Translate

WebSta

Selasa, 20 Julai 2010

Recovery Run....





Selepas 2 hari berturut-turut turun race (walau pun tak training langsung..hehe), petang semalam aku memaksa diri untuk turun training..recovery run, pasal kaki pun rasa semacam je, ingat nak pi Tasik Titiwangsa....malas pulak rasanya, at last jogging kat sekitar rumah je la....1 jam lebih..tapi yang tak berapa bestnya pasal kat sini bukit banyak sangat, dah x jadi recovery run la pulak..lebih kepada strength training..

Dan yang pentingnya sekarang aku seolah-olah baru tersedar dari lena yang panjang...malu pun ada, pasal malas nak turun training......lebih ramai runner yang menyayur aku sekarang ni, tanpa belas kasihan!! Kalau ye pun bagi la salam....dan yang paling aku kecik hati, ladies pun dah mula berkemampuan untuk menyayur aku..ini memang sudah melampau!!

Lepas ni aku akan berdisiplin......susun program dan yang paling penting ikut program tu..tunggu.........standard nak kena jaga juga..

Tiada ulasan: