Translate

WebSta

Ahad, 29 Mac 2009

Kejohanan Lumba Daki Gunung MAKSAK M'sia

Tarikh: 28 Mac 2009
Tempat: Taman Rimba Teluk Bahang, P.Pinang..Garmin Connect..
Penganjur: MAKSAK Pulau Pinang



Kejohanan ni biasanya dianjurkan 2 tahun sekali dan kali ni dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang....bermula di Taman Rimba Teluk Bahang dan berakhir di Taman Perbandaran MPPP....jarak 16.1 Km..cross Penang la...tengok map kat bawah ni..



Dan sebagaimana 2 tahun lepas, tahun ni pun aku men'offer' diri aku untuk mewakili MAKSAK Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAKSWIP..then dalam masa yang sama juga aku jadi spy untuk kontinjen ATM la.....terutamanya tang peruntukan untuk atlet la..kalau boleh diorang dapat elaun semaksimum mungkin, bukan senang nak lari gunung ooo...walau pun kali ni race kat Bukit Bendera je dan ketinggian tak lebih pun 800 meter tapi sengsaranya utk habiskan jarak 16.1 Km tu, hanya orang-orang yg masuk je tahu..catatan masa aku 2j 13.47, cukup utk melayakkan aku dapat nombor 6 je...but keputusan rasmi yg dikeluarkan penganjur 2j 16.20, then keputusan peserta no 7 tu 2j 16.02....apa-apa la, janji aku selamat naik & turun Bukit Bendera tu..pasal ramai juga yang calar-calar badan aku tengok, yang masuk wad pun ada**Semalam dapat info dari Kapt Nasir...jari dia patah, kena simen sampai paras siku..kena rest panjang la nampak gayanya..


Split aku untuk 16.1 Km, no comment la...yg hijau tu ketinggian/elevation

Untuk acara berpasukan pula tim MAKSWIP mampu mengekalkan tempat ke-3, sebagaimana 2 tahun lepas di Gunung Ledang, Johor....tempat pertama ATM, kedua PDRM dan keempat Sabah..

Kedudukan keseluruhan pasukan yg mengambil bahagian


Keputusan kategori Lelaki Terbuka


Keputusan kategori Lelaki Veteran


Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia


Kontinjen MAKSWIP

Aku, Mat Sowoto, Aru, Riduan & Sa'adin


Kenangan kat PCOTD, Taiping



Jumaat, 27 Mac 2009

Akhirnya...............

Alhamdulillah, akhirnya kemenangan diberikan kepada pihak yang benar..tanpa apa-apa majlis sebagaimana yang dirancangkan pihak Menara KL..Safina bagitau CEO dia berada di oversea sekarang ni..hadiah ni aku ambik kat Menara KL petang tadi 26 Mac 09, hadir sama Mohd Sowoto & Tiruvatiran TUDM...rasanya 25 hari juga dok tunggu hadiah ni..

Sabtu, 21 Mac 2009

Larian Jambatan Bandaraya KT 2009

Lama benar dah aku tak berlari kat K.Terengganu ni…walau pun fitness aku tak berada ditahap yang sepatutnya, aku masuk juga race ni..dapat nombor apa-apa pun tak kisah, pasal ni kiranya sebahagian dari program training aku utk KL Marathon bulan Jun ni..so, pace pun aku cuba maintain 4:15/km….but susah juga pasal takde pacer langsung..daripada Km 9, selepas Simpang Jalan Bukit Tunggal hingga la penamat kat Batu Burok aku lari sorang-sorang je..Kiranya peserta tak berapa ramai la, tak sepertimana Larian Jambatan Sultan Mahmud dulu-dulu..kalau tak silap aku tahun 1991 – 1999..Masa lari tadi aku perasan juga la beberapa orang geng-geng lama aku…dah pun jadi tukang tepuk…sambil pekena teh tarik kat warong..fulamak..jealousnya aku tengok..

Rasanya race ni patut dimulakan awal lagi..7:30 pagi, terlalu lewat utk half marathon..nasib baik juga cuaca hari ni mendung je..taklah terasa sangat..then hari ni juga ada insiden yg tak sepatutnya berlaku..Syah dah tersalah jalan..dia u-turn kat Pulau Duyong (sepatutnya utk jarak 11 Km je)..petugas kat situ pun buat tak tahu je, kadang-kadang benda begini takleh nak salahkan runner je..Kalau ikutkan utk kategori 21 Km tak perlu la susur ke Pulau Duyong..just lari atas jambatan je la..

Apa-apa pun masa yang mampu aku catatkan 1 jam 29:38 average pace 4:13/km…walau pun agak jauh dari catatan terbaik aku sekitar 1 jam 18 minit..rasanya masih ada ruang utk aku pertingkatkan lagi..Link kat Garmin Connect..


Data heart rate aku


Split per Km for 21.1 Km


Aku & geng biasa


Geng biasa


Mat Omar & Kamarol Trg


Champion Kategori A - Peter Kiter Kipleting


Sebahagian Champion Kategori Masing-Masing


Aqim & Mubin - my boys..papa loves you..


Official result Men's Open (A)


Official result Women's Open (B)


Official result Men's Closed Terengganu (C)


Official result Women's Closed (D)



Official result Men's Veteran (E)


Official result Women's Veteran (F)






Isnin, 16 Mac 2009

Standard Chartered KL Marathon 2009



Official Receipt To Torture My Self On 28 June 2009

So, rasmilah sekarang....aku akan masuk SCKLM 2009 dalam kategori paling jauh 42.2 Km...walau pun ni bukanlah kali pertama aku lari marathon, tapi cuak juga la...mampukah aku mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi setiap hujung minggu untuk training LSD??

Kalau ikutkan program dah pun aku susun elok.......cuma tak pastilah dapat ikut sepenuhnya atau tidak..maklumlah KL sekarang ni hujan je memanjang..target aku 2 jam 55 minit!! Tiada yang mustahil kalau aku mampu ikut program training yg dah ready tu....

Semalam aku terima e-mail dari organizer SCKLM 2009...pasal pecahan umur..so, takde pecahan la..either Men Open or Women Open..

Program LSD aku.....

Mac
29.3.09 - LSD 26 Km** still @ Penang - maybe change to 30 Mac

April
5.4.09 - Race Gunung Nuang
12.4.09 - LSD 26 Km
19.4.09 - LSD 29 Km
26.4.09 - LSD 33 Km

Mei
3.5.09 - Steady 21 Km
10.5.09 - LSD 36 Km
17.5.09 - Steady 21 Km
24.5.09 - LSD 33 Km
31.5.09 - LSD 33 Km

Jun
7.6.09 - 36 Km
14.6.09 - LSD 29 Km
21.6.09 - Steady 20 Km


Isnin, 9 Mac 2009

Mountain To Mountain Challenge 2009



Penganjuran ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09) sebagai satu-satunya acara larian mendaki gunung (climbathon) yang berkonsep sirkit.

M2M09 merupakan kesinambungan acara Sirkit Kembara Negara yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara sejak tahun 2005 yang dijenamakan semula kepada Mountain To Mountain Challenge bagi memantapkan lagi acara climbathon di semenanjung Malaysia. Senarai sirkit dan tarikh adalah seperti berikut:

1. Sirkit Pertama – 5 April 09 (Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor)
2. Sirkit Kedua – 5 Julai 09 (Gunung Besar Hantu, Kuala Kelawang, N 9)
3. Sirkit Ketiga – 8 Nov 09 (Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak)

Dalam ketiga-tiga sirkit ni cuma aku pernah panjat Gunung Nuang je..lagi 2 ni la first time aku dengar nama tu..aku ni kira orang lama la dalam sirkit larian gunung ni..sejak 2005 (4 sirkit), tahun 2006 (2 sirkit je) aku miss 1 sirkit pasal kena pi kursus..tahun 2007 (3 sirkit) dan tahun 2008 takde sirkit ni hu hu...

Sila muat turun borang penyertaan "Mountain To Mountain Challenge 2009" di sini dan sini..


Menu For Breakfast Today “LSD 20 Km”


Hari ni kan cuti sempena Maulidur Rasul…so daripada lepak je kat rumah baik aku pi jalan-jalan ukur jalan..LSD 20 Km, pace easy je sampai ke penghujung Kg Sungai Pusu, Gombak..pasal nak cukupkan 20 Km terpaksa la pusing Taman Desa Gemilang tu, ye la pasal ni first time aku training sampai area tu…fuhh…teruk juga bukit kat situ..merayap-rayap lebih dari lipan..kalau ikutkan jam aku ketinggian kawasan tu 210 meter dari aras laut, patut pun..so split yang mampu aku catatkan…klik foto kat bawah ni..


Tracklog training pagi tadi



Data heart rate, pace & evelation


Split 20 Km

Ahad, 8 Mac 2009

der Wild Wild Run 2009 @ Zoo Negara

Seronok lari dalam Zoo Negara pagi tadi...ni kali ke-3 aku melawat Zoo Negara, kali pertama aku tak ingat la....rasanya tahun 1994 kot..kali ke-2 tahun 2008..

Then race pagi tadi ok la..susah juga nak constant pace, pasal trek takde la flat sangat..terutamanya kat belakang kandang kuda & singa tu, ada la sikit-sikit merayap..

Kalau ikut kan Ronnie jarak race hari ni 9.2 Km but GPS aku ukur 8.66 Km je..rasanya data ni tepat pasal kalau ikutkan tracklog yg ditunjukkan dlm program Mapsource kat bawah ni smooth je..



So, keputusannya aku dapat no.3 dalam kategori Men 30-39 yrs..dapat la bawa balik trofi..kalau nak tengok split yang aku catatkan, just click gambar kat bawah ni..keputusan penuh, pi blog Ronnie..

Untuk Mohd Sowoto, kalau nak tengok jam GPS tu, ni pengedar sah Garmin kat Malaysia..office kat Taman Maluri je..


Split aku guna program Sport Tracks
(pace per laps 1.73 km x 5)


Split pagi tadi


Posing dengan Midon...sebelum balik..


Best 7 in Men Age 29 & Below


Best 8 in Men Age 30 - 39 Yrs


Best 7 in Men Age 40 & Above

Lion King

Zirafah

Jumaat, 6 Mac 2009

Yesterday's 10 Km Training

Lepas je Towerthon minggu lepas aku berpeluang training 2 kali je..hari Isnin 6 Km, hari Selasa aku terlibat dengan Mesyuarat Agung MSAT kat Hotel Equatorial Bangi, hari Rabu hujan..then semalam dapat la training 10 Km..pace pun slow je la pasal dah 48 jam takde buat workout tapi terkejut juga dengan pace yang mampu aku buat..dapat maintain 4:20/ km, nafas pun teratur je..cuma km ke 5 pace slow sikit 4:48/ km...memang kat depan UIA tu kawasan naik bukit, merayap macam lipan la..

Then semlm juga Mr Alvine SMS pasal tajaan penuh by Brooks..dia bagitau kasut & pakaian untuk sponsor 2009 dah siap, pi ambik je kat gudang Brooks @ Subang..so, sebagai tanggungjawab sosial aku utk menaikkan nama Brooks kena la lipatgandakan lagi training....rasanya prestasi aku setakat ni berada dilandasan yang betul....cuma apa yang belum mampu aku laksanakan...training awal pagi..huhu...



Split aku utk 10 Km




Mesyuarat Agung MSAT Ke-49


Ahad, 1 Mac 2009

KL International Towerthon 2009 - Mission Complete!!

Nampaknya aku gagal memecahkan rekod tahun lepas....cuma mampu catatkan 17:38, apa nak dikata lagi..tadi aku pakai no A3084, so dilepaskan dalam group ketiga, biasa la...slow runner yg dilepaskan awal tak habis lagi...diaorang ni bila dah penat, lepak atas tangga tu...banyak juga la halangan, bila kena tolak kita pula kena marah..tapi kalau badan besar tong drum dok atas tangga tu sapa tak marah kan...ni yg jenis bukan jiwa sukan la....

Then utk kategori berkumpulan (Team Government), kalau ikut kat official result tim aku tempat kedua..ni yang kecoh ni..ramai orang nampak Arul Thevar sudah lari guna nombor + chip A0707 kepunyaan Rehvan a/l Arumugam, memang tim dia dapat no 1 (Tim TLDM)..so, tim aku dan 5 tim lagi buat bantahan la..tu yang jadi pemenang hadiah kategori berkumpulan TG tak muncul naik pentas tadi..kalau ada sapa-sapa yg perasan la masa pembahagian hadiah tu..yang lawaknya bila aku panggil budak Rehvan tu (catatan dia 17:18)..aku tanya dia hang lari 10Km masa berapa..pace berapa..takleh jawab..muka gebu je..dah la pakai seluar jeans..aku cakap kat dia, kalau atlet ATM takyah tipu la..tambah-tambah atlet long distance..aku kerja kat Majlis Sukan ATM!!Tapi sampai sudah dia kata dia lari dan bukannya Arul Thevar lari guna nombor + chip dia..so sekarang ni hadiah hold dulu, sehingga selesai pihak penganjur dapatkan bukti secara CCTV @ Video @ Gambar yg menunjukkan memang Rehvan lari....kalaulah gambar tu nanti terpampang muka Arul Thevar pakai no A0707 memang sah la tim ni penipu!!! Arul Thevar pulak takde kat sana masa kitorang bertekak tu..dah balik katanya..tapi seingat aku la Arul Thevar memang lari dalam group sama dengan aku dan dia dok depan tapi yang hairan bin ajaibnya..nama dia takde dalam list 50 pemenang kategori A..Nama aku ada le nombor 40 he! he! he!



Photo Arul Thevar beraksi pakai no A707..apa lagi nak dikata..Terima kasih KC Leong pasal bagi link pagi ni 2 Feb 09..


Team Government result...not confirm yet..


Surat protes kami..



Top 50 Men Open (A)



Women Open (B)



Top 50 Men Junior Veteran (C)



Posing before going to torture ourself..



Bangganya dapat 'besi'



Posing sebelum balik...dengan tangan kosong...



Team UGAT



Team Majlis Sukan Angkatan Tentera
(baju sponsor ni tak merasa naik pentas le..hu..hu..)



Yasin ex-Senario dgn bangganya menayangkan 2 'besi' hasil larian dia hari ni..he!he!