Terima
kasih kpd penganjur Standard Chartered KL Marathon pasal jemput aku ke majlis
pelancaran SC KL Marathon 2013 pada 19 Feb 2013 bertempat di Standard Chartered
KL Park, mula-mulanya aku tertanya-tanya juga…kat mana SC KL Park ni? Rupanya
dekat je dgn KLCC…dan aku pernah pun shoot lanskap kat sini masa kursus foto
dulu, tak tahu pun tempat ni nama SC KL Park!!
Tak
tahu la aku dijemput atas tag blogger atau photographer….blog ni pun agak
kurang info umum psl larian, lebih kepada laporan larian yg aku sertai je…
Dipendekkan
cerita, ketibaan media & jemputan bermula jam 3:30 ptg..
Ketibaan
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan tepat jam 4:00 ptg,
seperti dijadualkan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Mr Rainer
Biemans, Pengarah Dirigo Events Sdn Bhd, penganjur yg akan menganjurkan SC KL
Marathon 2013. Diikuti oleh En Osman Morad, Ketua Pegawai Eksekutif Standard
Chartered Bank Malaysia Sdn Bhd dan Datuk Hj Mhd Amin Nordin bin Abd Aziz,
wakil kepada Datuk Bandar K.Lumpur.
Mr Rainer Biemans
Mr Osman Morad
YBhg Datuk Hj Mhd Amin Nordin
Seterusnya ucapan dan pelancaran oleh Menteri Belia & Sukan.
Tahun
ini merupakan tahun kelima Standard Chartered menjadi penaja utama kepada
marathon terbesar di Malaysia ini dan penganjur menetapkan utk mencapai sasaran
30,000 peserta. Untuk rekod peserta tahun 2009 ialah 13,412 peserta, 2010 -
17,600 peserta, 2011 - 21,866 peserta dan tahun 2012 seramai 28,050
peserta.
Bagi
aku, tahun 2009, aku masuk kategori marathon dengan catatan masa 3j 38:52.
Tahun 2010, aku register kategori marathon juga tapi DNS pasal tak cukup
training, tahun 2011 dan 2012 aku jadi pacer 3j 30 dan tahun ini aku register
kategori half marathon je..
Untuk
maklumat lanjut berkenaan acara ini, sila rujuk http://www.kl-marathon.com dan
http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Untuk foto lain sila ke page aku http://www.facebook.com/themarathonworldphotography
Tiada ulasan:
Catat Ulasan