Translate

WebSta

Ahad, 21 April 2013

KL 10 Km Roadrace....thumb down!!


Dah lama aku tak update event kat blog ni….event terkini yg aku sertai, KL 10 Km Roadrace, yg telah berlangsung dengan penuh ‘sedih’nya minggu lepas – 14 Apr 2013…hehe..

Pertama kalinya dlm sejarah acara larian yg aku sertai….penganjur acara ni iaitu ‘Cadence Project’ mengubah janji2 manisnya pasal hadiah yg ditawarkan….utk tempat pertama kategori Lelaki/Wanita Terbuka – hadiah dikurangkan dari RM1000 ke RM500!! Juga diubah kepada top 10 dari senarai asal top 15, paling bangangnya penganjur ni….ikut suka dia je ubah apa yg dia suka kat dalam blog tu, dlm fan page FB  http://www.facebook.com/KLRoadRace dia langsung takde announce psl perubahan hadiah tu..elok sangat la kan? Nombor telefon pun takde kat blog penganjur ni.. http://klroadrace.blogspot.com, satu-satunya cara utk berhubung dengan penganjur tu cuma melalui Facebook…tu pun cuma jawab 2 komen je & 1 post minta maaf…hari Isnin lepas 15 Apr….dan terus menghilangkan diri sampai sekarang..

Memang la penganjur berhak utk ubah apa jua syarat yang telah ditetapkan awal tetapi mengurangkan jumlah hadiah wang kemenangan adalah sangat keterlaluan, pasal perkara tersebut merupakan salah satu tarikan utama kepada peminat sukan ini..

Hadiah asal

Hadiah yg telah diubah

Alasan yang diberikan penganjur ialah acara ini kurang mendapat sambutan dan juga kekurangan penajaan. Alasan ini boleh dipertikaikan kerana acara ini mengenakan yuran penyertaan yang agak tinggi berbanding larian lain di Kuala Lumpur (RM50 utk early chicken & RM60 utk normal). Kot nak bagi alasan pun, agak-agak la kan, pasai apa pendaftaran ditutup awal kalau kurang mendapat sambutan….buat je la ‘walk in registration’ masa bagi nombor bib tu. Dengan 2000++ peserta bagi keempat-empat kategori tu kurang lagi ke? Tambahan pula ni kali pertama depa anjur acara larian…..Penganjur juga dilihat cuba menjimatkan kos dengan tidak memberi goodies bag, light breakfast dan juga sijil penyertaan walaupun ianya dinyatakan dalam blog. Print screen alasan penganjur seperti dibawah:



Maybe penganjur ingin menjimatkan kos kerana menyewa peralatan Timing Chip dari syarikat Championchip. Dari segi teknikal aku juga mempertikaikan penggunaan Timing Chip ini kerana alat pengesannya cuma satu sahaja iaitu digarisan permulaan. Dipertengahan larian langsung tidak diberikan gelang atau tanda check point, juga tidak ada petugas yang mencatatkan nombor peserta. Ini diburukkan lagi dengan nombor bib peserta yang dibuat dari kertas yang bukan kalis air, ramai peserta yang menamatkan larian tanpa nombor bib kerana tertanggal/rosak. Yang bestnya aku ada bukti seorang peserta yang tidak berlari mengikut peta laluan yang sebenar tetapi nama beliau ada dalam senarai keputusan rasmi, nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 kemaluan…hehe..Semasa penyampaian hadiah, acara sampingan iaitu cabutan bertuah terpaksa dibuat dalam bentuk menjawab quiz kerana kebanyakan nombor peserta telah rosak/hancur!! (Penyampaian hadiah pun bawah khemah je….lagi usaha untuk menjimatkan kos!! Sewa pentas mahal oooo)….lagi bestnya cetak logo FTAAA kat banner larian depa, walhal FTAAA tak terlibat secara rasmi pun!!

Keputusan aku dalam acara ni seperti dibawah…data kat Garmin Connect sini..Maybe penganjur ni ingat depa boleh lepas la kot dengan usaha murni ni…menipu kami, peminat tegar larian ni….tunggu je la tindakan dari FTAAA dan juga Kesatuan Olahraga Malaysia!!


2 ulasan:

Unknown berkata...

Pernah jadi.. action needs to be taken to roganizers supaya tak jadi lagi.

sero berkata...

e-cert sampai sudah pun takde.... E-cert je pun