Translate

WebSta

Ahad, 15 September 2013

Cheating Kenyan!!


Latest news….Kenyan also cheater, using other Kenyan identity and ran away with cash money prize (RM500)….what a shame, not a true sportsman spirit!!

Ceritanya semlm aku join Larian MDAB kat Putrajaya, anjuran UiTM Shah Alam dan dari segi teknikalnya 100% by FTAAA..actually tak ramai pun yg join dlm kategori C – Lelaki Veteran 40 – 54 thn, lebih kurang 15 peserta je…apa yg menarik perhatiannya pasal kemunculan 2 peserta Kenya..1 masuk kategori A – Terbuka Lelaki dan 1 masuk kategori C – Lelaki Veteran..Walau pun dalam borang penyertaan jelas tertulis "Terbuka Kepada Semua Warganegara Malaysia"

Peserta dilepaskan jam 7:33 pagi…berdesup la, dipendekkan cerita…aku dapat no.4 dengan catatan masa yg agak bagus….actually aku pun takde la target hadiah pun pasal hadiah utk top 3 je..42:16 utk jarak 10.53 Km, average pace 4:01 min/km. Kedudukan ke – 4..Data kat Garmin Connect..

Keputusan rasmi

Sementara menantikan acara penyampaian hadiah, kami langsung tidak dilayan apabila menyuarakan rasa tak puashati kpd peserta Kenya tersebut, sekretariat semacam tak wujud je...bila tanya pegawai FTAAA, depa jawab tak terlibat dgn pendaftaran peserta, staf2 UiTM yg bagi hadiah tu pula jawab, depa bagi hadiah je….

Habis acara penyampaian hadiah, kami pun mengambil inisiatif sendiri…aku, Casey, Ong Chin dan Sarah Shahidan pun direct approach Kenya tu, minta dgn cara elok….tunjukkan passport dia, selepas bersoal jawab dia pun tunjuk salinan passport dia…betul la umur dia 42 thn,  walau pun cuma fotostat  je, dgn foto yg agak gelap…kami pun puashati la psl at least kami tahu dia ‘race’ dlm kategori yg betul…

Foto salinan passport

Kenya tu … C 412

Rupanya rasa puashati tu tak bertahan lama….hari ni semasa race Great Eastern Run, Casey panggil aku dan check semula nama peserta yg menang semlm….rupa2nya salinan fotostat yg ditunjukkan oleh peserta Kenya semlm adalah kepunyaan org lain. Chales sendiri pun tak puashati, bila ditunjukkan foto runner tersebut yg menggunakan identitinya, kemudian terus menunjukkan passportnya..tapi jauh disudut hati aku, depa ni memang dah pakat...tak logik la kalau orang yg kita tak kenal boleh simpan salinan pasport kita!!

Chales Kimingi Thaiya yg sebetulnya, foto podium semasa
MAEPS Trail Explore Run 23 Jun 2013

Kalau nak menang pun, buat la dengan cara yang betul….bukannya menipu!! Dan perkara sebegini tidak akan berlaku kalau penganjur lebih peka & bertanggungjawab.

Print Screen dari FB, jawapan yg dikemukakan oleh 
FB page - Pusat Sukan UiTM apabila aku kemukakan
persoalan psl syarat larian ni...jawab mcm budak tadika je..:(

Ahad, 8 September 2013

Men's Health Shape Night Run 2013


Agak terkilan juga pasal aku gagal dapat kedudukan top 10 semlm, lagi sakit hati pasal sebaik sahaja melangkah ke garisan penamat tu….dapat tahu aku kedudukan yang ke-11..amkan!!

Rasanya ini merupakan Shape Night Run aku yg ke-3, first time tahun 2008, then ke-2 tahun 2009..sini..

Race malam tadi berlangsung dlm keadaan basah psl hujan renyai2, aku pun bukan dalam keadaan terbaik psl tak recover sepenuhnya dari race Gunung Tampin Ahad lepas…masa jog pagi Sabtu tu & warm-up rasa sakit je kat bahagian belakang peha kanan..

Flag off lebih kurang jam 8:00 mlm, psl aku start lebih kurang 50 meter dari starting point, agak slow sikit la….ditambah pula dengan ramai slow runners yg blocking..group elit dah jauh kedepan dan aku langsung tak tahu ranking, bila dalam keadaan gitu aku lari dlm keadaan tak 100% push la…lesson learn..

Timing aku 52:01 Data kat Garmin Connect, route yg sama aku pernah buat 49:30 masa World Kidney Day Run 28 April 2013….bila tengok senarai pemenang lagi la terkilan….

Keputusan rasmi, credit to Mr Moey

Khamis, 5 September 2013

My Marathon Finisher Medal....



Setelah selongkar stor & kotak2 lama akhirnya aku dapat juga mengumpulkan kesemua 19 medal penamat acara Marathon yang pernah aku sertai, untuk maklumat “Marathon” – merujuk kepada acara larian yang jaraknya 42.195 Km.

Paling kiri sekali merupakan marathon aku yang pertama – MAS Int’l Penang Marathon, 2 Okt 1994..aku pun dah lupa berapa catatan masa aku buat, tapi 4 jam lebih la, yg aku ingat half way aku lari dalam sekitar 1j 30….lepas tu ‘hit the wall’…..biasa la, first marathon la katakan, mana tahu nak pacing..

Marathon ke-2, Malacca Historic City International Marathon, 25 Ogos 2002….8 tahun kemudian!! 3j 06:19….senarai penuh semua marathon ni ada tercatat kat sebelah kanan blog aku ni….--->>

Nogori Climbathon Circuit 2013 - Gunung Tampin

Sirkit Nogori Climbathon – Gunung Tampin, sepatutnya acara ni diadakan pada 30 Jun yang lepas tapi ditunda pasal jerebu..so, diadakan pada 1 Sept 2013…perancangan asalnya aku bertolak sebelum Subuh 1 Sept tu dengan Asdi je tapi hari Jumaat tu N.Devandran call, katanya nak join sama…so hari Sabtu tu dia naik bas dari Kuala Kangsar….malamnya tido rumah aku le..

1 Sept lebih kurang jam 5:30 pagi, kami bertiga pun bergerak ke Tampin…1 jam lebih je perjalanan, solat Subuh kat surau area taman perumahan sekitar Gunung Tampin tu…then terus ke kawasan starting point tu..Kolam Renang Hutan Lipur G. Tampin.

Dipendekkan cerita, flag off tepat jam 8:00 pagi…kesemua peserta dilepaskan serentak pasal tak ramai, rasanya tak sampai pun 300 org utk kelima-lima kategori tu..

Route kali ni start je terus mendaki bukit, jalan tar…..langsung takde flat, tangkap leleh juga le, lagi pun ni event aku yang pertama selepas sebulan puasa & raya..lebih kurang 4.5 Km jalan tar, baru la lega sikit pasal masuk jalan trail…boleh rilek sikit, nasib baik juga kategori aku cuma Devandran je yg kuat..dia dah jauh kedepan, so target aku maintain 2nd position je la..

Trail tu lebih kurang 1.3 km je satu hala, tak la teruk sangat….yg agak teruknya bila sampai jalan tar semula..4.5 km downhill, sakit kaki menahan hentakan tarmac yg keras tu, bergegar kepala otak..haha..

Apa-apa pun aku dpt maintain kedudukan tempat kedua dengan beza lebih kurang 2 minit lebih dari Devandran..Data GPS tak boleh check psl corrupt, aku pun tak tahu psl apa?? Keputusan rasmi….

Lelaki Veteran

Lelaki Terbuka

Wanita Terbuka

Lelaki Remaja

Wanita Remaja

Foto kat FB event ni..klik