Sirkit
Cabaran Gunung Negara yg pertama – Gunung Datuk, Rembau, Negeri
Sembilan…..pertama kali aku join event trail running dalam kategori veteran,
rasanya tak banyak sangat cabaran. Kalau ikutkan runners yg agak kuat dalam
kategori veteran ni, ramai dari Sabah….of course la depa tak datang ke sini,
jauh sgt.
Ptg
Khamis 24 Januari, buddy lama dari Kuala Kangsar N.Devandran call, katanya nak
tumpang pergi sekali ke Gunung Datuk….alamak, orang kuat ni..turun satu step la
podium aku..
Dipendekkan
cerita, hari Sabtu tu Devandran naik bas dari K.Kangsar ke KL, sampai lebih
kurang pukul 1:00 ptg, aku ambik dia kat Pudu Sentral…terus balik ke rumah aku
dulu….lepak2 & makan dulu. Jam 5:30 ptg aku bertolak ke Rembau, lebih
kurang 1 ½ jam je perjalanan..
Sampai
G.Datuk dah hampir maghrib, terus pasang khemah….best juga sekali sekala tido
dalam khemah ni, makan malam..penganjur sediakan, senang la…tak payah la
susah-susah bawa dapur..
Ahad
27 Januari, pukul 6:00 pagi bangun, beratur panjang depan bilik air, kalau dah
ramai gitu la….7:30 pagi, siap….sambil2 tu aku shoot gambar sikit utk letak
dalam page FB & blog aku ni..
Tepat
jam 8:05 pagi, kategori aku dilepaskan….berdesup2 pasal turun bukit, aku agak
kebelakang sikit….masuk je jalan off road,
makin sesak pasal ramai dah mula jalan….baru 1 km dah ada yg duduk je
kat trail tu….makin sesak la, ada juga yang slow tapi tak nak bagi org belakang
potong….gitu pun ada..sabar je la..
Sampai
ke puncak G.Datuk, aku runners yg ketiga….turun kena pulun sikit, nasib baik la
runners yg depan aku tu tak turun laju sgt, sempat la ‘sayur’…Devandran tak
payah cakap la…org lama, turun macam kena kejar hantu….kejap je hilang..
Aku
cuma mampu dapat no 2 je, takpe lain kali boleh cuba lagi..
Tracklog guna GPS
aku..9.14 Km je? Detail kat sini..
Keputusan penuh,
diambil dari page FB YTAC.
Foto penamat, shoot
by staff PKN, guna DSLR aku.
Penyampaian hadiah,
shoot by Syukri with my DSLR.
Untuk gambar2 lain sudi-sudi la melawat page aku kat Facebook..klik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan