Kejohanan ni telah berlangsung pada 30 Sept hingga 2 Okt 09 dalam suasana yang agak tegang di Pangkalan TLDM, Lumut....puncanya? Wujud kemusykilan dalam pengambilan atlit TLDM, kalau ikutkan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera - mana-mana atlit yang dipilih untuk mewakili perkhidmatan hendaklah seorang anggota kerahan sepenuh masa dan telah dikerah sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum sesuatu kejohanan sukan itu berlangsung. Pasai aku tengok ramai sangat dah masuk TLDM...antaranya Arul Thevar, Kunasegaran, Norseela Khalid dan ramai lagi....dengar-dengar 16 orang semuanya. Entah la..apa-apa pun keputusannya TLDM telah muncul juara kategori Lelaki & Wanita..Sebut saja sapa atlit Malaysia, semuanya dah masuk tentera..sama ada Tentera Darat @ Tentera Laut..antaranya Lee Hup Wei (lompat tinggi), Siti Fatima (100m) Norjannah (200m) Mohd Faiz, Robbani & Azura (110 L/Berpagar), Mohd Jironi (800m, 1500m) Vadivellan (800m,1500m), Merinda Kaur, Vikram & Kartrik (3000m L/Berhalang), Zaiful (400m) dan ramai lagi la......so hujung minggu depan Olahraga MAAU confirm ATM jadi juara..ha..ha..



Norseela Khalid - emas 400m L/Berpagar dan perak 200m

Anggota pertunjukan kawad senyap TLDM

Melinda Kaur - emas 3000 m L/Berhalang

Mohd Jironi (D013) - emas 1500m

Arul Thevar & Kunasegaran - emas, perak acara 5000m dan 10000m


Aksi 4 x 400m

Sebahagian atlit wanita TLDM

Sebahagian atlit lelaki TLDM - Lee Hup Wei,
marching pun tak berapa reti lagi..ha..ha


Kontinjen Tentera Darat