Hari Sabtu lepas 6 Sept 2014, penulis
telah dijemput untuk mengikuti ‘Pre-Race & Media Route Tour’ Standard
Chartered KL Marathon tetapi penulis
tidak dapat memenuhi jemputan yang pertama tu, ‘Pre-Race by foot’…bermula
seawal 4:00 pagi dan dirancang seperti mana hari sebenar 12 Okt 2014.
Sebenarnya ‘Pre-Race by foot’ ini pada mulanya dirancang pada 1 Sept 2014, tapi
tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat outriders dari PDRM, jadual mereka
padat sempena sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.
Penulis pula telah mendaftar untuk
menyertai Larian MAKSAK Putrajaya pada 6 Sept tu, hanya berpeluang untuk
mengikuti ‘Media Route Tour’ sahaja. Sebaik sahaja habis larian di Putrajaya,
penulis terus memandu balik ke KL, sampai di meeting point – Pacific Express Hotel,
Jln Hang Kasturi lebih kurang jam 9:40 pagi. Tak ramai rakan media &
blogger yang dah sampai kerana route tour dijangka bermula jam 11:00 pagi.
Terima kasih kepada pihak penganjur Dirigo Events S/B dan juga pengurusan
syarikat media ‘essence Burson-Marsteller’ atas tajaan sarapan pagi, penulis
memilih Nasi Lemak Rendang Ayam & Milo Ais..
|
Me & Mr Kelvin - one of the 5:30 hr pacer. |
|
Mr Azhar Omran - one of the 5:30 hr pacer. |
|
Mr Rainer Biemens - was interview by Astro Awani reporter. |
Sebagaimana yang dirancang, route tour
kami bermula jam 11:15 pagi menaiki bas KL Hop-on Hop-off,
www.myhoponhopoff.com
|
KL Hop-on Hop-off |
|
Ms Julie Wong - blogger |
|
|
View on bus. |
|
Some of media/blogger + ultra runner |
Memang bertuah pasal kami diiringi
outriders dari PDRM dan geng motosikal Gold Wings, dapatlah merasa jadi VVIP
untuk 1 jam..hehe
Berkenaan route baru, ini merupakan kali
ke-2 dlm masa 6 tahun. Bersesuaian dengan penyertaan yang semakin meningkat,
route baru ini akan membawa peserta ke Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH),
Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE), secara
ringkasnya peserta akan bermula dari Dataran Merdeka menghala ke Jalan Raja
Laut, melalui Jalan Sultan Ismail – Jalan Ampang – KLCC – Jln P.Ramlee – Jln Raja
Chulan – Jln Tun Razak – Jln Ampang – Jln Jelatek. Bermula km 9.5 hadapan Balai
Bomba Jelatek, bermulalah AKLEH. Peserta akan membuat pusingan U di susur
keluar Jln Sultan Ismail berhampiran stesyen Putra-LRT Damai, seterusnya
berlari hingga km 19 di susur keluar MRR2. Selepas berlari 2 km di MRR2,
peserta akan mula memasuki DUKE dari km 21 hingga susur keluar DUKE di Jln
Kuching, km 31. Seterusnya peserta akan berlari di Jln Kuching sejauh 3 km
sebelum meneruskan larian di Jln Langgak Tunku. Seterusnya peserta akan melalui
hadapan Bank Negara dan Jln Parlimen – hadapan Padang Merbok/Tugu Negara
sebelum memasuki Jln Damansara – hadapan Muzium Negara, km 40.5. Akhir sekali
peserta akan berlari di hadapan stesyen KTM KL dan Masjid Negara sebelum
menamatkan larian di Dataran Merdeka. Agak menarik juga, tak sabar untuk
mencuba route baru ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan