, jam Timex ni wajib dipakai oleh semua pacer semasa SCKLM pada 26 Jun ni, kalau tidak penaja akan ambik semula jam ni..haha..statement yang agak lawak..nampaknya aku kena pakai 2 jam tangan la.....lagi la nampak lawak..

Selasa, 31 Mei 2011

Hatyai Marathon

Trophy & Finisher Medal

Split per 5km

First time aku join race kat Thailand...Hatyai Marathon 2011, marathon aku yang ketiga untuk 2011..selepas Energizer Marathon & Borneo Marathon..trip by CAR, satu bas double decker...bertolak dari Hentian Puduraya lebih kurang jam 11:30 malam, 27 Mei 2011..sampai Changloon lebih kurang jam 5:30 pagi 28 Mei...lepas solat Subuh, lebih kurang jam 6:30 pagi, bertolak ke sempadan...traffic jam yang teruk, pasal kebetulan hari pertama cuti sekolah..jarak 6.2 km je dari imigresen Bukit Kayu Hitam tapi ambik masa 1j 1/2 jam, lepas check passport, naik bas semula lebih kurang 700 meter ke sempadan M'sia - Thailand....rasanya ambik masa lagi 1j 30 jam utk clear check passport kat Sadao Border Checkpoint tu..sampai Hatyai lebih kurang jam 11:30 pagi..tu dia.....12 jam naik bas!!

Lepas check in & mandi, terus pi makan tengahari kat restoran Kai Tod Decha @ kedai bawah pokok mangga N7 00.234 E100 28.429...memang best..2 thumbs up..


Lebih kurang pukul 1:00 tengahari, kami naik tuk-tuk ke Stadium Jiranakorn utk register..hebat juga la gerai jualan kat stadium tu, banyak betul kasut & pakaian sukan...adidas & asics, tak pasti la pulak ori ke tiruan tapi murah la...sepasang kasut asics 1000 Baht, RM100 lebih je..jersi bola pun banyak....jersey Chelsea musim 2011/2012 pun ada, design paling baru...300 Baht je....

Liverpool vs Chelsea

asics..more photo kat FB Azri

Pasal marathon ni, starting jam 3:30 pagi waktu Thai, bersamaan dengan 4:30 pagi waktu Malaysia....kami pi ke tempat starting point tu naik tuk-tuk, sampai sana jam 2:30 pagi Thailand...1 jam awal, sunyi je...confuse la jugak....takde muzik, luggage deposit pun tak buka lagi..lebih kurang 35 minit sebelum flag off baru la runner mula ramai, then kaunter luggage pun beroperasi..sempoi betul la..flag off ikut jam aku 4:28 pagi=3:28 pagi Thailand, pace 3 km pertama macam biasa la...agak laju 3:59, 4:08 & 4:09 min/km..ingatkan takde runners dari Kenya, rupanya depa ni start lewat, kat km ke 3 tu 5 orang Kenya sayur aku...dah terkeluar dari ranking top 10..haha..5 km pertama pace aku agak laju 20:52..split 10 km 42:57..split 15 km 1j 05:03...masuk km ke 16 perut pulak buat hal....rasa macam nak berhenti je, memulas-mulas...tandas pulak takde, dah la gelap....maklum la, lari dalam jalan kampung je..sampai kat km ke 17.5 masuk pit stop, tengok tempat tu macam chalet je..2 minit lebih..

1st pit stop

Lega sekejap..lepas sambung lari semula tu rasa tak selesa betul, payah nak maintain pace..lepas km ke 22 terus drop pace, 4:39/km...dan makin perlahan..km ke 24.5 lagi sekali aku cuba untuk cari pit stop, hampir 2 minit cari toilet kat area tepi jalan tu but tak jumpa...

2nd pit stop

So decide teruskan larian..nasib baik sakit perut tu hilang..but pace makin lama makin perlahan, cuba juga la push utk maintain supaya jangan lebih dari 5:30/km....kalau tidak memang tak masuk la target aku..sub 3:30..sampai km ke 35 agak best juga pasal satu route dengan runners yang join kategori 13 km..sampai km yang terakhir aku dapat sayur runner kategori umur 50 tahun, dia kejar la..haha...dah terlambat..dapat tag no 19 overall dan no 2 kategori umur 35 - 39 tahun..timing aku 3j 21:15...PB utk 2011, Energizer tu tak kira la, distance tak cukup..ikut GPS aku distance 41.84 km, tak tepat maybe aku masuk pit stop kot..kalau ikutkan GPS Azri, Polar RS300..distance 42.23 km...detail split, HR..tengok sini..

Pasal sakit perut tu, maybe aku carbo loading malam tu pedas sangat kot..makan tomyam + kerabu udang + sayur kailan + ikan masak stim..tu la, makan sampai lupa dunia..haha..

Tomyam & Kerabu Udang

Ikan Masak Stim

Sebahagian geng CAR

Pasar Terapung @ Khlong Hae

Makanan?...ulat goreng, kumbang goreng, katak goreng...macam2 goreng!!

Selasa, 24 Mei 2011

Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011

Dianjurkan oleh Pacesetters di bandar Diraja, Kuala Kangsar sempena ulangtahun keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke 83, cerita pasal bandar Kuala Kangsar ni....tak la besar sangat, banyak sangat bangunan2 zaman kolonial dan rumah2 senibina lama yang bertiang serta ruang santai dibawah rumah.

Sebelum wife aku pindah ke KL dulu, dia pernah kerja kat Hospital Kuala Kangsar..kalau tak silap aku tahun 2004, menyewa rumah kat Kg Talang Masjid, RM150 je sebulan....lebih kurang 6 bulan juga la aku ulang alik dari KL - K.Kangsar setiap 2 minggu sekali, masa tu cuti 2 hari seminggu masih lagi berselang seli, tak macam sekarang. Aidil Fitri tahun 2004, aku berpeluang solat Aidil Fitri kat Masjid Ubudiah pasal wife aku kerja pagi raya....dapat la beraya kat Kuala Kangsar..Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah ni merupakan event yang ketiga aku join kat K.Kangsar, kalau tak silap la tahun 2003 ada dianjurkan larian dan Kuala Kangsar Challenge kat sini, larian tu aku dengan Allahyarham Rosli Rumia je masuk....Kuala Kangsar Challenge tu event relay melibatkan 3 disiplin..basikal, berlari & renang......arwah Rosli berbasikal, Muhammad Arumugam berlari dan aku berenang...menyeberang Sg Perak, pakai life jacket la..compulsory!! Berat nak mampus...haha

Mengarut cerita pasal kisah lama la pulak....tak tahu la pasai apa, lepas Borneo Marathon pada 1 Mei tu aku jadi malas pulak nak turun training..jog 30 min pada 4 Mei dan 41 min pada 5 Mei, kedua2nya kat KLCC Park, then Larian Bomba pada 8 Mei....then rest 6 hari!! Alasan....ptg selalu je hujan, malam? malas pulak...15 Mei, jog 7 km, pagi hari minggu....ingatkan nak cukupkan 10 km, tak larat la....lepas tu rest lagi Isnin - Jumaat, pagi Sabtu terus ke K.Kangsar dengan KK Yum & Tay Poh Chye.. So, petang Sabtu tu nak tak nak terpaksa la turun jog, betul kan balik skru2 yang mana agak longgar tu, kami bertiga jog ikut Jambatan Sultan Abdul Jalil - Kg Lembah Sayong, then terus ke Bukit Chandan...ending kat Padang SMK Clifford.

Walau pun tak training, agak terkejut jugak la bila tengok timing yang aku buat..59:04, distance 14.59 Km, average pace 4:02 min/km..detail here..No 8 kategori A, Men Open..Photo event, kat Facebook aku..

Ahad, 8 Mei 2011

Larian Bersama Bomba 2011

Untuk kali ke berapa ntah, aku join Larian Bersama Bomba kat Dataran Merdeka, KL..macam biasa la, flag off jam 7:30 pagi....takde luar biasanya kalau route larian kali ni, sama juga dengan larian lain...pagi ni aku tengok ramai juga muka-muka champion, so confirm la dapat nombor puluh-puluh ni..

Ingat ke aku dapat pacing dengan Badrul pagi ni, rupanya dia pancit la pulak....then Brader Selamat pulak yang melekat dengan aku, dari km-1 hingga sampai balik ke Dataran Merdeka dia ikut pace aku..respek la, walau pun dah veteran....sampai kat bangunan DBKL dia pun tekan turbo, aku pulak yang cicir..boleh tahan juga kick off dia..

So, ranking aku pagi tadi, ke 26 dalam kategori Men Open, 44:07, average pace 4:05/km, distance 10.83..laporan Larian Bersama Bomba 2010, klik..

Split

Sebahagian geng CAR

Amy & Zul Azlan

Reflect

Bersama Brooks Running Club