Translate

WebSta

Selasa, 27 Julai 2010

Run With The Ghost......


Run with the ghost...slogan kasut baru aku, Brooks Ghost 3..planning asalnya aku nak try Brooks Launch tapi disebabkan warna kasut ni dah ditukar ke warna hitam..tak berapa ngam..so tangkap Ghost 3 je la....lagi pun sponsor..design memang menarik la kalau dibandingkan dengan Brooks Ghost ( 1st generation)

Brooks Ghost (1st generation)

Brooks Ghost 3


Sebenarnya semalam aku pi store Brooks @ Subang tu pasal ada buyer dari Batu Pahat nak Brooks Cascadia 5 2 pasang, katanya prepare untuk Genting Trailblazer Run 2010..memang pilihan yang tepat la, aku dah try kasut ni banyak kali untuk trail run....walau pun agak berat sikit tapi selesa dan takde masalah utk kawasan berlumpur..harga pasaran RM399.00, mahal juga la tapi sponsor punya pasal aku bagi harga RM280.00, agak berpatutan..kalau nak masuk trail run safety kena jaga....kan tak pasal2 tergolek masuk gaung..

Dari pemerhatian aku la, ramai peserta yang masuk Trailblazer Run ni pakai kasut yang biasa, (termasuk la pelari elit) memang la ringan tapi keburukannya....merbahaya kerana tapak yang kurang grip dan of course la kasut tu mudah koyak @ terkopak tapak..kalau sapa2 yang pernah kayuh basikal, try la guna tayar slick kat jalan offroad.....

Tengok la tapak belakang tu...grip baik punya..


Brooks Cascadia 5

3 ulasan:

Che berkata...

nice shoes. boleh dpt diskaun kalu beli dari abg ke? :)

Rozmi Yunus berkata...

Of course la....30% diskaun dari harga retail utk semua jenis kasut Brooks..but kasut saiz kecik US7 @ US8 cepat sangat sold out..

Khairul Anuar berkata...

Hi bang Rozmi. Nice meeting u again Ahad lepas. Lepas Orange Run, saya check out Brooks Ghost 3 kat The Curve. Best, dia punya D width dah cukup wide. Colour pun okay. Sama cam abang, ingat nak beli lagi satu Launch, tapi colour tak cun.
Dah memang lekat la saya dengan Brooks. Glycerine 8, Launch, next one Ghost 3. Tengah tunggu Runners' World punya review. Promote bang, jangan tak promote!