Translate

WebSta

Jumaat, 6 Januari 2012

Keputusan Xplorace UMNO 2011


Baru je balik dari PWTC, Malam Penghargaan Media...berkenaan Xplorace UMNO yang aku join pada 24 Dis 2011, event yang paling biol dan gila pernah aku join...sebenarnya aku tak tahu apa2 pun pasal event ni..terima call dari Syukri@Beckham pada hari Jumaat 23 Dis 2011, dia bagitau nak cari partner utk event explorace pada hari Sabtu kat area PWTC..tak cukup seorang lagi..satu team nak kena ada 4 orang katanya, termasuk seorang pompuan..aku pun setuju je..

Kat sini bukannya aku nak cerita pasal Xplorace tu....tapi sangat kecewa apabila dah confirm bukan team kami tersenarai antara 3 pemenang utama..maknanya kami tak dapat apa pun!!

Race ni disertai lebih kurang 80 team, kebanyakannya dari geng media kat Malaysia..event ni bermula jam 9:16 pagi...bermula agak lambat pasal sebelum tu ada show oleh Ramli Sarip & Abon..sebelum race ni bermula penganjur ada la bagitau cut-off time 5 jam..detail tracklog GPS aku kat sini..seingat aku la, cuma 2 team je yang menghabiskan race ni dalam masa 5 jam..

Bila diumumkan pemenang tadi, kedua2 team yang menghabiskan race dalam masa 5 jam tu tak diumumkan sebagai pemenang, aku pun x faham macam mana kriteria pemenang yang dipilih oleh penganjur..memang la race ni tidak hanya semata-mata race tapi memerlukan kami menjawab soalan dan membuat beberapa tugasan sebagaimana eco challenge/explorace lain yang pernah aku masuk..TAPI bila mana dinamakan race tentunya ada limit masa yang ditetapkan (memang penganjur ada announce sebelum start), then bila diumumkan pemenangnya malam ini, lain pula jadinya..

Bila difikir-fikirkan semula, rasa macam konspirasi pulak....tolonglah UMNO, janganlah dicampuradukkan sukan dengan politik..bagi aku yang sudah 20 tahun menceburkan diri dalam dunia larian/sukan lasak, kalah menang memang dah jadi adat pertandingan tetapi kalah dengan cara begini adalah sesuatu yang LUARBIASA!!

Kalau begini la standard yang ditetapkan oleh UMNO lain kali tak payah la anjur apa2 explorace lagi dan kalau tak nak ambik kira cut off time tu tak payah la buat pengumuman sebelum race bermula..so, puak2 yang masuk tu tak perlu la bersesak2 kesana-kemari buat tugasan yang diberikan tu....semuanya boleh buat sambil lenggang Mak Limah!!

Dan yang paling aku bengangnya...hadiahnya bukan sedikit..Pertama RM20,000, kedua RM10,000 & ketiga RM5,000........kejadian ni sedikit sebanyak akan membuatkan orang muda macam aku ni hilang kepercayaan kat UMNO...haha...muda lagi ke aku ni??

Tiada ulasan: