Translate

WebSta

Ahad, 31 Ogos 2014

MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...




Hari ini penulis berpeluang menyambut ulang tahun ke 57 kemerdekaan Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Agak istimewa juga kerana buat pertama kalinya ditemani anak sulung  yang berusia 9 tahun. Tiada yang luar biasanya sambutan tahun ini kerana penulis pernah juga terlibat dalam kontinjen kawalan kehormatan dan juga sebagai ketua kontinjen perbarisan semasa dalam perkhidmatan Tentera Darat dulu.

Apa yang luar biasanya adalah pemilihan tema sambutan kali ini “MALAYSIA…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipetik daripada lirik lagu “Warisan” ciptaan Syed Haron Ahmad pada tahun 1980 dan dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad. Penulis dapat rasakan sendiri semasa lagu ini dimainkan di Dataran Merdeka tadi sambil ribuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa turut sama menyanyikannya, ramai yang mengalirkan airmata termasuklah penulis. Liriknya cukup menyentuh perasaan, terus mengimbau kenangan penulis semasa diperbatasan akhir 1999, juga peristiwa ngeri rakan pelatih yang berada dalam satu kubu terbunuh disambar petir betul-betul di depan mata!! Syukur, penulis masih dipanjangkan umur…Al-Fatihah untuk Lt Muda Muhammad Nazar. Antara lirik lagu tersebut…

“Di sini lahirnya sebuah cinta. Yang murni abadi sejati. Di sini tersemai cita-cita bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima. Andai aku disingkirkan ke mana harus ku bawakan, ke mana harusku sematkan cinta ini. Betapa di bumi ini ku melangkah. Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki….Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata. Tapi aku rela berjuang dengan cara sendiri demi cinta ini. Di sini kotakan seribu janji. Sepanjang kedewasaan ini. Di sini sampaikan pesanan…Akulah penyambung warisan…”




Ingatlah, dalam kita tenang...aman damai dirumah, sentiasa ada pihak yang mengawasi sempadan negara...24 jam/sehari...365 hari..

Tiada ulasan: