Ceritanya hari Khamis lepas aku & geng kursus kena la panjat Gunung Panti, latihan compass marching..kami dilepaskan pukul 4:10 ptg, jarak lebih kurang 24 Km dan dikehendaki lapor kat 3 check point..dengan peralatan dan senjata, agak teruk la juga..sampai ke CP1 jam 9:20 mlm, jalan agak teruk pasal terpaksa naik bukit & of course la bukannya ikut laluan macam yg dok ada kat Gunung Nuang tu, lagi pun jalan malam..seterusnya jalan turun ikut laluan sungai, lagi teruk pasal terpaksa jalan atas batu yg licin..sampai ke CP2 jam 1:30 pagi..laluan seterusnya ke CP3 lebih kurang 6 Km on road @ Kg Bukit Lintang..sakitnya kaki, yea la....dah 9 jam berjalan..makan pun belum lagi, cuma biskut & air sejuk je..seterusnya sampai la ke CP3 @ SJK (T) Ladang Pelepah lebih kurang jam 4:30 pagi..so, akhirnya selepas lebih 12 jam berjalan, kami sampai juga....kumpulan yang pertama..& kumpulan yang terakhir sampai 6 jam kemudian..10:30 pagi, depa ni tido kat puncak gunung kot..huhu..gitulah ceritanya..
1 ulasan:
mcm kenal sj abg rozmi nih...
Catat Ulasan