Translate

WebSta

Selasa, 31 Mei 2011

Hatyai Marathon

Trophy & Finisher Medal

Split per 5km

First time aku join race kat Thailand...Hatyai Marathon 2011, marathon aku yang ketiga untuk 2011..selepas Energizer Marathon & Borneo Marathon..trip by CAR, satu bas double decker...bertolak dari Hentian Puduraya lebih kurang jam 11:30 malam, 27 Mei 2011..sampai Changloon lebih kurang jam 5:30 pagi 28 Mei...lepas solat Subuh, lebih kurang jam 6:30 pagi, bertolak ke sempadan...traffic jam yang teruk, pasal kebetulan hari pertama cuti sekolah..jarak 6.2 km je dari imigresen Bukit Kayu Hitam tapi ambik masa 1j 1/2 jam, lepas check passport, naik bas semula lebih kurang 700 meter ke sempadan M'sia - Thailand....rasanya ambik masa lagi 1j 30 jam utk clear check passport kat Sadao Border Checkpoint tu..sampai Hatyai lebih kurang jam 11:30 pagi..tu dia.....12 jam naik bas!!

Lepas check in & mandi, terus pi makan tengahari kat restoran Kai Tod Decha @ kedai bawah pokok mangga N7 00.234 E100 28.429...memang best..2 thumbs up..


Lebih kurang pukul 1:00 tengahari, kami naik tuk-tuk ke Stadium Jiranakorn utk register..hebat juga la gerai jualan kat stadium tu, banyak betul kasut & pakaian sukan...adidas & asics, tak pasti la pulak ori ke tiruan tapi murah la...sepasang kasut asics 1000 Baht, RM100 lebih je..jersi bola pun banyak....jersey Chelsea musim 2011/2012 pun ada, design paling baru...300 Baht je....

Liverpool vs Chelsea

asics..more photo kat FB Azri

Pasal marathon ni, starting jam 3:30 pagi waktu Thai, bersamaan dengan 4:30 pagi waktu Malaysia....kami pi ke tempat starting point tu naik tuk-tuk, sampai sana jam 2:30 pagi Thailand...1 jam awal, sunyi je...confuse la jugak....takde muzik, luggage deposit pun tak buka lagi..lebih kurang 35 minit sebelum flag off baru la runner mula ramai, then kaunter luggage pun beroperasi..sempoi betul la..flag off ikut jam aku 4:28 pagi=3:28 pagi Thailand, pace 3 km pertama macam biasa la...agak laju 3:59, 4:08 & 4:09 min/km..ingatkan takde runners dari Kenya, rupanya depa ni start lewat, kat km ke 3 tu 5 orang Kenya sayur aku...dah terkeluar dari ranking top 10..haha..5 km pertama pace aku agak laju 20:52..split 10 km 42:57..split 15 km 1j 05:03...masuk km ke 16 perut pulak buat hal....rasa macam nak berhenti je, memulas-mulas...tandas pulak takde, dah la gelap....maklum la, lari dalam jalan kampung je..sampai kat km ke 17.5 masuk pit stop, tengok tempat tu macam chalet je..2 minit lebih..

1st pit stop

Lega sekejap..lepas sambung lari semula tu rasa tak selesa betul, payah nak maintain pace..lepas km ke 22 terus drop pace, 4:39/km...dan makin perlahan..km ke 24.5 lagi sekali aku cuba untuk cari pit stop, hampir 2 minit cari toilet kat area tepi jalan tu but tak jumpa...

2nd pit stop

So decide teruskan larian..nasib baik sakit perut tu hilang..but pace makin lama makin perlahan, cuba juga la push utk maintain supaya jangan lebih dari 5:30/km....kalau tidak memang tak masuk la target aku..sub 3:30..sampai km ke 35 agak best juga pasal satu route dengan runners yang join kategori 13 km..sampai km yang terakhir aku dapat sayur runner kategori umur 50 tahun, dia kejar la..haha...dah terlambat..dapat tag no 19 overall dan no 2 kategori umur 35 - 39 tahun..timing aku 3j 21:15...PB utk 2011, Energizer tu tak kira la, distance tak cukup..ikut GPS aku distance 41.84 km, tak tepat maybe aku masuk pit stop kot..kalau ikutkan GPS Azri, Polar RS300..distance 42.23 km...detail split, HR..tengok sini..

Pasal sakit perut tu, maybe aku carbo loading malam tu pedas sangat kot..makan tomyam + kerabu udang + sayur kailan + ikan masak stim..tu la, makan sampai lupa dunia..haha..

Tomyam & Kerabu Udang

Ikan Masak Stim

Sebahagian geng CAR

Pasar Terapung @ Khlong Hae

Makanan?...ulat goreng, kumbang goreng, katak goreng...macam2 goreng!!

Selasa, 24 Mei 2011

Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011

Dianjurkan oleh Pacesetters di bandar Diraja, Kuala Kangsar sempena ulangtahun keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke 83, cerita pasal bandar Kuala Kangsar ni....tak la besar sangat, banyak sangat bangunan2 zaman kolonial dan rumah2 senibina lama yang bertiang serta ruang santai dibawah rumah.

Sebelum wife aku pindah ke KL dulu, dia pernah kerja kat Hospital Kuala Kangsar..kalau tak silap aku tahun 2004, menyewa rumah kat Kg Talang Masjid, RM150 je sebulan....lebih kurang 6 bulan juga la aku ulang alik dari KL - K.Kangsar setiap 2 minggu sekali, masa tu cuti 2 hari seminggu masih lagi berselang seli, tak macam sekarang. Aidil Fitri tahun 2004, aku berpeluang solat Aidil Fitri kat Masjid Ubudiah pasal wife aku kerja pagi raya....dapat la beraya kat Kuala Kangsar..Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah ni merupakan event yang ketiga aku join kat K.Kangsar, kalau tak silap la tahun 2003 ada dianjurkan larian dan Kuala Kangsar Challenge kat sini, larian tu aku dengan Allahyarham Rosli Rumia je masuk....Kuala Kangsar Challenge tu event relay melibatkan 3 disiplin..basikal, berlari & renang......arwah Rosli berbasikal, Muhammad Arumugam berlari dan aku berenang...menyeberang Sg Perak, pakai life jacket la..compulsory!! Berat nak mampus...haha

Mengarut cerita pasal kisah lama la pulak....tak tahu la pasai apa, lepas Borneo Marathon pada 1 Mei tu aku jadi malas pulak nak turun training..jog 30 min pada 4 Mei dan 41 min pada 5 Mei, kedua2nya kat KLCC Park, then Larian Bomba pada 8 Mei....then rest 6 hari!! Alasan....ptg selalu je hujan, malam? malas pulak...15 Mei, jog 7 km, pagi hari minggu....ingatkan nak cukupkan 10 km, tak larat la....lepas tu rest lagi Isnin - Jumaat, pagi Sabtu terus ke K.Kangsar dengan KK Yum & Tay Poh Chye.. So, petang Sabtu tu nak tak nak terpaksa la turun jog, betul kan balik skru2 yang mana agak longgar tu, kami bertiga jog ikut Jambatan Sultan Abdul Jalil - Kg Lembah Sayong, then terus ke Bukit Chandan...ending kat Padang SMK Clifford.

Walau pun tak training, agak terkejut jugak la bila tengok timing yang aku buat..59:04, distance 14.59 Km, average pace 4:02 min/km..detail here..No 8 kategori A, Men Open..Photo event, kat Facebook aku..

Ahad, 8 Mei 2011

Larian Bersama Bomba 2011

Untuk kali ke berapa ntah, aku join Larian Bersama Bomba kat Dataran Merdeka, KL..macam biasa la, flag off jam 7:30 pagi....takde luar biasanya kalau route larian kali ni, sama juga dengan larian lain...pagi ni aku tengok ramai juga muka-muka champion, so confirm la dapat nombor puluh-puluh ni..

Ingat ke aku dapat pacing dengan Badrul pagi ni, rupanya dia pancit la pulak....then Brader Selamat pulak yang melekat dengan aku, dari km-1 hingga sampai balik ke Dataran Merdeka dia ikut pace aku..respek la, walau pun dah veteran....sampai kat bangunan DBKL dia pun tekan turbo, aku pulak yang cicir..boleh tahan juga kick off dia..

So, ranking aku pagi tadi, ke 26 dalam kategori Men Open, 44:07, average pace 4:05/km, distance 10.83..laporan Larian Bersama Bomba 2010, klik..

Split

Sebahagian geng CAR

Amy & Zul Azlan

Reflect

Bersama Brooks Running Club

Jumaat, 6 Mei 2011

Borneo Marathon, Kota Kinabalu, Sabah.

Photo courtesy from Mr Tey Eng Teong, TQ @ 7:00 am, look at sun shine behind me??So, hot..

2nd Runner Up Trophy with finisher medal

Rasanya tak terlewat lagi kot untuk aku update blog ni, esok dah Towerthon....then Larian Bomba menyusul.....Borneo Marathon, marathon aku yang kedua untuk tahun 2011...hanya selepas 2 minggu je habis Energizer Nightmare Run..memang la sangat tak elok berlari marathon dalam jarak yang terlalu dekat but apa nak buat....dah terbang jauh ke Sabah, tak kan la nak join 10k @ 21k je..tak sesuai la pulak.......lagi pun bila aku study, kedua2 kategori tu agak susah nak dapat ranking top 3..base on result Borneo Marathon tahun 2010, utk dapat top 3 kategori Malaysian Open, aku kena buat time dalam lingkungan 3j 20....so kena struggle sikit la, strategi aku push dulu, then selepas 30km nasib la apa nak jadi pun.....

Nasib aku agak baik pasal dapat pacing dengan Dong Khor & runner veteran Thailand, Prasoet Phaisan..walau pun dapat melekat untuk 21 km pertama je but ok la, dpt maintain ranking ke 3 M'sian Open dan yg penting dpt jarakkan dari runner ranking ke 4..seperti yang dijangka pace aku mula drop sebaik je cecah 32 km, u turn kat Tanjung Aru....masa tu pukul 6:17 pagi, kalau kat KL memang gelap lagi la but kat Kota Kinabalu ni matahari naik jam 6:02 pagi!!So, dah mula panas la....utk jarak 10.5 km terakhir rasa amat jauh......pace dah jadi macam siput, mengambil masa 1j 10 minit utk habiskan jarak tu, hanya mampu berdoa....jangan la cramp terus..

Sampai je kat finishing line, tengok jam 3j 23:54, distance 42.54km.....kira dah lebih dari jarak sepatutnya 42.2km....dapat finishing medal je, ranking utk kategori Malaysia Open tak tahu la...tak dapat apa-apa tag pun. Terus pi mandi....penat yang amat sangat, nak shot gambar pun dah tak larat..lepas tu tidur je kat tempat duduk Stadium Likas tu, tetiba je nama dipanggil utk tempat ketiga kategori Malaysian Open.....tak patut la organizer buat gitu, at least bagi la tag macam larian yang lain....bukan banyak pun, 3 slot je...taklah pemenang tertanya-tanya, aku pun dah tak larat....malas la nak tanya..dapat la RM1,000.00 but not on the spot, just bagi nombor akaun je....RMnya ntah bila, aku pun tak tahu apa rasionalnya organizer buat gitu..kalau bagi terus kan senang, dapat juga la belanja kawan2...lagi pun bukannya selalu menang..

Detail pace, heart rate, split...tengok sini..

Map

Split every 5km