Tebu
Mountain Challenge – 23 Feb 2013, jauh di Pantai Timur, dalam daerah Besut,
Terengganu. Pada mulanya aku tak pasti la, nak join ke tidak event
ni….memandangkan kategori veteran bermula umur 45 tahun, kalau nak masuk
kategori Lelaki Terbuka rasanya tak la kot pasal pastinya saingan sangat
sengit, kalau agak2 tak dapat top 10 baik tak masuk..setakat dapat finishing
medal je buat apa..option yang ada cuba kategori International je…
So,
aku travel ke Besut dgn kereta….lebih kurang jam 10:00 pagi, 22 Feb..Jumaat,
bersama dengan Aqim & Mubin, pasal dah janji nak camping kat sana….mesti la
best kot?
Sampai
ke Lata Belatan, Besut (kaki G.Tebu – starting point) lebih kurang jam 6:00
ptg, tengok dah ramai peserta yg sampai….terus lepak kat gerai situ, jumpa dengan
otai – Mat Omar dan ejen Kenya yg paling top kat Malaysia, En. Aman, sambil2 tu
ambik peluang tanya psl peserta Kenya….yang dia bawa 3 org, confirm & yang dia
tahu akan turun maybe 2 runners lagi….so, 5 org semuanya..ada peluang lagi
tu..takpe, register pagi sebelum event la..
Then
lebih kurang 7:00 ptg, ke Kg Gong Kepas, rumah kakak aku la….pi ambik anak
saudara, psl dah janji camping sekali….sambil jaga Aqim & Mubin..Lepas
solat Maghrib terus ke Bandar Jertih…..beli nasi dulu, bungkus & makan dlm khemah ..sampai
ke Lata Belatan terus pasang khemah, siap je khemah….hujan turun dengan
lebatnya……….adoiiii, khemah pula bocor..apa2 pun makan dulu pasal dari
tengahari tadi tak makan nasi, lepas je habis makan….ubah plan, pasal khemah
& baju dah basah..balik tido kat rumah je, dipendekkan cerita….angkat beg,
naik kereta..balik rumah…..khemah tu, esok la kemas!!
Pagi
Sabtu tu, bangun awal….sebelum jam 7:00 pagi dah sampai ke Lata Belatan, terus
ke bilik urusetia, check peserta kategori International….ada 9 orang peserta je,
so kalau aku masuk confirm dapat top 10…..terus daftar, kalau tak plannya aku
nak jadi photographer je….lepas register tu, terus jumpa geng Persatuan Kembara
Negara, Arif….psl dia pun photographer juga, so confident la sikit nak bagi dia
shoot guna DSLR aku tu….5D Mark III with EF 24-70 f2.8 L.
Peserta
dilepaskan tepat jam 8:02 pagi, target aku dapat no 8 pun cukup la..aku lari
sama2 dengan Ujang, pasal saingan pun cuma dari dia dan Suhaili je….lari agak
relak la..banyak sembang pula…hehe
Aku
sampai ke puncak G.Tebu kedudukan ke 8, misi yang boleh dikatakan agak mustahil
untuk rapat dengan kelima-lima runners dari Kenya tu tapi rupa-rupanya ada
sorang Kenya tu turun agak perlahan, mungkin tak biasa lari trail kot….dapat la
‘sayur’ dia…..tak lama kemudian aku dapat rapat dengan Ujang, dia dah gelabah
dah bila tengok aku tiba2 dapat ‘tangkap’ dia….asyik toleh ke belakang
je..pasal kenal, aku pun marah la…..sempat lagi bagi tips, lari trail tak boleh
toleh kebelakang….kena bagi 100% tumpuan, pasal banyak sgt halangan..
Pasal
dah melepasi target, aku pun takdelah pulun sangat….no.7…foto lain, klik sini..
Starting
Keputusan International Men & Women
Keputusan National Men & Women
Keputusan Master@Veteran Men & Women
Keputusan Pelajar Men & Women