Translate

WebSta

Rabu, 17 September 2014

Gua Tempurung Eco Challenge


Race hari Ahad lepas, 14 Sept..memang betul-betul last minute punya decision!! Apa taknya, dapat info psl event ni pada jam 10:15 pagi, Jumaat 12 Sept..melalui WhatsApp dari Sharul. Sebaik sahaja dapat tengok print screen borang penyertaan, penulis terus cari maklumat lanjut dalam blog acara tersebut www.gtchallenge.blogspot.com

Nasib baik penyertaan belum tutup lagi, selepas mendaftar secara online menerusi blog tersebut, penulis terus berhubung dengan salah seorang urusetia. Pembayaran dibuat melalui transfer akaun. Agak excited juga memandangkan ada part ‘tubing’ dan juga masuk Gua Tempurung, kalau tak silap penulis, acara individu yg terakhir penulis sertai di Gua Tempurung ni pada tahun 2004 – Gua Tempurung X Solo Challenge, 10 tahun yang lalu!!

Memandangkan jarak perjalanan 2 jam lebih je, penulis buat keputusan bergerak pagi Ahad. Lebih kurang jam 4:20 pagi, penulis drive ke lokasi, melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sampai di R & R Tapah jam 6:00 pagi, berhenti solat Subuh dulu. Sambung perjalanan lebih kurang jam 6:25 pagi, sampai Gua Tempurung jam 6:55 pagi, terus dapatkan race kit di pejabat penganjur acara ini iaitu Gua Tempurung Outdoor Camp. Untuk race ini semua peserta diwajibkan memakai life jacket dan helmet. Agak terkejut juga pasal pertama kali melalui pengalaman begini, diwajibkan membawa/memakai life jacket dari mula hingga penamat, lagi terkejut pasal life jacket ini perlu disewa. Walau pun cuma RM5 untuk setiap life jacket tetapi sepatutnya penganjur perlu menyediakannya secara percuma. Ditambah pula dengan yuran penyertaan yang agak mahal, RM80!!

Dipendekkan cerita, flag off untuk kategori Lelaki Terbuka pada jam 7:50 pagi, lewat 20 minit, manakala untuk kategori yang penulis sertai, flag off jam 8:00 pagi. Dalam borang tertulis jam 7:45 pagi.

Lebih kurang 3 km, penulis agak terkejut kerana satu kumpulan peserta kategori Lelaki Terbuka memotong penulis dengan lajunya…lebih kurang 7-10 orang peserta, semuanya Kenya. Confirm group ni salah jalan, sebab sign-board pun agak kurang. Ditambah pula dengan petugas yang tak ramai, ni dah jadi kes naya….

Selepas berlari on road/off road lebih kurang 8 km, sampailah masa yang ditunggu-tunggu, acara ‘tubing’ sejauh 2 km….memang best, cumanya ada sebahagian sungai yang cetek, terpaksalah berlari dalam sungai yang berbatu-batu tu, agak licin. Kemudian berlari lagi sejauh 7 km, kali ni agak mencabar kerana melalui jalan berbukit dan juga anak sungai sebelum memasuki Gua Tempurung.

Dalam Gua Tempurung, memang gelap…jalan dalam tu pun memang confius, guide yang ada cuma tape merah/putih dan glow stick yang sebesar pensil tu. Lebih effective kalau penganjur gunakan reflective tape. Sudahnya penulis tersalah jalan, naik ikut tangga. Terikut peserta depan, 5 orang semuanya. Memang penat bertambah-tambahlah pasal tangga yang curam dan tinggi. Sebaik keluar Gua Tempurung terus ke disiplin yang terakhir, river crossing. Agak senang, sebab dah disediakan tali…masa yang dicatatkan penulis 1j 44:15, jarak 17.38 Km. Tak tepat pasal dalam gua memang tak boleh detect distance, no satellite signal. Data GPS, sini..

Sementara menantikan acara penyampaian hadiah yang dijadualkan pada jam 2:30 ptg, peserta dihiburkan dengan persembahan band Sparrow – Ipoh heavy metal band!! Penulis pun agak confius dengan pemilihan band ni, tak berapa sesuai. Apa taknya, masa peserta makan tengahari pun belasah lagu heavy..

Sparrow
Sparrow
Dan sementara menantikan VIP untuk upacara penyampaian hadiah, ada juga terdengar desas-desus penganjur akan combine hadiah untuk kategori Lelaki Terbuka & Wanita Terbuka. Maksudnya tiada pemenang dari peserta wanita la, yang peliknya masa flag off tu tak sama..boleh ke pemenang dikira mengikut catatan masa? Penulis pun confius!! Sebaik sahaja terdengar desas-desus tu, Abg Kamaruzaman terus berjumpa dengan penganjur tu…penulis pun tumpang dengar la…tak sempat dengar pasal combine hadiah tu, yang jelas cuma pasal kes group Kenya yang sesat tu. Penganjur tu bagitau, memang takde marshall yang jaga kat simpang jalan tu….dia pun tak tahu kenapa, bila dah terima elaun…marshall yang sepatutnya bertugas tu menghilangkan diri!! Entah betul ke tidak….macam tak logik je…
 
Sessi penjelasan oleh penganjur, berbaju hitam/topi
Hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin bte Dato’ Mohd Radzi, Exco Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Perak. Semasa acara penyampaian hadiah tu, tiada nama peserta yang dipanggil…cuma nombor bib sahaja. Apa punya penganjur daaa….

Pasal combine hadiah Men Open & Women Open tu, tak jadi…apa yang penganjur buat, untuk kategori Men Open hadiah sampai nombor 8. Women Open sampai nombor 5, dari foto yang penulis shot..hadiah nombor 4 sepatutnya RM400…jadi RM100. Nombor 2 pula sepatutnya RM700 jadi RM300…Manakala untuk kategori Remaja Wanita pula, juara sepatutnya RM500 jadi RM300.

Remaja Wanita - Champion

Women Open - ke 2

Women Open - ke 4

Hadiah yg tercatat dlm borang

Sebaik habis acara penyampaian hadiah, suasana agak tegang sebab semua pemenang tidak berpuashati dengan keputusan penganjur. Penulis tidak berkesempatan untuk menunggu sampai semua selesai kerana terpaksa balik ke KL, khabarnya penganjur membuat keputusan memberi hadiah mengikut apa yang tercatat dalam borang selepas berbincang dengan semua pemenang yang tak puashati tu…..macam-macam la..

Havoc


Tiada ulasan: