Translate

WebSta

Isnin, 16 Februari 2009

Merentas Desa Terbuka Milo/Power/MSSKL/POAWPKL Yang Ke–24


Semalam aku pi la join Merentas Desa FTAAA kat Tasik Perdana, KL..meriah la juga, ramai runner yang turun..Mat Aru & the geng dari PCOTD Taiping pun turun.....walau pun takde RM yang ditawarkan FTAAA but peserta ramai jugak, depa ni bukannya apa..dapat medal sekeping pun ok la, yang paling seronok lepak-lepak lepas lari tu....jumpa kawan-kawan..saat paling best!!

Aku masuk kategori Lelaki Junior Veteran (C), kalau ikut borang penyertaan tu, jaraknya cuma 6 Km je tapi FR 405 aku catatkan jarak 7.21 Km..tapi aku keliru sikit la dengan route larian tu terutamanya masa dalam hutan..Km ke 5 & 6..seingat aku la, aku dah `sayur' 3 org yang aku kenal..pertamanya Nazib, then 2 runner kategori Lelaki Senior Veteran (D) Mohd Sowoto (No 3) dan C.Krishnasamy (No 4), sebelum aku masuk trek hutan tu aku dah tinggal diorang ni lebih kurang 100 meter la tapi bila keluar je hutan aku terperasan aku `sayur' Nazib sekali lagi???Then sampai finishing aku nampak Mohd Sowoto & C.Krishnasamy jauh kat depan...entah la, rasanya aku ikut trek yang betul....pasal masa kat trek hutan tu aku ikut je runner Kategori Lelaki Terbuka (A)..Ni la tracklog kat dalam hutan tu..Click photo for large view..



Apa-apa pun aku hanya mampu dapat no 8 aje dengan catatan masa 36:07, average pace 5 min/km..tengok Km 5 & 6 lagi teruk..6:11 & 6:20 masing-masing..dalam hutan mana boleh lari laju!!



Keputusan rasmi yang aku celok dari penganjur...



Group photo with athlete from Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat (PCOTD), Taiping..2 org awek tu kalau tak silap aku dari Kem Sungai Besi..datang buat lawa je le......hampeh..



Ni photo yang aku ambik sementara tunggu depa habis posing maut..UiTM Malaysia Runners Club..







Tiada ulasan: