Translate

WebSta

Isnin, 6 Oktober 2014

Penipuan di Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014


Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014, 27 Sept 2014..semua maklumat yang diketahui sama ada menerusi media sosial atau terus dari rakan penulis mengenai edisi tahun 2014 ini kebanyakan negatif. Tidak banyak perubahan yang penganjur lakukan untuk penambahbaikan malah ada komen yang menyatakan lebih teruk dari edisi tahun 2013, terutamanya kawalan lalulintas. Semasa di persimpangan lampu isyarat di Jambatan Sultan Mahmud, ada peserta yang ditahan untuk memberi laluan kepada kenderaan. Penulis pun tak berapa pasti dimana silapnya, kerana penulis juga pernah terbaca tentang notis yang menyatakan jambatan akan ditutup sepenuhnya semasa acara ini berlangsung. Untuk maklumat, penulis tidak menyertai acara ini kerana ditawarkan sebagai jurugambar rasmi di Ironman Malaysia, Langkawi pada tarikh yang sama.

Pada pagi 29 Sept, penulis telah dihubungi menerusi mesej Facebook oleh rakan FB.  Beliau meminta bantuan penulis untuk menghebohkan kejadian penipuan semasa acara ini, iaitu peserta lain yang bertanding menggunakan nombor bib peserta lain. Memang penulis akui, bagi kita yang tidak biasa dengan raut wajah peserta dari Afrika ini….mereka akan kelihatan seiras sahaja. Kejadian penipuan cara begini bukannya asing, penulis terkena semasa Larian MDAB di Putrajaya dulu..ceritanya disini..

Modus operasi mereka seakan sama, iaitu bertanding menggunakan nombor bib peserta lain. Dan mereka ini akan membawa salinan fotostat passport atau membawa passport asal. Apabila diminta menunjukkan passport, mereka akan menunjukkannya…bagi kita yang tak biasa melihat mereka, kita tidak akan mempersoalkan apa-apa!! Dalam satu-satu acara larian di Malaysia ini bukannya ada alat yang mampu mengesan cap jari atau biometric mata sebagaimana yang terdapat di airport digunakan..

Cadangan penulis kepada penganjur, kalau penganjur mahu bertindak untuk mengembalikan hadiah kepada yang berhak, penganjur memang ada kuasa mutlak. Laporan polis boleh dibuat, bukti telah ada, cuma hendak dengan tidak sahaja. Untuk edisi akan datang, rasanya kategori IPT ini cuma dihadkan kepada peserta dari Malaysia sahaja. Untuk kategori veteran pun sama, peserta dari Afrika atau Kenya khususnya hanya boleh menyertai kategori Terbuka sahaja.

Keputusan rasmi kategori IPT Lelaki & salinan passport pemenang ketiga

Beliau amat mengenali peserta Kenya ini kerana selalu menguruskan penyertaan mereka & mereka ini pun dalam kumpulan yang sama suatu ketika dulu serta mengenali antara satu sama lain. Beliau amat terkejut bilamana meneliti keputusan rasmi, tertera nama Nelson Kiptoo, sedangkan beliau pasti Nelson Kiptoo tidak menyertai LJSM kerana mengalami kecederaan selepas bertanding di Marathon Songkhla pada 31 Ogos yang lalu. Menerusi foto yang dikirimkan kepada penulis beliau amat pasti, pelari yang menggunakan nombor bib Nelson Kiptoo adalah Lukas Wambua Muteti.

Bukti mereka saling mengenali, baju kuning - Nelson, baju Mizuno hitam - Lukas
 
Lukas was wearing Nelson's bib number on action

Nelson on action at Kinabalu Climbathon 2013

Combination photo of Nelson & Lukas
Lukas on action at Songkla Marathon 2014
**Kemaskini pada 8 Oktober 2014
Kawan baik kepada Nelson & Lukas iaitu Enock Kipchirchir respond dalam akaun Facebook penulis pada 8 Okt, penulis mengesyaki beliau yang membawa passport, kad pelajar juga nombor bib kepunyaan Nelson untuk digunakan oleh Lukas. Secara terang-terangan beliau mengaku. Terpulang kepada penganjur untuk bertindak mengembalikan kepada yang berhak!!


Ironman Malaysia, Langkawi 2014


Ironman Malaysia 2014, Langkawi 27 Sept..pada mulanya memang langsung takde perancangan untuk support, apatah lagi menyertai acara ini. Perancangannya penulis menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu pada tarikh yang sama sehinggalah pada 22 Ogos, penulis menerima tawaran dari Nya Nwaezeapu @ finisherpix.com menerusi mesej dalam fanpage FB dan juga e-mail. Mulanya ingatkan spam tapi selepas berbalas e-mail, rupanya betullah dari agensi yang terlibat secara langsung dengan acara Ironman seluruh dunia. Setelah meneliti ‘Photographer Aggrement’ penulis terus bersetuju untuk menjadi salah jurugambar rasmi acara tersebut, semua perbelanjaan ditanggung termasuklah air ticket & hotel 4 bintang, agak berbaloi tambahan pula tidak perlu terlibat dengan post production. Cuma shoot sahaja.

Hari Jumaat, 26 Sept, penulis terlibat dengan shoot ‘Bike Check In’ utk sessi pagi dan petang, sessi pagi agak kurang selesa pasal hujan renyai-renyai..lebih kurang jam 12:30 tengahari, selepas urusan sewa motosikal di jeti, penulis bersama 3 teammate yang lain dari US, Australia & Singapore membuat tinjauan route utk acara berbasikal. 2 lokasi yang perlu penulis cover iaitu Km 3.4 Lebuhraya Langkawi & Bulatan Air Hangat, berhampiran Pantai Pasir Hitam.

Hari Sabtu, breakfast seawal 5:00 pagi!! Rasa macam bersahur pula, agak meriah juga walau pun 5:00 pagi kerana begitu ramai ‘Ironman’ & juga bakal Ironman yg turut breakfast sama. Selepas solat Subuh di hotel, 6:15 pagi penulis dah siap utk tugasan pertama, ‘promo shoot’. 8:00 – 9:30 shoot di Km 3.4 Lebuhraya Langkawi. Kemudian penulis ke lokasi kedua di Air Hangat, shoot sehingga jam 2:00 ptg. Bertuah kerana sedikit sebanyak penulis membantu menaikkan moral peserta, ketara dari reaksi mereka apabila nampak kelibat penulis ‘menembak’ kearah mereka.

Jam 3:00 ptg, penulis kembali ke hotel utk berehat dan solat selama 1 ½ jam, kemudian bermula jam 4:30 ptg, penulis shoot secara rambang di sekitar route larian. Seterusnya jam 6:00 ptg shoot di hadapan garisan penamat sehinggalah tamat acara jam 12:30 tgh malam..Moment yang paling terkesan ialah saat-saat peserta menamatkan acara ini, tapi sayangnya foto-foto yang penulis rakamkan terus diserah kepada pihak finisherpix.com sebaik sahaja tamat acara. Apa-apa pun untuk event ni, photographer pun dah jadi Iron’camera’man!!

Photo courtesy of Harun Hassan, TQ
 
Yim - Ultraman, now an Ironman!!
Happy face
Promo shoot
Puteri Nabilah - 1st timer
Happy face
Champion - Patrik Nilsson 8:41:52

Rabu, 17 September 2014

SCKLM 2014 Countdown To Race Day Brunch

PRESS RELEASE


STANDARD CHARTERED KL MARATHON RECORDS 35,200 RUNNERS!

-       Marathon garners high response, surpassing target of 35,000 runners

Kuala Lumpur, 17 September 2014 – The Standard Chartered KL Marathon 2014 has marked yet another milestone upon surpassing its target of 35,000 runners. With 35,200 runners achieved, all categories of the Standard Chartered KL Marathon 2014 are officially closed for registration.

The Marathon is increasingly recognised as a premier flagship running event with its prize pot of USD 116,740 (RM377, 397). An international running event, Standard Chartered KL Marathon 2014 is expected to draw 2,479 foreign nationalities from 83 countries.

Rainer Biemans, Director of Dirigo Events, which is the owner and organiser of the Standard Chartered KL Marathon said:

“The constant growth in participation is very encouraging and we wish to thank everyone for their strong support.”

He continued, “This year, we have an increase of over 800 Full Marathon runners and an increase of 1,400 Half Marathon runners. This proves that the calibre of runners is on the uptrend and more people are taking up the challenge of distance running.”

Standard Chartered Bank Managing Director and CEO, Osman Morad said the Marathon is an important platform for the bank to engage its stakeholders.

“Witnessing growth every year, the Standard Chartered KL Marathon truly epitomises a nation-building engagement. It reaches out to all walks of life to encourage running as a healthy lifestyle,” he said. 

Participants’ breakdown for Standard Chartered KL Marathon 2014

Breakdown of the participants per category are as follow:

  • Full Marathon –5,315 runners
  • Honda Half Marathon – 8,259 runners
  • MSIG 10KM –16,060 runners
  • 5KM Fun Run –5,055 runners
  • Kids Dash - 511 runners




SCKLM 2014 Registration Breakdown (As of 20 Aug 2014)
You can still be a part of Standard Chartered KL Marathon 2014!
While registration for all categories is closed, with exception of the Full Marathon, your support and participation does not end here. You can be part of the Marathon by:
* Supporting your friends and others in their Run for a Reason – Pick a charity that you would like to support and encourage our “Run for a Reason” runners who have pledged their support to raise funds for their charity recipient of choice; charity partners for this year are: Standard Chartered Foundation, The National Autism Society of Malaysia (NASOM), Malaysian Nature Society (MNS) and Hospis Malaysia.

* Being a volunteer – More than 3,000 people are required to help out on the big race day and you can be one of them to be part of this exciting event!  

* Being a supporter – Join us at Dataran Merdeka on 12th October to cheer and support your friends and families during their race! 
 
The Standard Chartered KL Marathon is made possible by title sponsor Standard Chartered Bank in partnership with the Marathon owner and organiser Dirigo Events Sdn Bhd, co-organiser DBKL and the Ministry of Youth and Sports Malaysia.

For more information on the Standard Chartered KL Marathon, please visit www.kl-marathon.com or call +603 7886 1717. 

Mayor of Kuala Lumpur, Y.Bhg. Datuk Seri Hj Ahmad Phesal receiving token of appreciation from Mr. Rainer Biemens, Director of Dirigo Events, organiser of SC KL Marathon at SCKLM 2014 Countdown To Race Day Brunch at Pacific Regency Hotel Suites, KL.

SCKLM 2014 Sponsors & Partners




The most happening table, blogger/runners
Other photo, here.

Gua Tempurung Eco Challenge


Race hari Ahad lepas, 14 Sept..memang betul-betul last minute punya decision!! Apa taknya, dapat info psl event ni pada jam 10:15 pagi, Jumaat 12 Sept..melalui WhatsApp dari Sharul. Sebaik sahaja dapat tengok print screen borang penyertaan, penulis terus cari maklumat lanjut dalam blog acara tersebut www.gtchallenge.blogspot.com

Nasib baik penyertaan belum tutup lagi, selepas mendaftar secara online menerusi blog tersebut, penulis terus berhubung dengan salah seorang urusetia. Pembayaran dibuat melalui transfer akaun. Agak excited juga memandangkan ada part ‘tubing’ dan juga masuk Gua Tempurung, kalau tak silap penulis, acara individu yg terakhir penulis sertai di Gua Tempurung ni pada tahun 2004 – Gua Tempurung X Solo Challenge, 10 tahun yang lalu!!

Memandangkan jarak perjalanan 2 jam lebih je, penulis buat keputusan bergerak pagi Ahad. Lebih kurang jam 4:20 pagi, penulis drive ke lokasi, melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sampai di R & R Tapah jam 6:00 pagi, berhenti solat Subuh dulu. Sambung perjalanan lebih kurang jam 6:25 pagi, sampai Gua Tempurung jam 6:55 pagi, terus dapatkan race kit di pejabat penganjur acara ini iaitu Gua Tempurung Outdoor Camp. Untuk race ini semua peserta diwajibkan memakai life jacket dan helmet. Agak terkejut juga pasal pertama kali melalui pengalaman begini, diwajibkan membawa/memakai life jacket dari mula hingga penamat, lagi terkejut pasal life jacket ini perlu disewa. Walau pun cuma RM5 untuk setiap life jacket tetapi sepatutnya penganjur perlu menyediakannya secara percuma. Ditambah pula dengan yuran penyertaan yang agak mahal, RM80!!

Dipendekkan cerita, flag off untuk kategori Lelaki Terbuka pada jam 7:50 pagi, lewat 20 minit, manakala untuk kategori yang penulis sertai, flag off jam 8:00 pagi. Dalam borang tertulis jam 7:45 pagi.

Lebih kurang 3 km, penulis agak terkejut kerana satu kumpulan peserta kategori Lelaki Terbuka memotong penulis dengan lajunya…lebih kurang 7-10 orang peserta, semuanya Kenya. Confirm group ni salah jalan, sebab sign-board pun agak kurang. Ditambah pula dengan petugas yang tak ramai, ni dah jadi kes naya….

Selepas berlari on road/off road lebih kurang 8 km, sampailah masa yang ditunggu-tunggu, acara ‘tubing’ sejauh 2 km….memang best, cumanya ada sebahagian sungai yang cetek, terpaksalah berlari dalam sungai yang berbatu-batu tu, agak licin. Kemudian berlari lagi sejauh 7 km, kali ni agak mencabar kerana melalui jalan berbukit dan juga anak sungai sebelum memasuki Gua Tempurung.

Dalam Gua Tempurung, memang gelap…jalan dalam tu pun memang confius, guide yang ada cuma tape merah/putih dan glow stick yang sebesar pensil tu. Lebih effective kalau penganjur gunakan reflective tape. Sudahnya penulis tersalah jalan, naik ikut tangga. Terikut peserta depan, 5 orang semuanya. Memang penat bertambah-tambahlah pasal tangga yang curam dan tinggi. Sebaik keluar Gua Tempurung terus ke disiplin yang terakhir, river crossing. Agak senang, sebab dah disediakan tali…masa yang dicatatkan penulis 1j 44:15, jarak 17.38 Km. Tak tepat pasal dalam gua memang tak boleh detect distance, no satellite signal. Data GPS, sini..

Sementara menantikan acara penyampaian hadiah yang dijadualkan pada jam 2:30 ptg, peserta dihiburkan dengan persembahan band Sparrow – Ipoh heavy metal band!! Penulis pun agak confius dengan pemilihan band ni, tak berapa sesuai. Apa taknya, masa peserta makan tengahari pun belasah lagu heavy..

Sparrow
Sparrow
Dan sementara menantikan VIP untuk upacara penyampaian hadiah, ada juga terdengar desas-desus penganjur akan combine hadiah untuk kategori Lelaki Terbuka & Wanita Terbuka. Maksudnya tiada pemenang dari peserta wanita la, yang peliknya masa flag off tu tak sama..boleh ke pemenang dikira mengikut catatan masa? Penulis pun confius!! Sebaik sahaja terdengar desas-desus tu, Abg Kamaruzaman terus berjumpa dengan penganjur tu…penulis pun tumpang dengar la…tak sempat dengar pasal combine hadiah tu, yang jelas cuma pasal kes group Kenya yang sesat tu. Penganjur tu bagitau, memang takde marshall yang jaga kat simpang jalan tu….dia pun tak tahu kenapa, bila dah terima elaun…marshall yang sepatutnya bertugas tu menghilangkan diri!! Entah betul ke tidak….macam tak logik je…
 
Sessi penjelasan oleh penganjur, berbaju hitam/topi
Hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin bte Dato’ Mohd Radzi, Exco Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Perak. Semasa acara penyampaian hadiah tu, tiada nama peserta yang dipanggil…cuma nombor bib sahaja. Apa punya penganjur daaa….

Pasal combine hadiah Men Open & Women Open tu, tak jadi…apa yang penganjur buat, untuk kategori Men Open hadiah sampai nombor 8. Women Open sampai nombor 5, dari foto yang penulis shot..hadiah nombor 4 sepatutnya RM400…jadi RM100. Nombor 2 pula sepatutnya RM700 jadi RM300…Manakala untuk kategori Remaja Wanita pula, juara sepatutnya RM500 jadi RM300.

Remaja Wanita - Champion

Women Open - ke 2

Women Open - ke 4

Hadiah yg tercatat dlm borang

Sebaik habis acara penyampaian hadiah, suasana agak tegang sebab semua pemenang tidak berpuashati dengan keputusan penganjur. Penulis tidak berkesempatan untuk menunggu sampai semua selesai kerana terpaksa balik ke KL, khabarnya penganjur membuat keputusan memberi hadiah mengikut apa yang tercatat dalam borang selepas berbincang dengan semua pemenang yang tak puashati tu…..macam-macam la..

Havoc


Selasa, 9 September 2014

SCKLM - Media Route Tour


Hari Sabtu lepas 6 Sept 2014, penulis telah dijemput untuk mengikuti ‘Pre-Race & Media Route Tour’ Standard Chartered KL Marathon tetapi  penulis tidak dapat memenuhi jemputan yang pertama tu, ‘Pre-Race by foot’…bermula seawal 4:00 pagi dan dirancang seperti mana hari sebenar 12 Okt 2014. Sebenarnya ‘Pre-Race by foot’ ini pada mulanya dirancang pada 1 Sept 2014, tapi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat outriders dari PDRM, jadual mereka padat sempena sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

Penulis pula telah mendaftar untuk menyertai Larian MAKSAK Putrajaya pada 6 Sept tu, hanya berpeluang untuk mengikuti ‘Media Route Tour’ sahaja. Sebaik sahaja habis larian di Putrajaya, penulis terus memandu balik ke KL, sampai di meeting point – Pacific Express Hotel, Jln Hang Kasturi lebih kurang jam 9:40 pagi. Tak ramai rakan media & blogger yang dah sampai kerana route tour dijangka bermula jam 11:00 pagi. Terima kasih kepada pihak penganjur Dirigo Events S/B dan juga pengurusan syarikat media ‘essence Burson-Marsteller’ atas tajaan sarapan pagi, penulis memilih Nasi Lemak Rendang Ayam & Milo Ais..

Me & Mr Kelvin - one of the 5:30 hr pacer.
Mr Azhar Omran - one of the 5:30 hr pacer.
Mr Rainer Biemens - was interview by Astro Awani reporter.
Sebagaimana yang dirancang, route tour kami bermula jam 11:15 pagi menaiki bas KL Hop-on Hop-off, www.myhoponhopoff.com 

KL Hop-on Hop-off
Ms Julie Wong - blogger 
View on bus.
Some of media/blogger + ultra runner
Memang bertuah pasal kami diiringi outriders dari PDRM dan geng motosikal Gold Wings, dapatlah merasa jadi VVIP untuk 1 jam..hehe


Berkenaan route baru, ini merupakan kali ke-2 dlm masa 6 tahun. Bersesuaian dengan penyertaan yang semakin meningkat, route baru ini akan membawa peserta ke Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE), secara ringkasnya peserta akan bermula dari Dataran Merdeka menghala ke Jalan Raja Laut, melalui Jalan Sultan Ismail – Jalan Ampang – KLCC – Jln P.Ramlee – Jln Raja Chulan – Jln Tun Razak – Jln Ampang – Jln Jelatek. Bermula km 9.5 hadapan Balai Bomba Jelatek, bermulalah AKLEH. Peserta akan membuat pusingan U di susur keluar Jln Sultan Ismail berhampiran stesyen Putra-LRT Damai, seterusnya berlari hingga km 19 di susur keluar MRR2. Selepas berlari 2 km di MRR2, peserta akan mula memasuki DUKE dari km 21 hingga susur keluar DUKE di Jln Kuching, km 31. Seterusnya peserta akan berlari di Jln Kuching sejauh 3 km sebelum meneruskan larian di Jln Langgak Tunku. Seterusnya peserta akan melalui hadapan Bank Negara dan Jln Parlimen – hadapan Padang Merbok/Tugu Negara sebelum memasuki Jln Damansara – hadapan Muzium Negara, km 40.5. Akhir sekali peserta akan berlari di hadapan stesyen KTM KL dan Masjid Negara sebelum menamatkan larian di Dataran Merdeka. Agak menarik juga, tak sabar untuk mencuba route baru ni..

Ahad, 31 Ogos 2014

MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...




Hari ini penulis berpeluang menyambut ulang tahun ke 57 kemerdekaan Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Agak istimewa juga kerana buat pertama kalinya ditemani anak sulung  yang berusia 9 tahun. Tiada yang luar biasanya sambutan tahun ini kerana penulis pernah juga terlibat dalam kontinjen kawalan kehormatan dan juga sebagai ketua kontinjen perbarisan semasa dalam perkhidmatan Tentera Darat dulu.

Apa yang luar biasanya adalah pemilihan tema sambutan kali ini “MALAYSIA…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipetik daripada lirik lagu “Warisan” ciptaan Syed Haron Ahmad pada tahun 1980 dan dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad. Penulis dapat rasakan sendiri semasa lagu ini dimainkan di Dataran Merdeka tadi sambil ribuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa turut sama menyanyikannya, ramai yang mengalirkan airmata termasuklah penulis. Liriknya cukup menyentuh perasaan, terus mengimbau kenangan penulis semasa diperbatasan akhir 1999, juga peristiwa ngeri rakan pelatih yang berada dalam satu kubu terbunuh disambar petir betul-betul di depan mata!! Syukur, penulis masih dipanjangkan umur…Al-Fatihah untuk Lt Muda Muhammad Nazar. Antara lirik lagu tersebut…

“Di sini lahirnya sebuah cinta. Yang murni abadi sejati. Di sini tersemai cita-cita bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima. Andai aku disingkirkan ke mana harus ku bawakan, ke mana harusku sematkan cinta ini. Betapa di bumi ini ku melangkah. Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki….Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata. Tapi aku rela berjuang dengan cara sendiri demi cinta ini. Di sini kotakan seribu janji. Sepanjang kedewasaan ini. Di sini sampaikan pesanan…Akulah penyambung warisan…”




Ingatlah, dalam kita tenang...aman damai dirumah, sentiasa ada pihak yang mengawasi sempadan negara...24 jam/sehari...365 hari..

Rabu, 13 Ogos 2014

Energizer Night Race 2014


Energizer Night Race – merupakan acara pertama aku selepas berehat panjang sebulan bulan Ramadhan dan juga Aidilfitri….tahap fitness maybe 30% je kot..untuk event ni aku target sebagai training je, hadiah disediakan utk top 5 je…agak mustahil utk masuk top 5, top 10 tu rasanya tak susah sangat..

Thank Victor for photo.

Aku berada di Dataran Merdeka seawal jam 5:15 ptg pasal dah setting dgn Nik & Muhaizar utk berjumpa dgn coach Alvine Nathan. Sessi perjumpaan & penyerahan kasut/pakaian utk penajaan Brooks. Mereka berdua terpilih kerana menunjukkan prestasi yg membanggakan dan disiplin berada dalam tahap terbaik. Mungkin kerana latarbelakang kerja depa sebagai anggota tentera.


Sessi sembang/penyerahan barangan

Selesai solat maghrib kat Masjid India, aku terus bergegas ke Dataran Merdeka dgn masa yang berbaki 20 minit sebelum flag off, dah penuh peserta kategori 15 km berkumpul dalam kandang…nasib baik dapat menyelit2, dapat juga berada dalam kumpulan hadapan. Peserta dilepaskan jam 8:06 mlm, aku bermula dgn pace yg biasa je…memang terasa penatnya..boleh maintain pace dlm 3 km je, lepas tu terpaksa perlahankan pace kerana tak mampu…sampai kat area Jln Parlimen, tengok GPS ada notification tapi tak jelas – mcm warning data penuh je, sampai finishing line….lepas off timer baru la notification tu hilang, tengok distance 14.28 Km je…timing 1j 07:12, avg pace 4:42 min/km!! Biar betul…..ni pace training santai ni, bukannya pace race.
Split

GPS tracking

Selepas dianalisa data GPS tu, data yang relevan sampai km-12 je….susur masuk ke Jalan Parlimen, mungkin pasal notification tu interrupt signal GPS, so distance tak tepat..check GPS org lain, distance 15:04, mean avg pace 4:28 min/km – reasonable la. Data GPS kat Garmin Connect..klik sini..

Official result..TQ Mr Moey.