Translate

WebSta

Jumaat, 27 Februari 2009

Today's Towerthon Trial Run

Petang tadi lepas je ambik bibs no. + chip + t-shirt, aku and team mate ( Jiram, Stanly & Rafein ) terus je pi KL Tower utk test run..cuma Affindi je takde, psl dia turun dari Taiping, bas malam ni..kalau ikutkan aku dah register Ujang but dua hari lepas dia jatuh moto, nasib baik la ada pengganti..

So petang tadi kami maintain je lari dalam group...sampai pun serentak je, starting kat tangga, masa yang dicatatkan 12:53..boleh la, then pagi esok kami akan pi sekali lagi, temankan Affindi..pasal dia tak pernah pun panjat menara ni....kalau road race dia ok la..no 3 x-country FTAAA 2 minggu lepas..

Rabu, 25 Februari 2009

Minggu Tanpa Lif

Dengan ini aku isytiharkan minggu ini adalah `Minggu Tanpa Lif'....dah 3 hari aku pi office kat tingkat 11 tu ikut tangga, sengal juga kepala lutut ni tapi Towerthon punya pasal...tahan je la..seminggu je..

Then sepertimana tahun lepas, tahun ni aku join juga kategori kumpulan..cuma partner aku kali ni geng-geng cokia je, pasal geng elit semua pi Langkawi..masuk Ironman......sebenarnya boss aku dah bagi green light kat aku pi memantau tim ATM tu..of coz la fully sponsor but rasanya Towerthon ni lagi best la..apa-apa pun jumpa sana hari Ahad ni...rekod aku tahun lepas 17:27 (No 53)..rekod aku tahun 2006 lagi ok 16:47 (No 14)..

Ahad, 22 Februari 2009

KL City Day Run 2009


What : Kuala Lumpur City Day Run
When : 22nd February 2009
Where : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Distance : 10.81 Km ( My Forerunner 405 )
Time : 45:17.83 ( # 22nd in Men Open )

Avg Pace : 4:11 /km


Km 1 - Berhampiran JKR HQ
Km 2 - 250 m sebelum simpang 3 ke Jln Tunku
Km 3 - Berhampiran Apartment Tijana
Km 4 - Taman Tunku
Km 5 - Stadium Hoki Duta
Km 6 - Bawah flyover Jln Duta
Km 7 - Exit Semantan
Km 8 - Berhampiran Pemadam HQ
Km 9 - Hujung ramp to Jalan Parlimen
Km 10 - Berhampiran Bank Rakyat
800m - Padang Kelab Diraja Selangor


Hari ni aku lari ikut pace sendiri je, cuma km 1 agak laju sikit (3:43 /km)..then bila tengok split tu aku slow down sikit, control pace..then km 2.5, Naresh Kumar pulak `sayur' aku...aku follow la...tak pasal-pasal pace aku laju semula (4:00 /km & 4:01 /km), then km 4.3 area Jalan Duta turn aku pulak `sayur' Naresh Kumar, then km 5.5 naik bukit dekat susur ke Tol Duta..fuhh...fuhh..merayap macam lipan..lepas tu turun bukit...lega la sikit, tu yg jadi pace 4:05 /km & 4:10 /km..then naik bukit lagi, ramp ke Jln Parlimen..kalau dah naik bukit tu pace pun naik la jugak (4:24 /km)..lastly turun bukit kat Padang Merbok....lega.....but tang jalan lurus kat depan bangunan Sultan Abdul Samad tu Shahrom `sayur' aku..tak larat arg aku nak kejar...maintain je sampai ending kat padang..



Group photo bersama geng-geng seangkatan..

Offical result yg aku dpt dari meja MC semasa pembahagian hadia h..Kategori Lelaki Terbuka (A), Lelaki Junior Veteran (B), Wanita Terbuka (C) dan Lelaki Senior Veteran (D)..click photo for better view..macam biasa la..










Sabtu, 21 Februari 2009

Allahyarham Rosli Rumia

Hari ni 21 Feb 2009 genaplah setahun pemergian Allahyarham Rosli bin Rumia..al-Fatihah....rasanya ada lagi kot kawan-kawan arwah yg jauh tak tahu lagi beliau dah meninggal, baru-baru ni masa join Merentas Desa FTAAA kat Tasik Perdana....lepas lari tu aku lepak la dengan Mat Aru & geng from PCOTD..then datang la Rahim Man, bawa cerita dia baru tahu pasal arwah..so ceritanya, arwah dilanggar motosikal dari belakang semasa training kat bulatan depan Zoo Taiping, kejadian berlaku pada pagi 19 Feb 2008 (Selasa)..sebaik saja dilanggar, arwah terus koma dan dibawa Mat Aru ke Hospital Taiping....beliau koma sehinggalah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 4:20 pagi 21 Feb 2008..Cerita lama dari blog Haris..


Isnin, 16 Februari 2009

Le Tour de Langkawi 2009 - KL Criterium

Petang semalam juga stage terakhir LTdL 2009 berlangsung di Dataran Merdeka, KL..aku memang tak lepas peluang la..masa ni je peluang yang ada untuk tengok race secara langsung + tengok basikal yg harga puluh-puluh ribu RM..berbekalkan kamera Canon SLR EOS 400D, aku tangkap la mana-mana aksi yang menarik..ni la hasilnya....click photo for large view..



Lokasi di selekoh Bangunan Sultan Abdul Samad.




Cuba buat teknik`panning'....hasil yg kurang menjadi..practice make perfect..



Then masa aku pi kat belakang pentas utk tengok acara pembahagian hadiah, aku terpandanglah basikal yg digunakan oleh pemegang jersi kuning - Jose Serpa Perez dari tim Diquigiovanni-Androni...ntah la agak-agak aku la..

Merentas Desa Terbuka Milo/Power/MSSKL/POAWPKL Yang Ke–24


Semalam aku pi la join Merentas Desa FTAAA kat Tasik Perdana, KL..meriah la juga, ramai runner yang turun..Mat Aru & the geng dari PCOTD Taiping pun turun.....walau pun takde RM yang ditawarkan FTAAA but peserta ramai jugak, depa ni bukannya apa..dapat medal sekeping pun ok la, yang paling seronok lepak-lepak lepas lari tu....jumpa kawan-kawan..saat paling best!!

Aku masuk kategori Lelaki Junior Veteran (C), kalau ikut borang penyertaan tu, jaraknya cuma 6 Km je tapi FR 405 aku catatkan jarak 7.21 Km..tapi aku keliru sikit la dengan route larian tu terutamanya masa dalam hutan..Km ke 5 & 6..seingat aku la, aku dah `sayur' 3 org yang aku kenal..pertamanya Nazib, then 2 runner kategori Lelaki Senior Veteran (D) Mohd Sowoto (No 3) dan C.Krishnasamy (No 4), sebelum aku masuk trek hutan tu aku dah tinggal diorang ni lebih kurang 100 meter la tapi bila keluar je hutan aku terperasan aku `sayur' Nazib sekali lagi???Then sampai finishing aku nampak Mohd Sowoto & C.Krishnasamy jauh kat depan...entah la, rasanya aku ikut trek yang betul....pasal masa kat trek hutan tu aku ikut je runner Kategori Lelaki Terbuka (A)..Ni la tracklog kat dalam hutan tu..Click photo for large view..



Apa-apa pun aku hanya mampu dapat no 8 aje dengan catatan masa 36:07, average pace 5 min/km..tengok Km 5 & 6 lagi teruk..6:11 & 6:20 masing-masing..dalam hutan mana boleh lari laju!!



Keputusan rasmi yang aku celok dari penganjur...



Group photo with athlete from Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat (PCOTD), Taiping..2 org awek tu kalau tak silap aku dari Kem Sungai Besi..datang buat lawa je le......hampeh..



Ni photo yang aku ambik sementara tunggu depa habis posing maut..UiTM Malaysia Runners Club..







Sabtu, 7 Februari 2009

LSD 15 Km..

Sebenarnya aku takde apa-apa program training sekarang ni....rasa tak mampu untuk mendisiplinkan diri macam dulu, pasal tu la aku tak buat..kalau ada pun tapi tak ikut buat apa ada program kan? So, awal tahun ni just training endurance la....buat apa yg termampu, hari minggu je yang boleh training lama sikit..kalau hari biasa tu payah la ..keluar pejabat jam 5:30 ptg, travel balik..jam 6:15 ptg baru sampai rumah..then skrg ni musim hujan belah petang, lagi la takleh training..

So, pagi aku lari jauh sikit la..kiranya pertama kali la training 15 Km tahun ni, jenuh jugak nak habiskan jarak tu..maklumlah lari sorang-sorang, then kat Jalan Gombak tu kan famous dengan cycling..laju je diorang sayur aku..eskk....kalau aku kayuh kan best, takde la penat sangat..apa-apa pun ni la split yang mampu aku buat..



  • Jarak 15 Km
  • Lokasi Jalan Gombak Lama
  • Masa 1 jam 11:24
  • Avg Pace 4:45 per Km
  • Max HR 199 bpm (rasanya bacaan ni tak tepat, maybe aku lupa basahkan detector HRM)

Rabu, 4 Februari 2009

Hujan Oh Hujan.....

Dah 4 hari berterusan hujan kat Gombak ni..maksud aku setiap petang, so ada alasan la utk tak training..........race makin hampir (X-Country FTAAA)..perancangan tu ada la utk lari awal pagi but sampai la ni tinggal perancangan je..sebelum tido tu semangat la juga but bila jam loceng menjerit je pukul 5.00 pagi..semangat tu terus je hilang..meletup macam bubble!!But petang ni rasa semangat je nak training...hujan renyai-renyai but bila aku dah siap nak keluar makin lebat la pulak..leceh betul, kalau lebat masa tengah on training tu okey la juga...lastly pi belakang rumah, lap mana-mana habuk yg patut dan..........



45 minit = 18.66 Km, tu pun dah boring yg amat sangat...nasib baik ada mp3, kurang la sikit...



Isnin, 2 Februari 2009

Brooks Running Club



Brooks Running Club...actually kelab ni berpengkalan di Ipoh, dengan diuruskan oleh bekas atlet marathon Malaysia Mr. Alvine Nathan..kebanyakan atlet tinggal di Ipoh, cuma R.Muniady & Ruben base kat Sg Petani..then aku kat KL la, program training selalunya dirujuk kepada Mr. Alvine..perkembangan terkini, satu projek yang dinamakan `NATHAN PROJECT' telah dilancarkan tahun lepas untuk melahirkan atlet jarak jauh yang berkualiti..dan hasilnya tahun lepas R.Muniady telah mencatatkan masa 2j 42.34 dalam KL Marathon dan Ruben dengan catatan masa bawah 3 jam..dan tentunya sebahagian runner ni disponsor oleh Brooks Malaysia...termasuklah aku, walau pun sekarang ni aku selalu je dok belakang.. he! he!

Ahad, 1 Februari 2009

Today's Workout


Dah hampir seminggu aku tak training...entahlah, sibuk sangat kot..last workout aku on pagi 26 Januari lalu - 6 km..then pagi tadi aku berpeluang la training ikut route biasa, jalan Gombak..tak la laju sangat, just habiskan 10 km..






Data dari jam tu boleh juga dianalisis guna program Sports Track.. Menu yg paling aku suka ialah split per km yang boleh diubah ikut citarasa sendiri..Contohnya pagi tadi aku training 10 km, kalau ikut data GPS split yg aku rekod setiap km..kalau guna program Training Centre kita hanya boleh tengok data per km je but with Sports Track data yang boleh dianalisis pelbagai..so aku boleh split data per 5 km untuk mengetahui -ve split atau tidak..