Translate

WebSta

Khamis, 28 Februari 2013

Tebu Mountain Challenge 2013


Tebu Mountain Challenge – 23 Feb 2013, jauh di Pantai Timur, dalam daerah Besut, Terengganu. Pada mulanya aku tak pasti la, nak join ke tidak event ni….memandangkan kategori veteran bermula umur 45 tahun, kalau nak masuk kategori Lelaki Terbuka rasanya tak la kot pasal pastinya saingan sangat sengit, kalau agak2 tak dapat top 10 baik tak masuk..setakat dapat finishing medal je buat apa..option yang ada cuba kategori International je…

So, aku travel ke Besut dgn kereta….lebih kurang jam 10:00 pagi, 22 Feb..Jumaat, bersama dengan Aqim & Mubin, pasal dah janji nak camping kat sana….mesti la best kot?

Sampai ke Lata Belatan, Besut (kaki G.Tebu – starting point) lebih kurang jam 6:00 ptg, tengok dah ramai peserta yg sampai….terus lepak kat gerai situ, jumpa dengan otai – Mat Omar dan ejen Kenya yg paling top kat Malaysia, En. Aman, sambil2 tu ambik peluang tanya psl peserta Kenya….yang dia bawa 3 org, confirm & yang dia tahu akan turun maybe 2 runners lagi….so, 5 org semuanya..ada peluang lagi tu..takpe, register pagi sebelum event la..

Then lebih kurang 7:00 ptg, ke Kg Gong Kepas, rumah kakak aku la….pi ambik anak saudara, psl dah janji camping sekali….sambil jaga Aqim & Mubin..Lepas solat Maghrib terus ke Bandar Jertih…..beli nasi dulu, bungkus & makan dlm khemah ..sampai ke Lata Belatan terus pasang khemah, siap je khemah….hujan turun dengan lebatnya……….adoiiii, khemah pula bocor..apa2 pun makan dulu pasal dari tengahari tadi tak makan nasi, lepas je habis makan….ubah plan, pasal khemah & baju dah basah..balik tido kat rumah je, dipendekkan cerita….angkat beg, naik kereta..balik rumah…..khemah tu, esok la kemas!!

Pagi Sabtu tu, bangun awal….sebelum jam 7:00 pagi dah sampai ke Lata Belatan, terus ke bilik urusetia, check peserta kategori International….ada 9 orang peserta je, so kalau aku masuk confirm dapat top 10…..terus daftar, kalau tak plannya aku nak jadi photographer je….lepas register tu, terus jumpa geng Persatuan Kembara Negara, Arif….psl dia pun photographer juga, so confident la sikit nak bagi dia shoot guna DSLR aku tu….5D Mark III with EF 24-70 f2.8 L.

Peserta dilepaskan tepat jam 8:02 pagi, target aku dapat no 8 pun cukup la..aku lari sama2 dengan Ujang, pasal saingan pun cuma dari dia dan Suhaili je….lari agak relak la..banyak sembang pula…hehe

Aku sampai ke puncak G.Tebu kedudukan ke 8, misi yang boleh dikatakan agak mustahil untuk rapat dengan kelima-lima runners dari Kenya tu tapi rupa-rupanya ada sorang Kenya tu turun agak perlahan, mungkin tak biasa lari trail kot….dapat la ‘sayur’ dia…..tak lama kemudian aku dapat rapat dengan Ujang, dia dah gelabah dah bila tengok aku tiba2 dapat ‘tangkap’ dia….asyik toleh ke belakang je..pasal kenal, aku pun marah la…..sempat lagi bagi tips, lari trail tak boleh toleh kebelakang….kena bagi 100% tumpuan, pasal banyak sgt halangan..

Pasal dah melepasi target, aku pun takdelah pulun sangat….no.7…foto lain, klik sini..

Starting
Keputusan International Men & Women
Keputusan National Men & Women
Keputusan Master@Veteran Men & Women
Keputusan Pelajar Men & Women

Tiada ulasan: