Translate

WebSta

Isnin, 12 April 2010

I'm back....

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku di PULADA ni...insya-Allah petang 16 Apr, aku akan kembali ke KL..dan tentunya aku akan bergiat aktif semula dalam dunia larian..dan petang tadi aku ada masa lapang sikit, so jogging la 5 km..kalau nak kira penat memang la....pasal baru balik dari Gunung Panti, ex Mandi Peluh ( 5 hari 4 malam ) ..

Sebenarnya aku agak excited petang tadi pasal nak test kasut sponsor..Brooks Adrenaline GTS 10..Thanks to Brooks...sedar tak sedar dah 6 tahun aku di sponsor..Pasal kasut tu memang best..walau pun agak berat sikit but cushions impact memang best la..review click..



Ahad, 21 Februari 2010

Larian Bandaraya Johor Bahru 2010

Pagi tadi aku pi la JB, join Larian Bandaraya Johor Bahru..starting kat Dataran Bandaraya, walau pun aku training hujung minggu je but untuk geli-geli tu boleh la..ramai juga yang turun, Arul Thevar & the gang from KL dan Phong & the gang from Batu Pahat...jarak kalau ikutkan dalam borang tu 12 Km je but GPS aku tunjuk 13.21 Km, tak aci la!!So, catatan masa aku 56:50..Average pace 4:18/km, agak laju juga la memandangkan aku tak training., dapat nombor 12..Analisis thru Garmin Connect, klik here..Suasana lari kat sini takde la happening macam kebiasaan yg aku join kat KL, finishing medal pun takde..

Split with Sport Track

Split aku utk 13.21 Km

Sanggetha, Ujang, Wan Jonudin, x tau, Azwan & Aku

Top 10 Men Open

Result Men Open - aku no 12 (1020)

Top 5 Men Veteran

Result Men Veteran

Top 10 Women Open

Result Women Open

Top 5 Women Veteran

Result Women Veteran

1 for kenangan

Wan & Ujang

Warga Johor

Lucky draw yg aku dapat...huhu

Isnin, 25 Januari 2010

Coy Support Weapon Fire Demo



Tadi aku & coursemate berpeluang la menonton demostrasi kuasa tembakan senjata bantuan kompeni & HMG 12.7 mm, dengan bantuan pencahayaan 60 mm mortar..kadang tu terfikir juga aku, nasib baik juga negara kita ni aman.....kalau tak sanggup ke aku menghadapi situasi yang haru biru gitu??Kiranya lama juga la dok kat lapang sasar tu..dari jam 4:00 ptg....balik ke Pulada lebih kurang pukul 8:30 mlm, alamak....ingatkan nak jogging sikit hari ni..

Kebetulan pula birthday aku esok, so demostrasi tadi lebih kurang celebrate birthday aku la..huhu, ye lah takat pukul 11:00 mlm ni (time aku publish post ni), sejam lagi nak masuk birhday aku takde sorang pun hantar SMS @ e-mail..tadi kat lapang sasar ada la skot aku, Kapt Ashraff buat announcement..terima kasih skot!! Wife aku pun agaknya dah lupa birthday aku kot.......entah la....

Ahad, 17 Januari 2010

Rekreasi @ Gunung Panti

Ceritanya hari Khamis lepas aku & geng kursus kena la panjat Gunung Panti, latihan compass marching..kami dilepaskan pukul 4:10 ptg, jarak lebih kurang 24 Km dan dikehendaki lapor kat 3 check point..dengan peralatan dan senjata, agak teruk la juga..sampai ke CP1 jam 9:20 mlm, jalan agak teruk pasal terpaksa naik bukit & of course la bukannya ikut laluan macam yg dok ada kat Gunung Nuang tu, lagi pun jalan malam..seterusnya jalan turun ikut laluan sungai, lagi teruk pasal terpaksa jalan atas batu yg licin..sampai ke CP2 jam 1:30 pagi..laluan seterusnya ke CP3 lebih kurang 6 Km on road @ Kg Bukit Lintang..sakitnya kaki, yea la....dah 9 jam berjalan..makan pun belum lagi, cuma biskut & air sejuk je..seterusnya sampai la ke CP3 @ SJK (T) Ladang Pelepah lebih kurang jam 4:30 pagi..so, akhirnya selepas lebih 12 jam berjalan, kami sampai juga....kumpulan yang pertama..& kumpulan yang terakhir sampai 6 jam kemudian..10:30 pagi, depa ni tido kat puncak gunung kot..huhu..gitulah ceritanya..

Sebelum meredah hutan..ceria lagi..

Geng course aku

Aku kat belakang tu..huhu

Pukul 6:56 pagi kat tempat penamat..penat oooo...

Kat tempat menunggu utk balik ke PULADA

Route map

Rabu, 6 Januari 2010

I'm @ Ulu Tiram, Johor until mid April 2010

Just nak info kat kawan-kawan, aku sekarang ni menghadiri kursus kat PULADA, Ulu Tiram, Johor..sehingga 16 April 2010..masa utk aku bergiat aktif dalam larian agak terhad sekarang..actually aku dah daftar kategori full utk Marathon Putrajaya, nampak gayanya terpaksalah aku melupakan niat murni nak join event tu..apa-apa pun selamat utk kawan-kawan yang join..



Jumaat, 1 Januari 2010

Saucony Pacemakers Network Run 2010

Selamat Tahun Baru 2010....semoga tahun ni lebih cemerlang..so, tahun ni kali kedua aku join larian ni..kiranya medal pertama aku la untuk tahun 2010..route larian kali ni agak teruk juga, pasal kena panjat tangga tu la..nasib baik juga lepas panjat tangga tu terus je turun bukit, kalau tidak naya ooo...

Kali ni aku berlari dalam kategori M35-39, berbeza dgn tahun lepas...cuma ada kategori M30-39..so, takde masalah la utk dapat Champion..then kalau combine result M30-34 & M35-39 aku ranking ke-6..

Combine result M30-34 & M35-39

Split aku..

Zul Azlan, Jasni & Aku..

Route map..

1 Mile Dash Run 31 Dis 2009

Race aku yg paling last untuk tahun 2009...1 Mile Dash Run, walau pun aku langsung takde buat speed workout tapi cuba juga....alaaa bukannya jauh sangat pun..belasah je..

Kalau nak kira penat memang la..pasal minggu ni aku pindah rumah, dari jalan Gombak masuk ke kuarters Kem Kementah..then masa nak pergi ke Dataran Merdeka tu, anak aku yang kecik tu merengek-rengek nak ikut..ingat papa dia nak pi sambut tahun baru apa..sampai kat Jalan Doraisamy jam 8:20 mlm..warm-up lebih kurang dgn Suresh, then jam 8:43 mlm flag off kategori aku..Men 36-45..so, sebagaimana planning aku..500 meter yg pertama aku speeding 90%...huhu, rasa nak pecah dada..Km pertama aku buat 3:02, then baki 600 meter 2:25 (teruknya)..so, aku kedudukan ketiga dgn catatan masa 5 minit 28.69..

Split aku..
Dapat la hadiah sepasang sandal Crocs Prepair + medal + barangan Nivea, botol susu tu takde dalam senarai..huhu..

TQ Mr Tey for this photo..speeding kau-kau..

Selasa, 22 Disember 2009

My 10 Km @ Langkawi

Rasanya dah lama betul aku tak post progress training aku kat blog ni..so, semalam aku excited sangat pasal dapat berlari kat Langkawi..actually aku kat Pantai Cenang skrg ni, dok sini 3 hari...hingga 23 Dis 09, terlibat dgn Bengkel Pengurusan Aset Alih Markas ATM @ Aseania Resort..


Route Map


My 10 Km Workout

Rabu, 9 Disember 2009

Standard Chartered Singapore Marathon 2009

Ceritanya hari Ahad lepas aku berpeluang la pi Singapore..trip organise by Chap Ayam Runner, kiranya ni kali kedua aku berlari kat Singapore, pertama kali pada 4 Nov 2001...masa tu aku masuk 2nd Link Half Marathon..but tak bermalam kat Singapore la..

Memang untuk event ni aku tak training langsung..lepas je race kat Awana Trailblazer Run kat Genting tu, sekali je aku turun training - 22 Nov...6.7 Km je..so boleh bayang la tahap fitness aku sekarang ni..0 %..huhu

Pagi Ahad tu aku dengan confident nak pi ke tempat starting tu...member-member Chap Ayam Runner dah turun awal pasal depa ni masuk full..Ghejanthran yang masuk half marathon pun pi sama-sama dengan depa tu..tinggal la aku sorang-sorang kat hotel....lepas je solat Subuh, lebih kurang pukul 6:10 pagi aku pun siap la nak pi ke starting point kat Merlion Park, tanya petugas kat hotel tu dia pun tak tahu arah mana..handphone GPS aku pulak lama sangat nak fix satelite..adoiii..masalah betul..lebih kurang pukul 6:20 pagi baru dpt petunjuk...terkejar-kejar la aku kesana..sampai je kat area starting point tu pukul 6:40 pagi..simpan bag, terus je masuk kandang..mak ooiii, ramainya manusia...dah tak boleh mencelah kedepan lagi la....lebih kurang 200 meter dari starting line..

Flag off pukul 6:48 pagi..3 km pertama memang slow sangat, jalan terlalu sesak..tapi memang tu pace aku pun..target awal aku nak maintain pace 5:00/km je tapi rupanya pace tu pun tak mampu aku bawak...dpt bertahan utk 10 Km je...lepas tu makin lama makin perlahan, lutut pun dah rasa semacam je..lepas 12 Km tu kaki rasa macam dah berlari 30 Km!!

Then masa Km ke-19 GPS aku pulak bateri kong..adoii...malang sungguh..so habiskan jarak 21 Km tu dengan tak tahu pace langsung..rasa-rasanya dalam 8:00/km..dan ini la masa yang paling teruk aku catatkan sepanjang 19 tahun aku bergiat aktif dalam dunia larian ni...catatan masa aku 2 jam 09:49, kedudukan ke 1043..untuk rekod, first half marathon aku pada tahun 1992..nampak gayanya aura chap ayam semacam dah melekat kat diri aku..huhu..Click here for Garmin Connect..

My First 1/2 marathon result..

Split aku

Route map

Heart rate..makin lama makin rendah..maknanya aku lari makin perlahan..Km 3.5 tu HR aku tinggi pasal cuba follow runner yg tetiba je laju menyayur..follow kejap je la..

Group photo with Chap Ayam Runner..TQ Mr.Tey

Me

With Singaporian Spiderman

Rabu, 25 November 2009

Marathon Penang 2009


Tahniah kepada yang telah berjaya menamatkan Marathon Penang 2009 hari Ahad yang lalu, terutamanya kepada yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 peserta terbaik Malaysia..Sharudin (PDRM), Subramaniam (Brooks Running Club), Muniandy, Farid (ATM) - First marathon, Affindi (ATM) - First marathon dan Mohd Radhi @ Ujang (ATM)..tahniah sekali lagi..

Rabu, 18 November 2009

Fake Phiten

Sekarang ni aku tengok ramai dah runner dok pakai loket ni..brand Phiten, tapi dengar ceritanya kat Malaysia ni ada juga orang yang ambik peluang jual yang palsu..so aku dapat la artikel ni dari salah satu website..masalahnya aku tak faham la..so, sapa-sapa yang tahu tu boleh translate tak??
Thanks Ronnie & Mr Tey pasal bagi link yang translate artikel ni..so, sapa yang nak beli produk ni hati-hati..jangan terbeli yang palsu..

Ahad, 1 November 2009

Genting Trailblazer Run 2009

Lama betul aku tak masuk race...then hari ni aku berpeluang la untuk ke ntah berapa kalinya masuk race..partner dengan Stanly, kiranya lebih kurang la..tak fit macam aku jugak..kalau ikut GPS aku jaraknya 9.60 Km je, aku pun lupa nak off GPS masa ending tu..rasanya time kami lebih kurang 1j 25..seksa juga la pasal aku langsung tak training...bulan Okt aku turun training 3 kali je..4 Okt - 10 Km (48:04), 6 Okt - 6 Km (26:40) & 17 Okt - 10 Km (46:33)..so, boleh agak la macam mana aku lari tadi..huhu..heart rate ada ketikanya cecah 204 bpm, lebih dari 100% tu..nasib baik la tak jadi apa-apa..

So, keputusannya kami dapat nombor 6 kategori Men Championship..but tak dapat hadiah, pasal tahun ni hadiah sampai nombor 5 je..huhu, tapi kami dapat Champion Dirtiest Runner Award..

Garmin Connect..click here..

Garmin Training Centre..km ke 2.4 - 202 BPM!!

Route - rasanya distance tu betul la - 9.60 Km je

Aku & Stanly - masa kat halangan akhir - crawl..

Kali ni aku dpt kidnap Mr Tey bergambar sama..huhu

Rasanya pakaian kami takde la kotor sangat pun..macam mana dapat award tu?

Amutha, Sharul, Aku, Stanly, Rizwan & Mat Sowoto

Chap Ayam Runner - aku tengok tadi depa ni makan mee & makan telor ayam..huhu, ayam makan telor!!