Translate

WebSta

Jumaat, 29 Julai 2011

Item For Sale....

Semua jenis kasut Brooks dengan 30 % diskaun dari harga kedai kecuali Brooks Transcend..

Dah try untuk banyak marathon, sangat ringan utk runners yang berbadan ringan...65kg ke bawah..aku ada ready stock 2 psg saiz US8, harga kedai RM379.00....mau dijual dengan harga RM250 je, model ni unisex....lelaki/wanita boleh pakai, janji muat dgn kaki..

Complete with Heart Rate Monitor...dah hampir 3 tahun aku pakai jam GPS ni, info lama klik sini..masa tu best la pasal aku antara runner yg terawal pakai jam ni...setelah hampir 3 tahun, aku tengok ramai dah pakai jam ni, antara model yang famous juga la....lagi pun harga dah banyak turun, dalam lingkungan RM1200 kat Malaysia..

Pernah juga aku try iklan jam ni kat dalam blog aku ni, respond yang amat baik...masa tu aku letak harga dalam lingkungan RM1000, aku dapat e-mail lebih kurang 10 orang yang nak order jam ni..so, aku pun order la dari UK....ntah macam mana rupanya penjual tu auta, jam tak sampai..aku yang rugi hampir RM10,000!! Aku confident la...pasal penjual tu Islam, aku ada call dia...sebelum deal tu dia siap cakap pasal halal haram...takpe la, aku tak halal..

Then sekarang ni aku dah dapat link baru, beli kat US....tapi bukan aku yang direct deal, link aku ni ada kawan kat US, order melalui dia la..setakat ni dah 2 jam ni aku jual kat geng-geng runner..RM900 je..(SOLD OUT, NO MORE STOCK)

Ahad, 24 Julai 2011

Orange Run 2011


Event yang paling best tahun ni...pertamanya pasal bayar RM5 je, mana nak cari race kat Malaysia ni yg `fee'nya serendah RM5? Ni kira tahun pertama la BHP charge RM5, sebelum ni free je..memang la takde free t-shirt, tapi kalau dapat pun bukannya pakai sangat pun..

Event ni flag off pukul 7:08 pagi, agak awal juga la bagi race 11 km...tahun lepas, 2010 event ni diadakan pada 25 Julai, flag off jam 7:23 pagi..target aku untuk race ni, maintain pace 4:00/km je..

Minggu lepas seminggu rest...recovery, Gunung Berembun punya pasal..then Sabtu Rexona Challenge..3 km pertama macam biasa la, pace yang agak laju...terikut2 pace runner lain but still under control..race ni tak ramai elite yg join, maybe pasal sama tarikh dgn Seremban Half Marathon & Centro Run, Klang & PD Triathlon..so aku terpaksa ikut pace sendiri je, nasib baik ada GPS..

Sampai finishing line dapat tag no. 8, ok la...pasal tak ramai atlit elit, detail pace & split..sini..lepas habis je race, nasi lemak + teh tarik menunggu....free...

Rexona Men Adventure Challenge


Top 50 result..courtesy of KK Yum

Acara ni diadakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam semalam...aku register kategori Professional pasal kena rempuh banyak halangan dan ada jungle trekking..pasal ada peluang la utk menang kalau banyak trail run..ditambah pulak dengan kehendak organizer yg memerlukan peserta sign borang `Indemnity' - ni mesti lasak sangat ni, mesti kalah Genting Trailblazer run!! Walaupun jarak 8 km je, tapi aku bawa 2 powergel..kasut offroad Brooks Cascadia, dan tak pakai jam GPS..memang aku expect event ni lasak sangat la....

Peserta dilepaskan lebih kurang jam 8:30 pagi, aku follow je la...lari on road, memang berat sangat la pasal aku pakai kasut trail, aku kedudukan ke 4..hadiah sampai 3 je, takpe...dalam fikiran aku try follow rapat je, nanti sampai kat offroad trail cuba sayur la...but bila sampai je halangan pertama, `terrain of tyre'...just lari lompat dalam tayar lori je, lebih kurang 5 meter..then lari lagi, ikut jogging track tepi tasik..halangan kedua, `getting wet'..abang bomba pancut dengan air..adoii...mencabarnya..seterusnya lari ikut jogging track lagi, jumpa halangan ketiga..`cargo net', tinggi lebih kurang 3 meter..panjat le, ingatkan lepas tu terus lari off road, rupanya road lagi, terus jumpa halangan keempat..lompat hurdles....ala hurdles yg org guna utk lari 110m lari halangan tu..lebih kurang 500 meter kemudian masuk offroad, jumpa la halangan `walking on thin lines'...halangan tu tingginya 6 inci je dari paras bumi, besi 4 segi sebesar lengan..panjang lebih kurang 2.5 meter..agak-agak mencabar tak?? Macam hampeh..then terus la lari ikut tepi-tepi bukit...lebih kurang 1 km kot, aku pun tak pasti pasal tak pakai GPS..langsung takde peluang nak rapatkan gap dengan runner depan..then jumpa road lagi..halangan seterusnya `up & over'..panjat tangga kambing bentuk kun lebih kurang paras dada..then sambung lari road lagi!! Halangan terakhir lebih kurang 300 meter dari garisan penamat..`passing fences'..nama gempak tapi lebih kurang mengelak halangan kayu berbentuk huruf `W'..terus ke garisan penamat dengan catatan masa 36:37, kedudukan ke 4..sangat frust pasal hadiah 3 je..

Ahad, 17 Julai 2011

Mount Berembun Green Challenge 2011


Photo courtesy of Lian Bee Hoon


Trail run yang pertama untuk tahun 2011 ni, Mount Berembun Green Challenge di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu...pi dgn bas yang disediakan pihak penganjur, tunggu kat KL Sentral jam 8:30 pagi, hari Jumaat 15 Julai...tunggu punya tunggu jam 10:30 pagi baru bas sampai, rupanya bas ni datang dari Marang..bas PERKAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu)..driver tu tak biasa dtg KL, so sesat la kot..bersama-sama aku dlm bas tu 2 org geng organizer - Persatuan Kembara Negara, Munzir & Dila...lain2, 7 orang atlet lelaki Kenya, 4 atlet wanita Kenya - depa ni memang geng elit la....Richard Habeya & 5 org geng UiTM Shah Alam..

Then terus bergerak ke Gombak..berhenti kat stesyen minyak Shell kat MRR2 kejap, tunggu geng Persatuan Kembara Negara hantar buku aturcara..lebih kurang jam 11:20 pagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Terengganu..baru je masuk Lebuhraya Karak, bas dah tak larat semacam je..makin lama makin teruk, bau macam tayar terbakar..lagi 2.4 km dari Hentian Genting Sepah, terus stop....betul-betul kat tengah lebuhraya 3 lorong tu, terpaksa la aku jadi traffic controller kejap..sehingga la Polis peronda lebuhraya datang bagi bantuan..bas tu tak leh start sampai sudah, terpaksa undur, then park kat lorong paling kiri..

Tunggu punya tunggu bas gantian sampai...macam menanti buah yang tak gugur, boring sangat..dah la pagi tu breakfast kat Mc D je..burger sebiji..jam 6:45 ptg baru la bas gantian sampai..tu dia....6 jam menunggu kat tepi lebuhraya tu!! Then terus pi Hentian Genting Sepah..makan tengahari & makan malam sekali..haha..lebih kurang jam 7:45 mlm, kami bergerak semula ke Terengganu..sampai Hutan Lipur Air Terjun Chemerong jam 12:40 t/mlm, meriah juga pasal ramai lagi yang tak tido..lepas register aku terus pasang khemah & pi mandi, masa kemas bag dalam khemah tu, maybe jam 1:30 pagi baru aku perasan bag kasut aku takde..alamak, memang gelabah gila la aku masa tu..kalau hilang, macam mana aku nak lari esok? Tak kan kaki ayam kot...cari kat sekitar dewan & tempat register tadi..tak jumpa, then aku pergi cari kat bas..kira nasib baik juga la bas tu tak terus balik je selepas drop kami tadi..cari punya cari, jumpa la bag kasut tu kat bawah kusyen bas yang aku duduk tadi..masa bila terjatuh kat bawah tu, aku pun tak sedar..tu yang bahaya bawa bag banyak, tak sedar ada yang tercicir..pukul 2:00 pagi baru dapat tido, takde mimpi2 lagi dah...penat sangat..

Rasanya baru je tido, sedar2 bunyi bising...tengok jam dah pun pukul 5:30 pagi, bangun..terus mandi..then packing khemah..lepas solat Subuh lepak kat khemah Uncle Alam Shah..masak air..

Dipendekkan cerita, jam 8:00 pagi peserta Lelaki Terbuka dilepaskan, diikuti peserta Lelaki Veteran dan Wanita Terbuka..kategori yang aku masuk, Lelaki Tertutup Terengganu dilepaskan jam 8:33 pagi..strategi aku, follow je serapat yang mungkin runner depan..pasal aku pun tak berapa tahu level fitness atlet muda Terengganu ni..bimbang juga pasal selepas Standard Chartered KL Marathon 26 Jun baru2 ni aku memang malas training...workout aku sepanjang 2 minggu selepas SCKL Marathon, 29/6 - 7.22km, 5/7 - 3.61km, 10/7 - 10.83km, 11/7 - 7.22km & 14/7 - 7.22km..

Ok la, selepas 3 km aku dapat rapat dgn peserta pertama..dia cuba main fartlek pulak dgn aku..takpe, aku maintain je....tunggu turun kejap lagi..sampai kat U-Turn kira serentak la, 55:39 min, distance 3.8 km..but time turun terkejut aku pasal dia agak laju..2 km juga la aku cuba rapat & sayur dia, mungkin pasal dia give up pasal aku follow rapat sangat masa turun tu..lastly dia bagi laluan la kat aku..akhirnya aku dapat juga la jadi Champion, timing 1j 31:34..detail click here..

Sabtu, 2 Julai 2011

Cabaran Telapak Burok

Cabaran Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan….maklumat lanjut pasal event ni..klik..aku bergerak ke lokasi pertandingan ni bersama-sama Zul Azlan, Jasni dan Dila lebih kurang jam 4.00 petang..melalui Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS), sampai ke pekan Kuala Kelawang lebih kurang jam 6.00 ptg..terus ke Majlis Daerah Jelebu utk pendaftaran, Uncle Alam Shah dah sampai dulu kat sana..

007...ada 7 team je???

Lepas je daftar dan ambik t-shirt/nombor bib (007…James Bond?) semua peserta dibawa ke lokasi pertandingan…lebih kurang 11 km dari pejabat Majlis Daerah Jelebu tu…pasal kenderaan Zul Azlan tu 4 x 4, kitorang tak naik kenderaan penganjur la..teruk juga laluan ke tempat bermalam tu…lepas 3 km jalanraya kecik, kami menyusuri 8 km trek off road..sampai kat tempat bermalam tu lebih kurang jam 6.45 ptg…terus pasang khemah, pasal hari makin gelap….then mandi air terjun kat situ…sejuk…lupa pulak nak ambik gambar..

Jam 7.45 mlm, makan malam…penganjur yang sediakan, nasi + telur dadar + paprik..ok la..dah dalam hutan, semuanya sedap..then lebih kurang jam 8:30 mlm, briefing..tengok peserta tak berapa ramai la, cuma kami je muka2 runner..yang lain tu tengok gaya macam geng pendaki gunung je..rasanya takde masalah la nak jadi champion..haha, lagi pun peserta kumpulan ada 7 pasukan je..hadiah sampai 10, jalan kaki sampai habis pun dapat hadiah…berlagak betul la, maklum la nak challenge orang kampong je..

Pasang bib number..

Lepas habis briefing tu, pasang bib number…terus siap utk tido..tengok jam baru pukul 10.00 mlm, habis tu dalam hutan tu nak buat apa? Tak lena tido…sejam sekali mesti terjaga…bukan pasal excited nak race but….sejuk sesangat..terlupa bawa sleeping bag dan jaket..tido berselimutkan kain pelikat aje, walau pun dalam khemah tapi sejuk oooo…bila la nak siang ni..pukul 5.00 pagi je bangun terus …dah takleh tido..sejuk..

Sempat lagi masak nasik ni..

Kalau ikutkan briefing semalam, event ni start jam 8.00 pagi, so lebih kurang jam 6.45 pagi..masak air dan masak nasi, kena makan dulu…maklum la, nak lari jauh tu…then kami dengar desas desus event ni dibatalkan pasal ada kematian semalam..betul ke?

So, lebih kurang jam 7.20 pagi, penganjur pun panggil la semua peserta berkumpul..confirm la event ni dibatalkan pasal lebih kurang jam 9.30 malam, petugas check point..seorang anggota PDRM, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke check point laluan ke puncak Gunung Telapak Burok..dari cerita urusetia tu, arwah meninggal dunia dilokasi kejadian selepas gagal diberi bantuan CPR..jenazah terus dibawa turun oleh kesemua petugas check point dan sampai ke lokasi kami lebih kurang jam 4.00 pagi..Al-Fatihah untuk arwah..


Takpe la tak lari pun...dah takde rezeki..

Gitulah ceritanya…walau pun dah terbayang-bayang warga Chap Ayam Runners akan mengegarkan puncak Gunung Telapak Burok pagi tadi, tapi kesudahannya semua sekali AMKAN!!